Menyentuh pula tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang 'hangat' di pejabat-pejabat LHDN sekarang ini.
(Borang BR1M ini adalah percuma, boleh disalin semula dan diedar)
Apa kena mengenanya dengan soalan ahli nujum???
Semasa bersembang kosong di kedai kopi, tersembul pula idea bicara dikalangan rakan-rakan mengeteh...
"Bagaimana kalau kita ini ada isteri empat? Berapa banyak yang akan diberi?"
4 orang isteri yang ditanggung akan dapat 4 x RM500 berjumlah RM2,000
"Kalaulah seorang isteri ada 3 orang anak?" (merujuk wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah)
3 orang anak x 4 berjumlah 12 orang anak, maka akan dapat 12 x RM100 berjumlah RM1,200
"Dan jika suami dan isteri-isteri pula bekerja di sektor awam, kira langsamlah seorang dapat bonus RM1,000 tahun nie"
5 orang dengan bonus minimum RM1,000 berjumlah RM5,000
Bila dikira-kira setelah meminjam calculator dari kedai kopi maka jumlah pemberian yang diterima oleh seorang yang beristeri empat dan anak seramai 12 orang adalah sebanyak RM8,200!!!
Maka dijawablah oleh Nujum Pak Belalang...
"KAWIN!!!"
p/s: Ini hanyalah kira-kira kedai kopi, matematik mudah sahaja. Janganlah pula ada yang menyesal atau dengki mendengki...
Di kesempatan ini, Penjejak Awan ingin mengucapkan tahniah kepada salah seorang kultus Awan kerana memperoleh cahaya mata yang pertama di negara orang. Rasanya tidaklah terlewat sangat ucapan ini. Semoga dengan kehadiran orang baru akan menambahkan lagi kasih sayang antara mereka berdua. Syukur alhamdulillah dan Penjejak Awan mendoakan mereka tabah mengurus cahaya mata di negara orang. Anak adalah tanggungjawab dan amanah. Penjejak Awan bukanlah insan yang terbaik, iman pun setebal kulit bawang cuma, hanyalah serangga kecil di hutan belantara, setitik dakwat hitam yang tak mampu menggelapkan lautan dalam dunia, cuma mampu mengirimkan renungan...
Siapalah Penjejak Awan untuk mengajar orang lain...
Dan sebagai bapa baru, dinasihati juga agar sahabatku disana...
Janganlah mendukung anak sebegini walaupun ada banyak haversack kat rumah tu...
Janganlah dipaksa baby tu senyum hanya semata-mata inginkan dapatkan foto menarik untuk di post dalam facebook...
Janganlah cuba mengorek hidungnya dengan jari, kelak lubang hidungnya akan menjadi pujaan jejaka Malaya...
Bacakanlah Hikayat Sang Kancil atau apa sahaja cerita rakyat kepada baby dan bukannya dedahkan dengan Disney's Channel berlebih-lebihan...
Dan kalau sayang anak sekalipun, tanggungjawab isteri, biarlah isteri yang lakukan, engkau buatlah kerja-kerja kedutaan tuu....
p/s: Kat Amerika ada ker jual spring buai? Enjut baby dengan kain batik kat Turtle Park...
Istilah yang sangat typical dengan orang kita. Ianya lebih tepat untuk digunakan setelah seharian berpenat lelah ditempat kerja yang penuh dengan segala tekanan (dan mungkin juga maki hamunan!!!). Golongan muda terutama lelaki bujang (majoritinya) kerap menghabiskan waktu petangnya dengan aktiviti mengeteh ini. Tak ketinggalan juga yang telah berkahwin, yang mana air tangan mamak itu lebih lazat berbanding yang ada di rumah. Tak semestinya restoran mamak, mana-mana kopitiam atau gerai tepi jalan pun boleh diguna-pakai untuk aktiviti mengeteh ini.
Sebut mengenai tempat mengeteh ini, tatkala ini, kopitiam tumbuh bak cendawan di sana-sini. Tak perlulah disebutkan nama-namanya di sini kerana semua golongan dari anak kecil hingga yang tua tentu mengenalinya. Tempat-tempat sebegini lazimnya akan menyediakan makanan ringkas untuk pelanggannya. Kebiasaannya seperti roti bakar dan roti setengah masak, disamping menu-menu lain samada western food atau mee tempatan. Sementara menjamah hidangan beserta segelas teh tarik ataupun ais, geng ngeteh ini akan bercerita bersama, berborak, mengutuk boss masing-masing, meluahkan masalah dan ada juga yang buat business (MLM?).
