Pengikut Awan

Saturday, December 27, 2008

Makhluk Asing di Melaka...

Pada hari krismas tempoh hari, barulah aku berkesempatan untuk melawat Pameran Aliens yang diadakan di MITC Melaka. Sungguhpun agak lewat dan waktu aku melawat adalah pada hari cuti umum, namun ianya tidak sia-sia. Kerana...tak ramai rupanya yang berkunjung ke pameran tersebut pada hari itu. Walaupun pada mulanya apabila aku melintasi Taman Buaya dan Zoo Melaka, jalan penuh sesak dengan kenderaan.

Oleh kerana tidak ramai yang mengunjungi pameran tersebut maka aku memperoleh masa yang banyak untuk membaca dan mendalami ilmu tentang aliens. Cuma agak malang kerana aku tidak membawa kamera digital dan mengharap kepada Nokia N95 sahaja. Gambar-gambar di bahagian dalam tidak berapa clear kerana pencahayaan yang suram.

Terdapat 4 Zon didalam pameran dimana yang paling menarik perhatian aku adalah di Zon 3 dan 4. Di Zon 3 terdapat komputer interaktif canggih yang biasanya hanya dapat kita lihat di dalam cerita fiksyen sahaja, tetapi di pameran tersebut kita dapat menyentuh dan menggunakannya. Di Zon 4 pula kita boleh menghantar mesej ke angkasa lepas..(hahahaha...bunyiknya agak pelik dan mungkin ia hanya sebagai medium untuk mengira jumlah pengunjung).

Di Zon 1 adalah Zon fiksyen dimana kita disambut dengan raksasa alien yang sungguh besar. Cuma sayang...ia kaku...kalau ada pergerakan dan mengeluarkan air liur...sure ramai yang menjerit ketakutan. Agak lucu melihat seorang ibu yang memujuk anaknya kerana menangis melihat replika aliens buncit terbaring didalam kaca.

Selesai keluar...aku membeli koleksi poster sebagai cenderahati. Juga ada kedai menjual kerepek udang geragau yang mana itu adalah pertama kali aku merasanya.

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

.liyana. | C E R I A | said...

best x?
bpe harga nk masuk r?

Hahn 3rd said...

8 ringgit utk dewasa.cepat...sebelum 22hb Jan 09

Blog Widget by LinkWithin