Pengikut Awan

Friday, December 5, 2008

Antara dua darjat...

Musim cuti sekolah...musim ramai yang buat kenduri kahwin. Di kampung, di bandar, di mana-mana sahaja...penuh bunga manggar terselit di tiang-tiang lampu isyarat.

Tetapi...dalam kemeriahan tersebut, terselit cerita yang agak tak sedap didengar. Bilamana bakal isteri lulusan universiti manakala bakal suami lulusan SPM pangkat 3.

Perhubungan antara keduanya bermula start sekolah menengah lagi. Hinggalah apabila yang perempuan melanjutkan pengajian di universiti dan yang lelaki bekerja di kilang perabot sebagai operator pengeluaran.

Semasa hendak bertunang lagi, masalah telah timbul. Yelah, memang kedengaran jauh langit dari bumi. Kebetulan ibu si perempuan juga bekerja di kilang perabot yang sama. Nak disukarkan cerita, maka hantaran yang dipersetujui adalah sebanyak 10 ribu!!!. Tergamam jugak si lelaki, tetapi cinta punya pasal...diusahakan juga.

Si bapa perempuan juga kenakan beberapa syarat. Mereka duduk dalam satu kampung, mungkin gerak geri si lelaki diintip keluarga perempuan. Si lelaki tak dibenarkan berambut panjang. Si lelaki tak boleh bermain bola hingga ke maghrib...tak boleh itu tak boleh ini.

Dua bulan sebelum majlis, keluarga lelaki dipanggil ke rumah keluarga perempuan. Memang sebelum itu ada kedengaran yang keluarga si perempuan macam tak mahu meneruskan lagi pertunangan tersebut."Yelah...anak aku ada kereta sekarang, anak dia bawak motor pergi kerja pun takder lesen", bunyi-bunyi sindiran dari ibunya.

Keluarga lelaki pergi dengan seribu satu perasaan. Tetapi menggenggam di tangan duit tunai 10 ribu. Standby kalau-kalau keadaan kritikal. Boleh gak dilemparkan ke muka keluarga perempuan kalau terus-terusan menyindir.

Setelah berbincang,dengarnya penuh sindiran tajam, dan akhirnya mungkin kehendak tuhan, majlis diteruskan juga. Dan mereka akan diijabkabulkan penghujung tahun ini.

Tapi ramai yang khuatirkan mereka berdua ini apabila bersatu kelak. Jelas, masih ada pandangan jengkel dari keluarga perempuan.

p/s: Aku no komen pasal peristiwa ini. Tetiba aku tak boleh buat penilaian. Aku cuma doakan mereka akan berbahagia hingga akhir hayat.

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin