Pengikut Awan

Wednesday, December 31, 2008

Jemput Masuk Encik Kosong Sembilan



Selamat Tahun Baru 2009
kepada rerakan bloggers dan pengunjung Penjejak Awan...

Kita setahun lagi lebih tua...tapi tua itu bukan usia, tapi hanya rasa...

Jika dah tua pun bodoh..nak buat hapa...Zaman dah berubah...kerana ego, kita tetap nak meneruskan cara hidup dan budaya yang lapuk...yang tidak memberi sebarang kemajuan hidup di dunia dan akhirat...yang terus-terusan membuatkan kita diperlekehkan, direndah-rendahkan dan dikesampingkan...

Tuesday, December 30, 2008

Duit Bawah Meja

Anda mungkin pernah berada di situasi seperti ini, atau mungkin bekerja di tempat yang sebegini atau mungkin anda juga pernah melakukannya.

Dalam sesebuah organisasi biasanya ada peraturan yang mesti dipatuhi supaya kita dianggap telus, clean atau setidak-tidaknya untuk meneruskan survival dalam kerjaya yang diceburi.

Biasanya pihak atasan memberi amaran supaya tidak mempunyai hubungan sosial dengan third party atau kontraktor. Walaupun secara kebetulan kita duduk minum di coffee house dan tetiba ada yang membayarkan minuman kita itu dan pembayarnya adalah kontraktor yang ada hubung kait dengan syarikat. Perkara ini akan dianggap dosa besar dan kita boleh dibuang kerja jika berbuat demikian. Tujuan pihak syarikat melarang keras kita berbuat demikian adalah untuk mengelak conflict of interest atau lebih detail lagi untuk mengelak kita di rasuah bagi mendapatkan job di tempat kerja. Polisi sebegini amat baik dan ianya memang digalakkan untuk apa atau dimana jua kita bekerja.


Tetapi bagaimana pula jika syarikat yang mencetuskan polisi sedemikian (pekerjanya tidak boleh menerima habuan daripada kontraktor) boleh pula memejamkan sebelah mata untuk memberi habuan kepada orang lain?

Contohnya jika salah sebuah operating unit telah melanggar akta yang termaktub dalam perlembagaan. Untuk mengelak daripada diheret ke mahkamah maka syarikat 'mengizinkan' pekerjanya menghadiahkan sesuatu supaya tutup kes.

Jadi...apakah motif jika syarikat tak membenarkan pekerjanya menerima apa-apa habuan sebaliknya membenarkan pekerjanya memberi habuan pula? Adakah bertujuan untuk mengajar pekerjanya menjadi manusia baik? Atau adakah yang menerima lebih besar hukumannya atau yang memberi itu tidak salah langsung? Atau inikah yang dinamakan hipokrit, cakap tak serupa bikin, ketam mengajar anaknya berjalan betul atau Lu pikirlah sendirik...?

p/s:Atau mungkin ramai yang tak paham apa yang aku belit-belit nih...

Saturday, December 27, 2008

Makhluk Asing di Melaka...

Pada hari krismas tempoh hari, barulah aku berkesempatan untuk melawat Pameran Aliens yang diadakan di MITC Melaka. Sungguhpun agak lewat dan waktu aku melawat adalah pada hari cuti umum, namun ianya tidak sia-sia. Kerana...tak ramai rupanya yang berkunjung ke pameran tersebut pada hari itu. Walaupun pada mulanya apabila aku melintasi Taman Buaya dan Zoo Melaka, jalan penuh sesak dengan kenderaan.

Oleh kerana tidak ramai yang mengunjungi pameran tersebut maka aku memperoleh masa yang banyak untuk membaca dan mendalami ilmu tentang aliens. Cuma agak malang kerana aku tidak membawa kamera digital dan mengharap kepada Nokia N95 sahaja. Gambar-gambar di bahagian dalam tidak berapa clear kerana pencahayaan yang suram.

Terdapat 4 Zon didalam pameran dimana yang paling menarik perhatian aku adalah di Zon 3 dan 4. Di Zon 3 terdapat komputer interaktif canggih yang biasanya hanya dapat kita lihat di dalam cerita fiksyen sahaja, tetapi di pameran tersebut kita dapat menyentuh dan menggunakannya. Di Zon 4 pula kita boleh menghantar mesej ke angkasa lepas..(hahahaha...bunyiknya agak pelik dan mungkin ia hanya sebagai medium untuk mengira jumlah pengunjung).

Di Zon 1 adalah Zon fiksyen dimana kita disambut dengan raksasa alien yang sungguh besar. Cuma sayang...ia kaku...kalau ada pergerakan dan mengeluarkan air liur...sure ramai yang menjerit ketakutan. Agak lucu melihat seorang ibu yang memujuk anaknya kerana menangis melihat replika aliens buncit terbaring didalam kaca.

Selesai keluar...aku membeli koleksi poster sebagai cenderahati. Juga ada kedai menjual kerepek udang geragau yang mana itu adalah pertama kali aku merasanya.

Thursday, December 25, 2008

Kebetulankah?

Nie email yang aku dapat dari seorang kawan. Agak menarik faktanya. Adakah ianya kebetulan atau sebaliknya? Entahlah... Siapa yang rajin mengkaji menda-menda macam nie memang aku salute.


Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.

Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.

Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost their children while living in the White House.

Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head.

Now it gets really weird.

Lincoln 's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln .

Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson..

Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.

John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln, was born in 1839.

Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.

Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.

Now hang on to your seat.

Lincoln was shot at the theater named 'Ford'.
Kennedy was shot in a car called ' Lincoln ' made by 'Ford'.

Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse.
Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran and hid in a theater.

Booth and Oswald were assassinated before their trials.

And here's the kicker...

A week before Lincoln was shot, he was in Monroe , Maryland
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.

p/s: Boring giler di pagi krismas nih...nak gi JJ Ayer Keroh laa rasanya.

Wednesday, December 24, 2008

Apabila parlimen ketawa...

Semalam aku penat giler...dari Muadzam dan sampai ke rumah dalam pukul 8.00 malam. Sebelum mandi aku hempaskan badan ke sofa dan tekan remote tv. Sempat jugak tengok Buletin Utama.

Tengah layan penat, tertarik dengan berita di parlimen. Usul pindaan undang-undang pencen. Dah lama jugak tak tengok ahli parlimen tergelak-gelak. Selalu tu maki hamun jer...Dalam sidang semalam ada menyebut tentang akta sedia-ada 'Jika suami berkahwin 4 dan jika isteri atau isteri-isterinya meninggal dunia, maka suami layak mendapat keempat-empat pencen dari isterinya. Jika suami pulak yang meninggal dunia, maka setiap isteri akan dibahagi-bahagikan jumlah pencen kepada 1/4 setiap seorang'.

