Pengikut Awan

Monday, December 15, 2008

Ibunya seekor anjing...

Seawal pagi aku dah keluar dan singgah di 7-E berhampiran untuk membeli sekotak rokok dan paper. Sedih menerpa tetiba apabila melihat tajuk depan Berita Harian. Bayi dibuang dalam lubang tandas awam.

(foto Berita Harian online)


Beristighfar melihat kes sebegini. Tak kiralah dia anak melayu, cina atau india. Tapi semuanya kan masih seorang manusia. Entahlah...berita-berita bayi dibuang nie dah jadi benda basi di negara kita. Saban hari kita mendengarnya. Itu yang dibuang ditempat-tempat awam. Yang ditanam belakang rumah tanpa kesan entah berapa banyak lagi.

Itulah realiti masyarakat kita sekarang. Ada sesuatu yang telah rosak dalam negara ini. Zaman ini adalah zaman dimana duit modal lebih penting dari moral, politics lebih penting dari polite, alkohol lebih untung dari akhlak...AF lebih famous dari Al-Fatihah.

Patutlah ramai sangat yang membangkang dengan akta DNA. Kalau ada akta tersebut, kejadian sebegini boleh dielak. Kita macam takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau boleh, jika kes-kes moral sebegini terjadi kepada remaja bawah umur, tayangkan jer muka mak bapak mereka. Buat apa nak sorok-sorok. Kita terlalu bersopan-santun kepada penjenayah. Dah terlalu ramai mak bapak yang bodoh sekarang nie. Dah laa bodoh...hodoh pulak tu!!!

p/s: Dulu, aku terpaksa beritahu mak bapak kalau kena rotan di sekolah. Memang aku dah tahu akibatnya, kalau kena 10 liang kat sekolah, maka dirumah sure kena 10 liang lagi. Memang boleh aku nak rahsiakan, tapi bila teringat cerita dimana Tanggang disumpah menjadi batu menjadikan aku sangat takut untuk menipu. Mak aku pulak sering mengugut nak ke batu besar dibelakang rumah aku dulu, seperti dalam cerita batu belah batu bertangkup.

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Anonymous said...

Fuh! Tak boleh blah!

Lubang tandas tu! Nasib baiklah masih lagi bernyawa.

Aku tak tau nak komen macam mana. Letih dah.

khasyikelvin_ said...

"Dah terlalu ramai mak bapak yang bodoh sekarang nie. Dah laa bodoh...hodoh pulak tu!!!" - kadang2 bukan mak bapak yang salah, namun silap anak2, kerana ada yg mengaku dirinya Islam, tapi tak beramal ke arahnya, walaupun sudah di ajar, kan?

Blog Widget by LinkWithin