Panjang lebar pulak intro tentang ngeteh ini. Sebenarnya tercetus ilham untuk mendeklamasikan entri hari ini ialah apabila Penjejak Awan perasan sesuatu yang diambil mudah oleh sesetengah restoran atau port ngeteh ini. Terkenang beberapa bulan dulu, apabila menu yang dihidang oleh sebuah kopitiam, dikesan mempunyai unsur Sus scrofa domesticus didalam roti dan kopinya. Jujurnya, dah berkandang dah dalam perut Penjejak Awan nie...hampeh, ptuiii...!!! Tak kanlah kena teguk air tujuh tanah nak membersihkan isi perut ni. Dengar cerita, orang yang kerja kat pejabat agama pun rajin menyinggah kat situ sejak berpuluh tahun dahulu. Semuanya kerana sikap ambil mudah (termasuk diri aku sendiri). Tetapi selepas tragedi ini, ambil pengajaran daripadanya...U-turn semula dan amal pemilihan makanan yang betul. Pilih kedai yang betul...atau, masak jer sendiri. Tonton Master Chef Malaysia, dan buat signature dish sendiri...
Apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. Selepas kes tersebut, orang kita beralih port ke restoran yang diyakini tiada unsur-unsur Sus scrofa domesticus dalam resipinya. Kita punya mata untuk melihat. Jangan sesekali hanya gunakan lidah dan perut semata-mata. Lihat dahulu, kemudian barulah fikirkan tentang nafsu.(nafsu makan)
Tetapi, apa yang menghairankan adalah sikap ambil mudah orang kita. Buka kopitiam itu sudah kira bagus. Perniagaan yang menguntungkan jika benar-benar melaksanakannya dengan landasan yang benar. Kelmarin, sedang Penjejak Awan menghirup telur setengah masak dicampur kicap masin dan sedikit pepper, baru terperasan, walau sahih ini kedai milik orang kita, siap digantung bingkai ayat kursi di dinding, tetapi dimanakah logo Halal? Adakah kerana taukey dan pekerja itu muslim, maka secara automatiknya Halal itu sudah dijamin? Bukanlah Penjejak Awan ingin menjadi stereotype (meremeh-remehkan perniagaan orang kita) tidak sesekali...bahkan bangga kerana mereka mampu membuka perniagaan sebegitu. Tetapi, bukankah lebih molek jika orang kita mengambil inisiatif sedemikian. Ada sebuah francais berasaskan ayam goreng milik orang kita di daerah ini, dianggap alternatif kepada restoran ayam terkemuka seluruh dunia, tetapi sebelum kita masuk dan melihat cermin pintunya, tiada ditampal logo yang dikeluarkan Jakim. Penjejak awan tak mahulah pengunjung blog ini secara tiba-tiba merasa was-was terhadap francais tersebut, tetapi sepertimana yang dikatakan sebentar tadi, bukankah lebih molek...
Harap, kedai-kedai dan gerai-gerai juga mengambil inisiatif sedemikian rupa, supaya tampak lebih profesional dan lebih up-to-date. Itu belum lagi jika kita berbicara tentang kesihatan penyedia makanan. Adakah anda tahu penyedia makanan perlu mendapatkan suntikan thyphoid? "Suntikan tu perlu untuk penyedia makanan di kantin sekolah lerr...". Yup...ramai akan berkata begitu, tetapi adakah salah jika penyedia makanan di gerai tepi jalan mengambilnya seterusnya berbangga mempamerkan sijil tersebut di premis masing-masing?
p/s: Sindrom Tak Apaa..."Benda remeh-temeh macam nie pun nak kecoh...kalau nak makan ko makan, kalau tak, ko boleh belah laa Awan. Tak semestinya ada logo tu dah dikira 100% halal, tak semestinya barang yang ada cop Sirim itu tak meletup"
Diceritakan bahawa suatu ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang berada di pejabat untuk kerja urusan kerajaan. Keadaan diruangan pejabat sangat gelap sehingga terpaksa memasang lampu pelita. Seseorang datang dan masuk pejabat Khalifah setelah diizinkan. Tiba-tiba Umar memadamkan api pelita itu, maka beliau bercakap dengan tamunya dalam keadaan gelap, membuat orang lain keheranan.
“Mengapa Amirul Mukminin melayani tamu dalam keadaan gelap?” tanya seorang pegawai Khalifah.
“Yang datang tadi itu adalah keluargaku. Dia datang kepadaku karena ada urusan peribadi, sedangkan lampu pelita adalah milik negara. Oleh sebab itu, ketika aku berbicara masalah peribadi, aku padamkan lampu tersebut kerena aku tidak mahu menggunakan harta negara.” kata Umar bin Abdul Aziz.
Fuhh...
Sepatutnya cerita-cerita beginilah yang ke udara dalam siaran tv 'Fuhh...' Bukannya cerita-cerita merapu. Apa yang ada dalam beg artis pun kita perlu ambik tahu. Apalah salahnya diterlanjurkan slot kepada apa yang ada dalam baju atau anak baju atau anak seluar...
Kisah diatas adalah untuk semua. Tidak hanya kepada yang berpangkat besar malah kepada pangkat kecil. Tidak kira samada pemimpin, timbalan pemimpin, pengarah, timbalan pengarah, pengurus, penolong pengurus, eksekutif, malah tukang kebun sekalipun.
Apa sahaja milik jabatan atau syarikat adalah khusus untuk jabatan atau syarikat. Walau sebilah parang sekalipun. Hatta pensil kontot dan pemadam yang telah haus. Jika semuanya tercatit dalam akaun syarikat, ia bukan harta kita. Ia bukan milik kita...dan bukan harta bapak kita (melain syarikat atau jabatan atau negara ini memang dimiliki oleh anak beranak, maka itu cerita lain).
Jangan hanya bertempik menyalahkan orang-orang besar yang menyalahgunakan harta, sedangkan kita sendiri menggunakan laptop milik jabatan atau syarikat untuk berFarm Ville atau berchating dengan warga Nigeria!!!
Dan apa hukumnya menggunakan barang orang tanpa kebenaran, tanpa izin atau tanpa restu pemiliknya? Bolehkah kita labelkan ia sebagai barang curi? Bila bab makan, kita begitu sibuk tentang isu halal dan haram, tetapi bila bab 'harta curi' kita pandang sebelah mata, saling tak tumpah seperti seorang lanun (yang tertutup sebelah matanya).
Janganlah hanya apabila Sambutan Maulidur Rasul kita terkais-kais mencari kisah-kisah dan sifat-sifat rasul serta khalifah-khalifahnya. Sedang baki 363 hari lagi kita lupa tentang ajaran dan sifat-sifat baik baginda dan sahabat-sahabat. Logo Halal sahaja tidak cukup untuk memastikan darah yang mengalir dalam tubuh kita, anak kita dan bini serta bini-bini adalah suci dari najis dan bangkai. Kekadang, terlihat sebuah keluarga yang amat bahagia, keluar makan malam bersama-sama anak-anaknya, isterinya dan ibu mertuanya yang telah bergelar Hajjah, ke restoran mewah yang tidak diragui kehalalannya, akan tetapi, menaiki kenderaan milik syarikat...yang jelas tertulis di pintu kanan dan kiri....
p/s: Senyum...tak perlu kata apa-apa...Senyum...tak perlu kata apa-apa...Senyum...tak perlu kata apa-apa...Senyum...tak perlu kata apa-apa...Senyum...tak perlu kata apa-apa...
Pagi yang agak cerah hari ini, ingatkan hujan akan turun. Terlupa pulak nak menyiram pokok cili dan sayur bayam merah yang ditanam...ahhh...petang nantilah baru siram. Bukanlah berhektar pun apatah lagi ekar...setakat besar kucing melompat.
Terbaca akhbar tentang tangkapan ke atas bekas artis yang beralih arah kepada berdakwah. Terasa jugak hati, terbaca jugak komen-komen samada positif atau negatif di sesawang yang lain. Penjejak Awan pun terfikir dengan ilmu yang sangat cetek ini "Apakah blogger yang membina blog berunsur dakwah juga perlu mengambil lesen?". Entahlah...dalam pada itu, aku terpandang salah satu komen "Kalau nak berdakwah, pergilah Kelantan..." Amat dangkal sekali komen tersebut...