Kalau tak dibentang di parlimen, mungkin ramai yang tak tau kot. Betapa beruntungnya mereka yang mempunyai isteri-isteri yang mempunyai pencen. Cerah masa depan...hahaha

Yang ruginya isteri lerr...dah laa hidup bermadu, duit pencen laki pun terpaksa dibahagi-bahagi. Siapa nak perjuangkan tu? Rasanya eloklah akta ini digubal semula bagi memberi keadilan kepada pihak wanita. Eloklah si suami hanya mendapat 1 sahaja pencen, iaitu dari kematian isteri yang pertama sahaja. Itu pun dah dikira banyak kerana tak perlu dibahagi-bahagi.

Kepada wanita yang serius untuk menceburi arena madu-madu nie...pikir-pikirkanlah...duit pencen pun dapat 1/4 atau 1/3 atau 1/2 jer...pastikan lerr kalau dibahagi tu at least dapat 2 ribu sebulan...barulah anda setuju nak join the club...betul tak?


p/s:Butang baju aku mana Pahhh...?!

Sunday, December 21, 2008

Gam yang paling murah sekali...

Dah hampir 2 minggu aku tidak menulis disini. Hanya sempat merayau-rayau di blog rerakan sahaja. Memandangkan laptop aku yang telah 'kosong' setelah aku format daripada Microsoft 2000 ke Microsoft XP, tetapi aku tak punya software Microsoft Office.

Hari minggu sebegini banyak masa terluang untuk menatap paper. Tertarik perhatian aku pada tajuk dimukasurat 15 Berita Minggu. 'Asri kesal RTM haram siar lagu'.

Aku belum mendengar lagi lagu nyanyian Kopratasa dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' tersebut. Tetapi ada disiarkan lirik sebuah lagu bertajuk 'Aku Bukan Musuh Harta' hasil karya bekas Mufti Perlis. Antara lain lirik lagu itu menyebut:

Ya telah kaya para pendusta,
syarat mereka lupakan yang esa,
harta awam semua dibekam,
hukum syaitan mereka bertuhan.


Hmm...aku rasa sekali imbas aku paham lerr kenapa lagu ni kena gam. Ada lirik yang merobek hati sesetengah pihak. Siapa makan cili dialah rasa pedas.


Takpelah...dah banyak gak yang kena gam kat media massa nie. Tapi lepas tu ditarik balik. Dengarnya Wan Norazlin pun dah boleh aktif balik. Rosnah Mat Aris pun dah keluar TV jugak. Kalau macam nie, bila laa nak ubah perangai buruk masyarakat. "Alah...aku kena tangkap khalwat ke, hisap dadah ke, kutuk Nabi ke...lepas nie pun boleh masuk tv balik. Apa ada hal...ramai yang support aku."

Monday, December 15, 2008

Ibunya seekor anjing...

Seawal pagi aku dah keluar dan singgah di 7-E berhampiran untuk membeli sekotak rokok dan paper. Sedih menerpa tetiba apabila melihat tajuk depan Berita Harian. Bayi dibuang dalam lubang tandas awam.

(foto Berita Harian online)


Beristighfar melihat kes sebegini. Tak kiralah dia anak melayu, cina atau india. Tapi semuanya kan masih seorang manusia. Entahlah...berita-berita bayi dibuang nie dah jadi benda basi di negara kita. Saban hari kita mendengarnya. Itu yang dibuang ditempat-tempat awam. Yang ditanam belakang rumah tanpa kesan entah berapa banyak lagi.

Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Ada sesuatu yang telah rosak dalam negara ini. Zaman ini adalah zaman dimana duit modal lebih penting dari moral, politics lebih penting dari polite, alkohol lebih untung dari akhlak...AF lebih famous dari Al-Fatihah.

Patutlah ramai sangat yang membangkang dengan akta DNA. Kalau ada akta tersebut, kejadian sebegini boleh dielak. Kita macam takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau boleh, jika kes-kes moral sebegini terjadi kepada remaja bawah umur, tayangkan jer muka mak bapak mereka. Buat apa nak sorok-sorok. Kita terlalu bersopan-santun kepada penjenayah. Dah terlalu ramai mak bapak yang bodoh sekarang nie. Dah laa bodoh...hodoh pulak tu!!!

p/s: Dulu, aku terpaksa beritahu mak bapak kalau kena rotan di sekolah. Memang aku dah tahu akibatnya, kalau kena 10 liang kat sekolah, maka dirumah sure kena 10 liang lagi. Memang boleh aku nak rahsiakan, tapi bila teringat cerita dimana Tanggang disumpah menjadi batu menjadikan aku sangat takut untuk menipu. Mak aku pulak sering mengugut nak ke batu besar dibelakang rumah aku dulu, seperti dalam cerita batu belah batu bertangkup.

Sunday, December 14, 2008

Bila harimau berwarna biru...

Atas sebab-sebab kesibukan dengan tugas, maka entry ini agak lewat untuk aku siarkan. Tapi kesannya, masih aku terasa dari dulu, kini dan mungkin selamanya...

Umum sudah ketahui, nasib jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan sedang dalam pertimbangan FAM. Rasanya tak salah untuk menganggap dia sudah 'terkeluar' dari skuad harimau. Itulah padahnya menjadi jurulatih skuad kebangsaan. Macam-macam formula dari pentadbiran untuk memajukan sukan yang dianggap No. 1 negara itu tapi semuanya tak berhasil.

Kasihan jugak melihat nasib jurulatih. Mereka melatih dan mencorakkan pasukan dan hanya berdiri memberi arahan dari tepi padang...tetapi bukan bertanggungjawab menjaga gawang. Aku masih tak rasa yang B. Sathianathan bersalah 100% dalam semua ini. Lihat sahaja Claude Le Roy yang pernah menggalas jawatan tersebut...beliau gagal di Malaysia tapi berjaya membawa Ghana ke Piala Dunia. Adakah kerana Le Roy adalah penjaring terbanyak Ghana? Jawapannya tentulah tidak.

Cuma apabila melihat barisan pemain ada sesuatu yang tak kena. Bukan niat nak merendah-rendahkan orang kita, tapi atas dasar pasukan kebangsaan yang punyai berbilang kaum. Nicol Ann David menjadi pemain no 1 skuash dunia, Dato Lee Chong Wei pemenang perak olimpik badminton...dan mereka adalah Malaysian. Masa zaman bolasepak semi-pro (sampai laa era liga super tahun lepas) penjaring terbanyak pun orang luar jugak. Cuba lihat barisan pemain terhebat kita pada masa dulu-dulu:

Abdul Ghani Minhat, Dollah Salleh, Hassan Sani, K. Rajagopal, M. Chandran, Khan Hung Meng, Lee Kin Hong, Lim Teong Kim, Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Serbageth Singh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Sau Chi Keong, Wong Chun Wah, Wong Kam Fook, Zainal Abidin Hassan.

p/s: Kalau ditanya tiap-tiap seorang pemain pasukan negara kita sekarang, team mana yang menjadi pujaan...dah tentu ramai yang menjawab Red Devil atau The Reds atau The Blues. So bagaimanakah nak ubah patriotik pemain supaya berjuang demi Skuad Harimau?

Monday, December 8, 2008

Taik dan tongkeng ayam...

Baru-baru ini pengurus pasukan Sunderland, Roy Keane telah meletakkan jawatan apabila pasukan kendaliannya mengalami kemerosotan yang memalukan. Beliau mengambil keputusan tersebut secara serta-merta dan khabarnya hanya memaklumkan kepada pemilik pasukan secara SMS.

Perletakkan jawatan pengurus-pengurus pasukan EPL adalah perkara biasa. Mereka melakukannya kerana maruah pasukan. Kita sedia maklum, apabila pasukan tewas, kesalahan bukanlah 100% diletak di bahu pengurus. Pemain juga bertanggungjawab kerana mereka yang menendang, mereka yang menanduk, mereka yang berlari di padang. Tetapi, profesionalisme pengurus kelab-kelab di eropah adalah attitude yang berbeza dengan orang-orang di asia.

Sehingga entry ini ditulis, tak sekali aku lihat berita mutakhir di tv menunjukkan pihak pemaju di Bukit Antarabangsa atau yang benar-benar terlibat dengan projek di situ (termasuk mereka yang menandatangan kelulusan) tampil bertungkus-lumus di sana. Yang terpaksa berpeluh ketiak dan menjawab soalan (yang aku rasa berulang-ulang diaju kepada mereka) adalah pihak tentera dan polis.

Sehingga kini belum dengar mereka sedih mengalirkan airmata atas kesilapan diri sendiri. Mungkin kini mereka yang terlibat masih menjalankan projek-projek 'pembunuhan' besar-besaran seperti ini.

Seperti ayat yang tiba-tiba popular sekarang "Hangat-hangat taik ayam" aku rasa kena ganti dengan binatang yang lebih najis untuk mereka kerana aku pemakan ayam. Memang inilah senarionya. Semua bercakap berdegar-degar dan cuba menjadi hero sekarang. Tapi perhatikanlah isu tanah runtuh, isu kemalangan bas, isu mat rempit, isu pengkid dan beratus-ratus lagi isu. Apa dah jadi? Isu-isu ini cuma jadi menda basi yang kita terpaksa dengar...sekadar menyedapkan hati agaknya."Kita akan ambil tindakan sewajarnya"..piiiiirah mabuk!!!...mulut yang mengucapkannya itu tak ubah seperti tongkeng ayam lepas bertelur. Dah hilang sakit, senyap teruss..!!!

p/s: Kalau sekadar bekerja sebagai kerani, kita bercita-cita nak jadi pegawai, lepas tu nak jadi eksekutif, lepas tu nak jadi boss. Untuk apa? "Untuk menebalkan duit dalam poket aku laa...untuk apa lagi?. Orang-orang tu nak mati ker, nak tersepit ker, pedulik hapa aku!!! dia orang bukan mak bapak aku...hahahahaha...hahahahaha...ahhhh..pegi jahanamlah dengan orang-orang yang mati tu. Aku busy nie...nak gi jumpa sugar baby aku nih"

Saturday, December 6, 2008

Aidiladha dah tiba...

Assalamualaikum Semua...


Dikesempatan ini Penjejak Awan ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

kepada semua pengunjung dan terutama kepada rakan-rakan link. Kepada sahabatku JOE - Pengorbanan itu bukanlah penamat, tetapi permulaan untuk menghadapi hidup yang lebih sempurna dan bahagia dimasa akan datang. Aku doakan kau berjaya dalam interview.

Juga kepada rakan-rakan link seperti SLUMBERAJA, PAATZ, LIYANAHASSAN, MISSZUE, SEKUTAWAR, CARCA-MARBA, BRADER JAWS, SHAZANA, AYAHTEH, FATEEN, YAZIFA dan JOMSS. Selamat menyambut Aidiladha. Jenguk-jenguk dan sinsing lenganlah di rumah atau masjid yang mengadakan korban. Bukan sahaja dapat pahala dan mengeratkan silaturrahim tetapi dapat daging sekilo!!!

Labbaiqallah hummalabbaiq...

Friday, December 5, 2008

Antara dua darjat...

Musim cuti sekolah...musim ramai yang buat kenduri kahwin. Di kampung, di bandar, di mana-mana sahaja...penuh bunga manggar terselit di tiang-tiang lampu isyarat.

Tetapi...dalam kemeriahan tersebut, terselit cerita yang agak tak sedap didengar. Bilamana bakal isteri lulusan universiti manakala bakal suami lulusan SPM pangkat 3.

Perhubungan antara keduanya bermula start sekolah menengah lagi. Hinggalah apabila yang perempuan melanjutkan pengajian di universiti dan yang lelaki bekerja di kilang perabot sebagai operator pengeluaran.

Semasa hendak bertunang lagi, masalah telah timbul. Yelah, memang kedengaran jauh langit dari bumi. Kebetulan ibu si perempuan juga bekerja di kilang perabot yang sama. Nak disukarkan cerita, maka hantaran yang dipersetujui adalah sebanyak 10 ribu!!!. Tergamam jugak si lelaki, tetapi cinta punya pasal...diusahakan juga.

Si bapa perempuan juga kenakan beberapa syarat. Mereka duduk dalam satu kampung, mungkin gerak geri si lelaki diintip keluarga perempuan. Si lelaki tak dibenarkan berambut panjang. Si lelaki tak boleh bermain bola hingga ke maghrib...tak boleh itu tak boleh ini.

Dua bulan sebelum majlis, keluarga lelaki dipanggil ke rumah keluarga perempuan. Memang sebelum itu ada kedengaran yang keluarga si perempuan macam tak mahu meneruskan lagi pertunangan tersebut."Yelah...anak aku ada kereta sekarang, anak dia bawak motor pergi kerja pun takder lesen", bunyi-bunyi sindiran dari ibunya.

Keluarga lelaki pergi dengan seribu satu perasaan. Tetapi menggenggam di tangan duit tunai 10 ribu. Standby kalau-kalau keadaan kritikal. Boleh gak dilemparkan ke muka keluarga perempuan kalau terus-terusan menyindir.

Setelah berbincang,dengarnya penuh sindiran tajam, dan akhirnya mungkin kehendak tuhan, majlis diteruskan juga. Dan mereka akan diijabkabulkan penghujung tahun ini.

Tapi ramai yang khuatirkan mereka berdua ini apabila bersatu kelak. Jelas, masih ada pandangan jengkel dari keluarga perempuan.

p/s: Aku no komen pasal peristiwa ini. Tetiba aku tak boleh buat penilaian. Aku cuma doakan mereka akan berbahagia hingga akhir hayat.

Tuesday, December 2, 2008

Under estimate...

"Hahn...aku nie hari-hari kerja ngadap komputer, tapi susah nak online" rungut seorang kawan lama. Dia bekerja sebagai programmer dengan sebuah syarikat di Johor Bharu.

Memang perhubungan aku dengan kawan-kawan agak terbatas memandangkan kerja aku yang perlu melawat 32 operating unit di seluruh Malaysia. Dan operating unit tersebut adalah ladang-ladang dan juga kilang kelapa sawit. Jadi, dengan perantaraan melalui internet sahaja dapat aku berhubung dengan kawan-kawan lama.

"Takkan kat rumah ko tak boleh online?...atau ko sibuk dengan kerja?" aku bertanya.

"Kerja...memang aku kuat kerja...busy memanjang...area rumah aku streamyx belum masuk lagi...aku dok tunggu P1 WIMAX jer...nak pakai broadband Maxis or Celcom...den x mampu..." keluh kawan aku tu.

"Lerr...ko ambik jer laa broadband...bukan mahal sangat pun. Lagipun ko boleh online anytime and anywhere", kata aku.

"Memang betul Celcom dan Maxis broadband boleh online anytime and anywhere...yang aku tak berkenan sebab banyak limitation upload and download. Itu tak boleh.....ini tak boleh....sebab tue aku tunggu TM or P1 Wimax activate kat area rumah aku. Tambahan pulak ramai sangat orang subcribe broadband Celcom dengan Maxis kat area JB nie...confirm network congest and respond slow. Lain laaaaa macam ko duduk dalam ladang...tak ramai orang kampung dok online...depa dok sibuk noreh getah ke...potong sawit ke...or berkebun...Sebab tue laaaa network dia cantek and tak congest...." terang kawan aku, sedikit tergelak.

"Saper kata kat estet aku nie tak der gangguan? Setakat yang aku tahu ada 5 buah rumah yang menggunakan streamyx. Pengguna broadband kat disini ada kira-kira 5 orang...Tempat aku pun bukan lerr ada 3G, tapi aku online jugak...Dont under estimate estate lerr...walaupun dia orang ngadap pokok sawit hari-hari...tapi dunia dah berubah...dulu ko selalu gelakkan mereka, tapi sekarang...mereka yang gelak besar pada ko. Aperlah ko!!! hadap komputer jer hari-hari", getus aku sedikit marah.

p/s: Kadang-kadang aku lebih suka beritahu orang yang aku kerja potong buah sawit. Bukan niat aku nak menipu, tapi nak tengok airmuka orang yang bertanya. Biasanya mereka akan memandang sepi dan sipi-sipi...atau bertukar tajuk lain...atau berborak dengan orang lain. Pekerjaan di industri perladangan masih ditahap 3rd class.

Friday, November 28, 2008

Perempuan sulung...

Aku berbual-bual dengan seorang kenalan ketika dinner di sebuah restoran tepi jalan. Biasalah kalau dah berborak, adalah sikit-sikit mengumpat. Tetapi umpatan yang ini agak lain sedikit. Teorinya agak boleh diterima dek akal. Sebab memang boleh aku nilai sendiri kebenaran kata-kata kawanku itu.

"Ko tau tak anak Zek(nama aku rahsiakan) tu yang sulung perempuan", kata kawan aku.

"Ye kerr...ramai betul geng kita yang dapat anak pompuan ek", aku membalas sambil menyedut teh ais.

"Hahaha...yelah..sebab geng kita semuanya kaki pompuan..hahaha", dia tergelak. Macam Mirnawan Nawawi pulak.

"Apasal ko cakap macam tu?", aku tanya kat dia.

"Kan orang tua-tua ada kata, kalau dulu bapaknya ada ramai awek atau suka tukar-tukar awek, nanti kalau bininya bersalin, anak yang first mesti perempuan", itu apa yang dia cakap kat aku.

"Heh...ye tak yer jugak ek", aku mula terbayang wajah kawan-kawan aku yang dah kahwin dan dah punya anak. Si anu pun anak first pompuan, si anu tu jugak pompuan, yang si anu satu lagi tu jugak pompuan..."Hahahaha....betul laaa...."

"Cuba ko tengok anak Uztaz (merujuk kepada seorang kawan kami yang alim), anak dia yang sulung lelaki, anak Man (bukan nama sebenar) pun yang sulung lelaki. Tu jenis time study dulu mana main awek", terang kawan aku.

Hmmm....memang macam betul jer teori tu...90% kawan-kawan aku yang dulu ramai awek, dapat anak sulung perempuan.

p/s: Jangan ler pulak lepas nie kalau yang isteri tu bersalin dapat anak perempuan, tuduh suami macam-macam pulak. Nie kisah aku dan kawan-kawan aku jer...mungkin suami anda tak macam tu. Mungkin kebetulan...

Thursday, November 27, 2008

Air dah turun...

Hujan lebat giler turun malam semalam. Wiper terpaksa aku set pada No. 3. Punyalah laju. Musim hujan dah kembali semula. Negeri-negeri di Utara dah mengalaminya ketika hari raya puasa yang lalu.

Ladang sawit berhampiran dah mula dipenuhi air. Sedang harga sawit tengah jatuh sekarang ni, datang pula dugaan dunia. Terputus lerr pendapatan pemotong sawit, begitu juga penoreh getah. Mereka bukan ada gaji tetap seperti kita. "Ada kerja ada gaji, takder kerja takder gaji"

Masih aku teringat pada tahun 2006, Segamat dilanda banjir paling buruk semenjak 100 tahun terdahulu. Masa tu, perhubungan darat hampir tidak wujud. Nasib aku baik kerana berada di kawasan tinggi. Tetapi, semua jalan keluar dah dilimpahi air.

Jika hendak ke bandar Segamat, jalan putus di Buluh Kasap. Jika hendak ke Tangkak, jalan dinaiki air di Jementah. Dan jika hendak ke Seremban, jambatan runtuh di Gemas.

Tiga hari tiga malam...aku keputusan makanan. Nasib ada maggi dan setin sardin. Dan nasib baik ada TV. Sebab aku terpaksa baca suratkhabar yang sama selama 3 hari. Semua iklan dan semua saham aku terpaksa baca.

Adakah semua ini akan berulang kembali?

p/s: Nampaknya Penjejak Awan terpaksa meminta tolong Penjejak Badai dan juga Penduga Arus untuk melawan Dosa Angkasa.

Wednesday, November 26, 2008

Silent Killer...

AWAS!!!...ini bukan cobaan..ini betul-betul kejadian. Agaknya dulu-dulu kita ada mendengar, tetapi dek kerana dorongan nafsu, maka kita buat endah tak endah. Dan apabila kita menanggungnya, maka pada waktu itu...ia sudah terlambat. Hanya mampu bertemankan sejadah dan kopiah.