Buka suratkhabar muka belakang. 5 kad merah dalam satu game. Perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Kelantan. Terpadam sudah ingatan masyarakat sukan ke atas kad merah yang diterima Wayne Rooney baru-baru ini. Tak dapat bola, kaki pulak dia pangkah. Pergi main ragbi laa wei...eh...Ragbi England pun dah kecundang dengan team cap ayam (Perancis)...hmmm. Jadi kenapa tidak membenci Rooney dan rakan sekelabnya? Kenapa pulak nak menyalahkan Cik Siti Wan Kembang?
Apa kena mengenanya dengan tajuk di atas? Baca sampai habis terlebih dahulu...Jangan jadi sesetengah orang di kedai kopi. Baca tajuk akhbar (tajuk sahaja!!!) laju jer mengulas macam peluru mesingan.
Kita balik sebentar kezaman dahulu semasa penjajah Inggeris berada di Tanah Melayu. Kaji dan selidik. Pada masa itu ada satu dasar yang diamalkan dengan nama 'pecah dan perintah'. Dasar ini telah didapati berjaya dilaksanakan oleh Inggeris ketika itu untuk memerintah Tanah Melayu. Secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain.
Faham atau tidak, kita sebenarnya tidak dapat mengawal apa yang berlaku disekeliling kita. Perasan atau tidak, ada 'tangan-tangan' yang 'mengawal' apa yang patut berlaku seperti mana jari-jari yang menaip di atas keyboard. Kalau anda adalah spacebar, maka jadilah spacebar sampai bila-bila.(Dan anda terkenal kerana tugas anda menjarakkan huruf-huruf kerana itulah sifat anda...seorang spacebar!!!)
Itulah sebenar yang dimahukan oleh penjajah dahulu dan kini. Berpecah sesama sendiri. Samada kita nak faham atau faham buat-buat tak faham.
Awan, Badai dan Arus adalah satu.
"Ikan emas di dalam kolam melompat menjadi naga bila awan dan badai bersatu..."
Tetapi oleh kerana...
"Naga Terkandas Di Air Yang Dangkal Apabila Badai Bertemu Dengan Awan..."
...maka, untuk memastikan kuasa tetap dalam genggaman, maka Awan, Badai dan Arus perlu dilaga-lagakan. Dalam cerita ada pengajaran dan muslihatnya...itulah makna yang tersirat.
Sekarang lihatlah sendiri hasilnya. Kau dan aku bukannya satu...kau kau dan aku aku. 'Tangan-tangan' yang telah berjaya mengoyak jahanamkam institusi kemasyarakatan dan ukhuwah kita.
Wahai manusia yang percayakan tuhan dan rasul-Nya...betapa putih pun engkau, betapa hitam pun engkau, nabi tak pernah tanya, tuhan tak pernah beza. Kita semua berasal dari manusia pertama yang dijadikan tuhan di muka bumi ini. Itu asal kita. Dari zuriat yang sama. Jangan terlalu ekstrem dengan dinasor dan nama-namanya. Ianya sekadar fiksyen. Kerana apa mereka beria-ia berbicara tentang dinasor dan kewujudannya? Supaya kita lupa sejenak tentang Adam. Dan kita obses dengan dinasor dan kepening-peningan memikirkan manusia yang hidup pada zaman itu tidak berbaju. Apakah Adam yang diturunkan Tuhan ke muka bumi ini tidak berakal langsung dan membiakkan manusia-manusia selepas itu yang tidak tahu menahu langsung tentang alam ini? Itulah sejarah manusia yang telah disapu dibawah karpet oleh sejarawan barat. Ditutup dari diketahui. Maka diganti dengan mencungkil pulak asal usul dinasor.
Kerana apa kita suka membeza-beza? Kerana orang yang bijak pandai dahulu kala telah pelajari kelemahan orang kita di sini...ketara sangat-sangat...rasa besar diri tetapi hakikatnya suka berpecah-pecah, hasad, dengki, santau meyantau...memang saling tak tumpah seperti button spacebar kat keyboard anda sekalian...lebih panjang dari button-button lain tetapi bila ditekan tak keluar huruf (takder faedah?) dan tugasnya tak lain hanya untuk menjarakkan huruf-huruf (menjarakkan diri?)
Maka bergelak ketawalah pemilik 'tangan-tangan' itu...senanglah nak perintah setelah dipecah-pecah...maka kekallah kita dalam SATU negara yang ada EMPAT BELAS buah negeri. Nampak??? Kita masih bersempadan antara kita.