Mee kuning dan kuey tiaw mempunyai asid benzoik (benzoic acid) yang lebih dari yang dibenarkan:

(klik untuk lebih jelas)


Maka kurang-kurangkanlah mendedahkan diri terhadap permakanan merbahaya nie (atau stop terus!). Entah apa yang boleh kita makan selepas ini. Hampir semua makanan di pasaran sekarang dicemari bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh badan manusia. Tak gunalah kita berhabisan membeli produk tongkat ali kalau badan memang dah penuh dengan racun. Dan tak perlulak Cik Kak terhegeh-hegeh menggunakan produk kecantikan kalau yang ada di bawah kulit yang putih gebu tu sebenarnya racun serangga...

p/s: Manusia sekarang dibunuh oleh manusia itu sendiri. Tetapi mereka masih tak sedar. Peperangan zaman dulu guna pedang dan keris, kemudian pistol dan peluru...sekarang manusia berperang guna kimia...

atau dengan hanya menggunakan sebungkus kuey tiaw goreng...

Monday, November 24, 2008

Aku hanya...seorang pendatang...

30 ribu pendatang asing ada di London (nombor belum di konfemkan lagi). Dan mereka adalah rakyat Malaysia. Kebanyakannya terus menetap dan bekerja dengan visa tamat tempoh.

Di Malaysia, pendatang asing dah menjadi bukan perkara asing. Indonesia, Bangladesh, Nepal sebut sahaja. Ada yang datang secara sah dan kebanyakannya tidak sah. Kalau disini, kita rasa tidak selesa dengan kebanjiran mereka. Bermacam-macam tuduhan kita lontarkan buat kumpulan seperti ini.

Tapi...kita pun sama jugak rupanya. Susahlah pihak imegeresen nak kerja lepas ni. Bukan maknanya tak boleh kerja, tapi kena tahan telinga lerr kena sindir."Pak!, kami ngaku Pak kami salah, tapi Bapak enggak boleh salahkan kami saja. Gimana dengan orang Malaysia di London tu? Mereka Boleh!!!Kami pun Boleh!!!"

p/s: Aku pun pernah jadi 'pendatang tanpa izin'. Aku ter'makan' jamuan untuk seminar TNB kat PWTC. Sedangkan jamuan untuk seminar DOSH kat tingkat atas. Malu giler bila orang tegur aku sebab orang perasan tag aku lain.

Saturday, November 22, 2008

Stupid is bodoh...


(foto Berita Harian Online)

Entah berapa orang agaknya..kalau tak diucap dimulut mungkin berbisik di dalam hati dengan perkataan "Bodoh!!!". Mungkin disebelah pantai timur ia berbunyi "Bengong nar..". Dan di bandar-bandar besar ia berbunyik "What the....?"

Sebab cinta agaknya, sanggup buat benda tak berakal macam tu. HEI...!!! kenapa orang kita kemaruk sangat sampai nak bunuh diri kalau ada masalah dalam cinta??? Tapi buat selamba lembu kalau peksa tak lulus, buat derk bila jatuh motor lepas wheelie, buat muka macam beruk lepas menengking mak bapak...!!!

Hati orang kita dah keras pada benda-benda yang tak berfaedah... Sijil, Diploma, Ijazah dan Jawatan Executive dalam sebuah syarikat hanya datang mungkin sekali dalam seumur hidup. Tapi lelaki yang bodoh, yang tak tahu jaga hati, yang pemalas...memang ada berlambak kat luar tu. Kalau clash hari nie, besok boleh dapat sepuluh...(tu pun kalau masih jugak nak terkejor-kejor lelaki low class macam tu lerr).

p/s:Nasihat aku...tinggal jerlah pasangan kita kalau asyik nak gaduh jer...kalau kita bunuh diri, esok dia dah ada couple baru. Kita nangis kena sebat dalam kubur tapi dia tengah seronot-seronot kat muka bumi. Hidup pun bodoh..dalam kubur pun nak jadi mayat bodoh jugak ker?

Makan dengan Mangkuk Tingkat...

Aku bukannya nak promote, bahkan jauh lagi untuk mendapat komisyen. Cuma, dikala aku 'menyelak-nyelak' laman web, aku terjumpa dengan website nie mangkuktingkat.com. Baca sedutan dari web tersebut:

MangkukTingkat.com adalah merupakan satu inisiatif dari sekumpulan suri rumah yang bernaung di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.

Mereka secara usahasama menyediakan sajian hidangan tengahari dan makan malam untuk dinikmati oleh pelanggan yang sibuk serta tiada masa untuk memasak untuk keluarga.

Hidangan tersebut kemudiannya boleh ditempah untuk dihantar terus ketempat kerja atau ke rumah.

Diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah di bawah Program MangkukTingkat.com. Bertujuan menyediakan makanan yang berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan untuk semua orang.


Bagus juga jika ada bisnes macam nie. Yelah...kita semua selalu dengar perkhidmatan penghantaran pizza jer. Ini satu konsep perniagaan yang agak brilliant. Menggunakan lauk-pauk tempatan dan dihantar menggunakan mangkuk tingkat. Lebih-lebih lagi ianya disediakan oleh suri rumah sepenuh masa yang telah dipantau mutu dan kebersihannya. Mungkin kita akan dapat merasa hidangan seperti disediakan dirumah.

Aku tak dapat merasai lagi 'penangan' mangkuk tingkat ini. Maklumlah, aku tidak berada di kawasan penghantaran. Tetapi buat bloggers yang dah aku link atau tinggal di ibukota dalam blog ni mungkin boleh mencubanya dan beri respon kat aku.

Friday, November 21, 2008

Bond !!...James Bond..!!!


Akhirnya koleksi kereta James Bond aku complete hari nie. Agak lambat jugak aku nak kumpul model-model nie. Sebelum ini aku dah ada koleksi model Ferrari, juga dari promosi Shell. Biorlah apa orang nak kata. "Dah tua bangka pun masih nak beli permaynan". Tapi ini bukan permaynan. Aku takder lerr menolak atau mengheret kereta nie keliling rumah. Aku pamerkan kat dalam lemari kaca bersama koleksi-koleksi yang lain.

Proses pengkoleksian ini bukanlah serumit mana. Cuma perlu isi minyak di stesen Shell minimum RM40 dan layak membeli satu model kereta dengan nilai RM5.50. Secara matematiknya:

(RM40 + RM5.50) x 5 model = RM227.50

Itu tak termasuk beg koleksi bernilai RM60.

Agak bernas jugak idea Shell di kala harga minyak tak berapa stabil nie. Bayangkanlah...bukan aku sorang jer yang minat mengumpul benda-benda macam nie. Mungkin ada seribu atau 2 ribu atau 3 ribu penduduk di Malaysia yang ada minat yang sama.

Harap selepas ini dapatlah diteruskan promosi seperti ini lagi. Compare dengan syarikat petrol tempatan atau secara terus terangnya Petronas. Untuk dapatkan set culinary kena beli minyak enjin. Berapa orang lerr yang minat agaknya. Servis kereta takler sebulan tu sampai 2-3 kali. Aku beli laa jugak minyak enjin tu, tapi aku bagi kat sedara jer. Hadiah T-shirt Formula 1 Petronas tu aku ambik.

p/s: Tiap-tiap hari aku bukak tin Ali Cafe dengan harapan dapat menang 1 juta. Tetapi akhirnya tin-tin jer yang dah menimbun-nimbun. Kalau aku rajin sikit, mungkin dah boleh buat twin tower kedua.

Nilai RM5

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery yang duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam.

Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang. Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Hafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput.

Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!" Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang dirumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial!

Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu.

Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. "Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi.

Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu persatu,perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, Nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati." Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat...

Thursday, November 20, 2008

Pernahkah berlaku pada anda?


Sedang aku duduk, terdengar suara dari tandas sebelah berkata: "Hai, apa khabar?"

Aku bukan jenis yang suka berborak dalam tandas nie tapi entah kenapa pulak jadi kat aku. Jadi, dengan tersipu-sipu aku menjawab: "Aku baik jer!"

Dan lelaki tersebut berkata: "So, buat apa sekarang?"

Apa kejadah dia tanya soalan macam tu? Pada masa tu aku mula rasa pelik, jadi aku pun menjawab: "Ooh...macam kau jugak. Tengah mengembara"

Pada waktu itu aku cuba menghabiskan 'urusan' aku secepat mungkin bila aku terdengar soalan dia: "Boleh aku datang?"

OK, ini dah memang pelik tetapi secara sopan hendak menamatkan perbualan tersebut lalu aku berkata: "Maaflah...aku terlalu sibuk sekarang nie"

Dan aku terdengar suara orang tersebut berkata dengan penuh kegusaran...

"Dengar sini. Aku akan telefon kau balik. Ada orang gila kat tandas sebelah yang sibuk menjawab semua soalan aku!!!"

Sejahteralah kita...

25 tips untuk hidup sihat. Cubalah...semoga anda dalam keadaan sejahtera selalu.

(klik untuk besarkan)

Gaya hidup sihat penting untuk kita semua. Ini kerana gaya hidup yang diamalkan sekarang amat berbeza dari dulu. Pada masa dahulu, kita perlu bangun dan bergerak ke television untuk menukar siaran berbanding sekarang yang hanya perlu menekan remote control. Ini bermakna kita kurang exercise.

Jangan pula kita jadi seperti mereka...

Wednesday, November 19, 2008

Brutalazi...

Malam tadi, sambil melayan CM '08, aku menonton siri Dendam di TV3 jam 11 malam. Mungkin ceritanya dah sampai klimaks. Tapi aku rasa terlalu cepat pulak pembalasan dendam yang dibuat. Kalau dibanding dengan siksaan yang diterima selama bersiri-siri (atau bertahun-tahun), agak tidak berbaloi dengan 'hukuman' yang diberikan oleh Misya kepada penjaganya.

Agak banyak juga cerita-cerita melayu yang aku tonton. Banyak cerita jahat yang dibalas perbuatan jahatnya. Tapi aku terasa macam tak puas hati. Orang jahat memperlakukan kejahatan dengan penuh sifat kebinatangan sekali. Tetapi yang baik, terpaksa membalas secara baik dan berbudi bahasa. Itu kadang-kadang aku rasa tidak puas menonton drama atau filem.

Mamat Khalid yang menang anugerah pengarah terbaik, selalu melanggar logik hidup. Tengok sahaja filem Man Laksa part ending. Memang merapu. Serupa jugak macam Zombie Kampung Pisang.

Jadi...tak salah rasanya kalau watak baik menyiksa watak jahat dengan cara yang zalim. Buat apa kena ikut jalan cerita yang sama jer.Bilakah kita dapat tengok penjahat dibalas kejahatannya dengan cukup siksa selama berhari-hari? Barulah puas menonton.

p/s:Teringin jugak nak tengok penjahat dihiris suku dari cuping telinganya dengan pisau cukur, kemudian diperah pulak dengan sedikit lemon. Lepas tu toreh-toreh pulak badannya. Perah lagi dengan lemon. Ulang perbuatan tersebut selama 5 episod. Barulah kejam...hahahaha...

Tuesday, November 18, 2008

Perlukah aku...?

Agak kerap aku mengadakan seminar atau sessi latihan untuk syarikat tempat aku bekerja. Itu memang sebahagian dari tugas aku. Kekadang seminar tersebut akan mengambil masa setengah dan kadang-kadang boleh sampai ke tiga hari.

Mengadakan seminar bukannya mudah. Aku juga mesti memastikan bahawa makan minum peserta adalah mencukupi dan yang penting...menyelerakan!!!

Satu yang paling pasti...aku mesti mendapatkan list peserta vegetarian. Dan aku mesti memastikan tiada daging lembu disediakan dalam hidangan. Ini amat penting kerana aku menghormati cara hidup dan pegangan rakan-rakan dalam syarikat.

TETAPI..!!!

Kenapa babi bersepah-sepah dibuang di Negeri Melaka?

Adakah aku perlu menyelitkan seurat dua daging lembu dalam inti karipap untuk tea break?

Atau perlukah aku masak sayur dengan menggunakan perisa ikan bilis?




JAWAPANNYA..



Aku tak akan buat...Aku tak akan buat...Aku tak akan buat...Aku tak akan buat...Aku tak akan buat...Aku tak akan buat...

Monday, November 17, 2008

Aku tak tahan beb....

Apabila melalui kawasan ladang kelapa sawit, mungkin akan terpandang struktur seperti sebuah rumah kecil yang diletakkan diatas sebatang kayu yang tinggi. Ya...itulah sangkar buatan untuk burung hantu. Ladang sawit akan membina sarang burung hantu ini bertujuan mengawal populasi tikus yang menyerang buah sawit. Spesis burung hantu tersebut dipanggil Barn Owl atau nama saintifiknya Tyto Alba.

Sangkarnya sangat unik. Ia mempunyai 3 ruang iaitu ruang 'tamu', ruang 'tidur' dan ruang 'makan'. Aku pernah terlibat secara langsung dalam pembuatan sarang-sarang ini. Masa itu baru aku tahu bahawa burung hantu membahagi-bahagikan ruang dalam rumahnya. Ruang 'tamu' adalah sebenarnya ruang untuk ia landing apabila masuk ke dalam sangkarnya. Ruang 'tidur' adalah dimana ia berehat dan menjaga anak-anaknya. Ruang 'dapur' pula biasanya akan dipenuhi tulang tikus dan daun-daun kering.

Itu tentang sarang burung hantu. Tapi macam mana pulak dengan 'sarang' manusia. Manusia dikurniakan akal dan juga tangan...tidak seperti burung hantu yang kurang akal dan tiada tangan. Apabila manusia membina atau membeli atau menyewa rumah, memang dah ada ruang tamu, bilik tidur dan bilik dapur. Tak kisah samada rumah kecil atau besar, rumah batu atau papan. Tapi...sakit mata aku bila pergi rumah yang ada baju berlonggok kat ruang tamu, tuala tersangkut kat sofa depan tv, baju dalam disidai kat bilik air dan lantai yang melekit-lekit kat dapur. Itu baru yang dipandang di mata.