Orang yang berasal dari mana pun tak jahat. Cuma kita terlalu hear say. Dan kerana telah berkumpul dalam kepala sejak kecil agaknya, maka kita cepat melabel orang dari sesetengah negeri tak betul. Yang aku nampak, orang sesetengah negeri itu melengkapi antara satu sama lain. Kalau tak der laa mek-mek dan abe-abe nie, mana laa Penjejak Awan nak mengisi perut ni? Nasi Padprik merupakan makanan asasi buat Penjejak Awan sejak lama dulu. Nasinya siap ada ayam dan sayur. Complete set. Cuma mintak sup kosong lebihkan bawang. Makan padprik kedai orang belah sini (belah selatan)? Ikhlas tanpa berlapik Penjejak Awan cakap...Tak Sedap!!!
Terima kasih mek-mek dan abe-abe weh...comey!!!(bunyiknya mungkin pelat sikit, sebab aku orang Jawa). Dan orang pernah 'tendang' aku, hanya kerna kejawaan yang ada dalam darah aku ini...tapi aku tak pernah menyesal dilahirkan Jawa!!!
Ini namanya kuih Cek Mek Molek...
p/s: Kenapa laa masih nak menyokong Red Devil tu...sudah terang-terangan ianya Syaitan Merah. Red Warrior (Pahlawan Merah) dan Red Giant (Gergasi Merah) kan molek?. Serupa jugaklah dengan Johor FC...yang jugak Jengking berwarna merah...(merah ker?...entah?)
Hujan pulak petang-petang begini. Syukur alhamdulillah. Hujan itu rahmat. Jangan pulak ada yang berdecit-decit mulutnya "Chitt...hujaaaan jer...", "Orang nak keluar nie hujan pulak...chitt"
Yup...selalu pulak kita nie jadi pelupa. Kalau semalam panas terik...berdecit-decit pulak mengomel mulut tu "Haisss...panas betul!!!" sambil mengibas-ngibaskan kolar baju. Hmm...macam itulah umat manusia nih.
Belek-belek sesawang, melihat-lihat sekeliling. Terfikir, dimanakah letaknya skala agama itu dalam kehidupan kita sekarang?.
Kita telahpun mengetahui dan membaca tentang tanda-tanda kiamat kecil itu dimana-mana, jadi tak perlulah Penjejak Awan huraikan di sini (kecuali mereka yang betul-betul malas membaca apa sahaja perkara yang berkait dengan agama).
Penjejak Awan cuma ingin menyentuh tentang satu perkara sahaja dan perkara ini pernah jugak ditulis dalam entri DI SINI iaitu mengenai ayat-ayat atau kalimah-kalimah atau perkataan-perkataan yang boleh kita letakkan sebagai milik Tuhan Maha Pencipta. Kerana dengan kehendak-Nya perkataan itu wujud, kerana dengan kitabnya kalimah itu disebut. Dan ia bukan diciptakan secara suka-suka. Ingat, jika kita berkata "Aku orang Islam" maka jadilah Muslimin. Jika amalan dan kepercayaan kepada agama itu separuh-separuh maka ibaratnya anda belajar separuh semester sahaja di universiti dah boleh mendabik dada mengatakan yang anda memiliki segulung ijazah...
Petang semalam, sewaktu mengeteh dengan orang-orang kampung, timbul isu tentang pembinaan masjid (yang dah 2 tahun tak siap-siap kerana penyelewengan). Aku tak nak menyentuh lagi isu penyelewengan tersebut. Tapi tertarik dengan kemarahan penduduk kampung apabila mereka tidak berpuashati apabila pihak terbabit mengupah orang yang tak sepatutnya menggantung kalimah-kalimah perhiasan dalam mesjid. Mereka mempersoalkan orang-orang itu entah-entah baru sahaja minum arak atau makan daging yang diharamkan agama tetapi diberi mandat memasang kalimah suci.
Adakah kalian bersetuju dengan penduduk kampung atau di benak fikiran anda berkata "Apa salahnya kalau orang bukan muslim memasangnya"? Correct! Memang tak salah pun kalau sesiapa sahaja memegangnya atau memasangnya. Setakat pegang dan paku ke dinding. Tapi, siapakah majoriti penduduk kampung tersebut? Kalau didirikan mesjid dalam sesebuah kampung, maknanya ramai jugalah makmumnya...betul tak?