Yang dicium di hidung lagi lerr...macam kandang ba'tuuuut....' baunya.

Yang didengar di telinga lagi laa mengancam emosi...bunyi lalat ditelinga ketika siang dan bunyik nyamuk dikala malam.

p/s: Kalau nak kawin, memang digalakkan orang lelaki gi redah jer rumah perempuan tu dulu. Bukan apa, kena laa buat spot check. Takut-takut, time dating atau tunang jer pakai baju bergosok dengan semburan Isey Miyaki. Tup-tup bila dah kawin, baru tau yang bini tu pengotor dan pemalas nak mampus. Perempuan pun sama jugak...kena laa intai-intai rumah lelaki...kalau berani ler..hehehe...

Friday, November 14, 2008

Tahniah dari Penjejak Awan !!!


(muka depan Utusan Malaysia)

TAHNIAH ADIK-ADIK KU SEMUA!!!

Semoga kalian berjaya lagi di lain kali...
Semoga kalian berjaya mencapai cita-cita yang diangan-angankan...
Semoga kalian mengubah persepsi dunia tentang kita...
Semoga kalian terus berjaya di dunia dan akhirat...

p/s: Dan kalaupun kalian jadi artis, jadilah macam Allahyarham Sudirman yang ada kelulusan lawyer...atau macam Lisa Surihani, juga ada kelulusan lawyer. Jangan ler pulak kalau baca bab biodata artis tu, column Pendidikan setakat SPM jer...

Thursday, November 13, 2008

Coca-cola + Ajinomoto = Rape


Ini e-mail yang aku terima pagi tadi dari seorang kawan. Harap pengunjung-pengunjung wanita yang singgah di Awan yang Biru ini ambil perhatian yer...pengunjung lelaki pun sama...Sekarang pun dah ramai gay.(ptuih...ptuih...ptuih!!!)

Paling elok, jangan jamah langsung apa-apa yang orang bagi kat kita. Kekadang kawan yang paling baik pun boleh tikam kita dari belakang. Mungkin mereka tak bernafsu nak merogol, tapi mungkin berminat dengan Nokia N96 kita ker atau Tablet PC kita ker atau mungkin Naza Ria yang kita park kat luar ofis nun.

Dan satu lagi...jangan cuba try test pulak resepi yang dimaksudkan diatas tu. Itu sebagai amaran untuk semua pengunjung-pengunjung awan yang aku hormati dan hargai. Takut-takut nanti kalau korang cuba kat dapur sambil memasak tu, jadi macam nie pulak...


Hisssssssss.......Adoiii......

Wednesday, November 12, 2008

Aku tak nak jadi jutawan...

(petikan akhbar Utusan Malaysia)

Kenapa jadi begini? Bukankah seperti yang kita sering nyanyikan di pagi isnin semasa sekolah dahulu 'Negaraku...Tanah tumpahnya darahku...' dan ini adalah negara kita sendiri. Adakah kita terpinggir, dipinggirkan atau sekadar dipinggiran? Lu pikirlah sendiri...

Tapi bagi aku memang tak pelik. Aku rasa ramai yang takut nak jadi kaya. Kalau jadi kaya, maka mungkin akan hilang sifat-sifat baik dalam diri kita. Bukan aku maksudkan semua orang kaya itu jahat dan berhati busuk. Tapi hampir setiap hari kita nampak kes seperti itu. Tak percaya? Cuba tonton cerita-cerita tv pada masa puncak. Kesemuanya adalah kisah jutawan (memandangkan semua projek dan nilai yang disebut dalam cerita itu bernilai juta-juta sahaja). Dan apabila dah jadi jutawan, maka kejahatan pun timbul (jalan cerita biasa dalam tv sekarang)

Tajuk: Sutera Maya
Sinopsis: Kisah anak-anak jutawan yang memiliki ladang yang luas.
Sifat utama: Dengki khianat, tamak haloba.

Tajuk : Dendam
Sinopsis : Kisah anak yatim yang mewarisi wasiat berjuta-juta
Sifat Utama: Dengki khianat, tamak haloba.

Lain-lain cerita:

Tajuk : Kasih Iftitah
Sinopsis : Kisah seorang CEO yang mempunyai syarikat juta-juta
Sifat Utama: Dengki khianat, tamak haloba.

Tajuk : SPA Q
Sinopsis : Kisah sekumpulan wanita yang kaya-raya
Sifat Utama : Dengki khianat, tamak haloba.

Tajuk : Manjalara
Sinopsis : Kisah perempuan gemuk anak orang kaya.
Sifat Utama: Dengki khianat, tamak haloba.

p/s: Aduhh...penat aku taip...kalau aku listkan semuanya sama jer...semua cerita akan berkait dengan wang juta-juta, tapi semua mempunyai sifat yang sama. Orang kita dah diprogramkan hampir setiap hari dengan cerita-cerita macam tu. Lelama semua takut nak jadi orang kaya. Atau mungkinkah orang kaya (sebahagian) memang mesti berciri macam tu?

Tuesday, November 11, 2008

Takut hantu atau tuhan...

Agak kecoh jugak kat berita tv dalam seminggu nie dengan tajuk 'Sajak Kematian'. Katanya tontonan tu bukan untuk kanak-kanak. Penggambarannya boleh menakutkan dan boleh menyebabkan trauma. Ibubapa bimbang emosi anak-anak mereka terganggu. Maka pihak pendidik dipersalahkan sekali lagi.

Ini mungkin kes terpencil tapi diperbesar-besarkan rasanya. Sajak Kematian sebenarnya boleh membuatkan kita insaf (walaupun dalam tempoh 5 minit cuma). Biarlah anak-anak kecil takut akan mati. Jangan ingat semua kita boleh hidup sampai 80 tahun.

Tapi bagaimana pulak dengan iklan makanan ringan? Ada tak ibubapa yang bersemangat waja, wira, perdana dan Gen 2 yang nak iklan-iklan tersebut diharamkan?

Bagaimana pulak dengan cerita Ultraman? Walaupun tak ada 'F' word dan 'S' word, tapi budak-budak 3 tahun dah reti bercakap "Tak Guna...!!!". Siapa yang nak komen? Tu belum lagi budak-budak kecik yang buat slam dunk atas perut bapak yang tengah baring, gara-gara ultraman berlawan dengan dinasor.

Ini semua kejadian yang memang terang-terangan men'trauma'kan budak-budak kecik. Tapi takde siapa pulak yang nak memekik.

Macam mana pulak dengan Naruto? Tak salah tengok cerita Naruto. Tapi waktu siarannya? Naruto disiarkan pada petang khamis. Seeloknya ibubapa yang dah tua bangka dan nak mampus tu mengajak anak ke surau baca yassin supaya sejuk kubur esok dengan doa anak. Satu lagi...kenapa siaran Naruto disiarkan pada pukul 7 malam kalau maghrib antara 6.50-7.15 malam dan akan bersiaran pada jam 7.30 malam kalau maghrib antara jam 7.15-7.45 malam.



p/s: Orang kita..kalau dalam acara yang ada songkok dan telekung..akan menguap macam blue hyppo. Pastu buat leceh...Kalau dalam acara nampak lurah dan celah...mulut tak habis-habis beristighfar astaghfirullah...astaghfirullah...macam alim ulamak, tapi mata terjeling-jeling. Jadilah hipokrit pulak.

Monday, November 10, 2008

Jemput minum...jemput minum...

Aku tak tau samada nak percaya atau tidak.Aku dapat e-mail nie dari seorang kawan. Tak pasti samada ia anak cicak atau anak tikus. Dah laa ni minuman favourite aku. Hmm...pasni kalau nak minum kena goncang-goncang dulu. Kalau ada rasa ketul-ketul dalam kotak tu, kena laa bedah siasat. Nampaknya kena laa bancuh sendiri kalau nak minum pasni.

Sunday, November 9, 2008

Standard Modified

Dicelah-celah keadaan ekonomi yang merudum ini, terletus letupan hebat di dalam negara. Tangki van NGV meletup semasa hendak diisi. Seorang maut dan 2 lagi cedera. Bila aku selak dalam paper NST hari ni, didapati tangki NGV tu adalah modified dari tangki gas memasak..!!!.

Aku kagum sejenak tengok orang di negara ini. Ramai jugak jurutera yang pandai merekacipta. Bakat yang amat susah ditemui di negara lain. Masih aku teringat ketika aku berada di Johannesburg dulu. Aku melepak depan pasaraya dengan seorang local guide berdekatan tempat parking. Aku tengok kereta-kereta di situ biasa-biasa jer. Semua standard dari kilang. Kat rear mirror semua kosong. Kalau kat sini, sebesar-besar CD orang gantung kat situ. Agaknya orang kita masih sayangkan 4U2C (Fiiiionaa....kihkihkih). Aku tanya local guide, kenapa orang kat Johannesburg tak hias kereta mereka? Dia menjawab cukup mudah, "If you want sports car...you buy Ferrari or Lotus." Betul jugak jawapan dia.

Lecturer aku di sana juga pernah secara sinis memberitahu dalam kelasnya yang dia pernah datang ke Malaysia dan beliau mengatakan memandu di Malaysia sangat merbahaya. Kenapa? Sebab dia pernah menekan brek secara mengejut gara-gara melihat pemandu di hadapannya hendak berundur. Sedangkan pemandu dihadapan hanya menekan brek. Tetapi sebab orang kita 'terlalu pandai', maka lampu brek telah diconnect dengan reverse light. Masyarakat luar amat teliti dengan standard antarabangsa. Lampu putih dibelakang kenderaan adalah ISYARAT UNTUK MENGUNDUR.

Berbalik kepada kes letupan tadi, mungkin orang kita mengambil jalan mudah dan murah. Hantar bengkel yang ada gantung signboard tertulis 'Pemasangan NGV'. Ada signboard macam tu jer dah kira ok. Tapi tak nak pulak kita tengok samada bengkel tu ada sijil kelayakan pemasangan atau tidak...jalan mudah. Dan satu lagi..kalau dah guna tong gas memasak tu, sebab nak ambik jalan murah lerr...tong gas memasak boleh ambik kat mana-mana.

Untuk menunjukkan perbezaan antara silinder NGV dan tong gas memasak...disini saya tunjukkan kepada anda semua. Jangan tertipu dengan pemasangan tong yang salah...atau kata tulus dari saya...jangan tipu diri sendiri dan orang kampung yang tak tau pun apa itu NGV.



Ini adalah contoh bentuk silinder atau tangki NGV yang standard. Ulang suara...Ini adalah contoh bentuk silinder atau tangki NGV yang standard.






Ini adalah CONTOH tong atau silinder gas memasak. Diulang....tong gas memasak.

Saturday, November 8, 2008

Sinar...moga bersinar-sinar...

Masa aku sekolah menengah dulu, time-time berseluar ketat dan tali pinggang 'leleh', siaran radio paling aku minat adalah Radio Muzik. Masa tu zaman lagu-lagu rock meletup. Zaman Isabella, Misteri Mimpi Syakila, Gadis Bertudung Putih dan banyak lagi...Zaman Halloween, Bon Jovi, Gun N Roses...gila rock aku zaman tu...sampai la sekarang nie. Cuma sekarang ni kerja dengan orang, so tak dapat laa nak rambut panjang lagi.

Lepas menengah, aku dah bertukar kepada siaran ERA Rentak Muzik Terkini. Aku dengar siaran tu start dari mula lagi. Masa mula-mula siaran, hanya lagu sahaja yang ada...DJ ada celah sikit-sikit. Aku dengar ERA sebab salah seorang DJ tu duduk depan bilik aku masa kat kolej. Siapa dia...? Hanya aku dan kawan-kawan jer yang tahu...

Lama gak aku layan siaran ERA. Sejak ada Abg Halim, Khairil, Najman, Jamal Jamaluddin dll. Rasa-rasanya dekat 9 tahun. Tapi...aku mula bosan. Bukan sebab aku melayu cepat bosan, tapi sebab aku hilang 'jiwa'. Mana perginya semangat rock aku dulu? Akan hilangkah kenangan bila cikgu gagal memasukkan botol dalam kaki seluar aku? Akan lenyapkah tragedi digunting rambut atas pentas dihadapan ratusan kawan-kawan sekolah?

Sekarang, aku dah set dalam kereta-kereta aku, siaran Sinar FM. Aku masih berjiwa rock. ERA dah jadi siaran Mat Indon dan Pop Indie. Hot FM pulak ada DJ baru yang datang dari ERA dan suka terjerit-jerit bila MU menang game hujung minggu. ERA dia buat macam radio penaja kepada MU sedangkan yang tulis kat jersi tu AIG.

Lantaklah...aku dah mula suka pada Madam Muah-muah,Mat Salleh, Wak Tempe, Aby Fana dan Nun Jim Mim Nun Najman Pon Pon!!! Harap irama rock tak hilang dari muka bumi.

Yang best ada Rancangan Fulamak Carta sms Sinar, rasa macam aku muda balik. Masih teringat pakai walkman kat telinga dan terhangguk-hangguk sambil buat latihan Add Math SPM.

p/s: Bebudak yang lahir selepas 1980an maybe (aku ulang..maybe) tak dapat merasai zaman rock tu. Walkman pun entah-entah tak pernah tengok. Ingat lagi pakai beg ada lambang Loudness. Balik sekolah, bawak balik beg dengan tali beg letak kat dahi. Dah aku berjalan mendongak...lubang hidung penuh dengan habuk jalan...hinss hinss hinss...

Blog Widget by LinkWithin