Yup...terpandang-pandang juga Penjejak Awan kepada perkara seharian yang kita tatap. Televisyen...dan cerita-cerita didalamnya. Pernah tonton (atau sekurang-kurangnya terdengar) dengan tajuk drama 'Antara Maghrib dan Isyak', 'Tahajud Cinta', 'Antara Safa dan Marwah' dan pelbagai lagi tajuk seumpamanya. Pelik bukan? Cerita 'Antara Maghrib dan Isyak' tu genrenya komedi pulak tu. Apa perasaan kita? Tiada perasaan...itu cuma tajuk. Apa nak dibesar-besarkan...
Ya...cuma tajuk. Tapi kalimah apakah yang dipakai? Memanglah Maghrib dan Isyak hanya menunjukkan waktu. Tetapi ia berkait dengan tiang agama. Nabi (kalau masih percayakan Nabi) menamakan solat-solat itu dengan nama Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak. Dan masa-masa yang disebut tadi ada dalam niat yang menjadi rukun sembahyang. Tak terfikirkah kita andainya lafaz niat itu perlu menyebut waktu dalam bahasa arab? Jika asar itu pukul 4.30 petang apakah bunyi 4.30 petang itu dalam bahasa arab? Toing...toing...toing...siapa yang tak tahu bahasa arab memang pening laa...
Tinggi letaknya kalimah-kalimah yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Agung itu. Janganlah 'disepah-sepahkan' sesuka hati. Kita lihatlah senario berikut ini pula. Kebiasaannya, apabila kita mengadakan kenduri bacaan tahlil, kita sering mengungkapkannya sebegini; "Majlis start lepas Isyak yer". Maknanya, majlis tersebut sebenarnya bermula lebih kurang jam 8.30 malam. Dan jika majlis party atau konsert, kita akan menyebutnya: "Konsert Rock akan bermula jam 8.30 malam". Nampak???...masa yang sama, tetapi kita reti meletakkan kemuliaan majlis itu ditahap tersendiri. Kalaulah diadakan Konsert Justin Bieber di Bukit Jalil dengan promo tertulis "Konsert Selepas Isyak" maka akan kena hempuklah penganjur tersebut!!!
Jadi...apabila kalimah-kalimah yang dianggap suci dalam agama, wajarlah diletakkan ditempat yang sepatutnya. Janganlah sewenang-wenangnya digunakan hanya kerana kepentingan diri sendiri. Lagi teruk, jika kalimah-kalimah azan itu dijadikan skrip dalam cerita lawak dengan wanitanya tak bertudung dan sebagainya. Bercampur-campur antara yang baik dengan yang tak baik, ibarat nasi sepinggan dicampur dengan sebijik (sebijik sahaja!!!) tahi hidung, maka tak ada sesiapa yang sudi memakannya. Tiada sesiapa pun yang waras apabila sendawa ketika mencangkung buang air besar, mengucap 'Alhamdulillah' dengan kuat.
p/s:Kita kena ada pendirian yang tetap dan satu. Kenapa perlu berkobar-kobar marahkan orang lain menghina agama sedangkan kita biarkan orang kita sendiri sedang bermula meletakkan kalimah itu bersepah-sepah disana sini. Itu seperti talam dua muka namaya, depan cakap lain, belakang buat lain...(malas betul nak taip perkataan hipokrit tu!!!)
Aduh...lama betul tak menghantar nukilan disini. Sibuk sungguh...(termasuklah kerana broadband kena bar sebab delay 2 bulan...padan muka aku). Situasi sekarang kurang mengizinkan setelah keluar dari bekerja dengan bergaji tiap bulan kepada kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan malam nie.
Dan...ketika ini ditulis, aku cuma ada 15 minit sahaja lagi untuk online. Kerana mengejar masa.
Kepada mereka di luar sana, hargailah masa walau seminit cuma. Gunakan sebaik-baiknya untuk berfikir menentukan masa depan. Masa depan itu luas...samada berfikir untuk keesokan harinya, minggu depan, bulan depan, tahun depan, sepuluh tahun dari sekarang dan terpenting masa depan dialam kubur dan masa di padang Mahsyar...
Kerana seminit berfikir itu boleh mengubah segala-galanya yang akan berlaku selepas tamat 60 saat tersebut.
Dan yang paling penting...plan your work AND WORK YOUR PLAN!!! Jika keputusan dari fikiran telah diambil, maka laksanakanlah...samada hasilnya itu memperoleh kebaikan atau sebaliknya, maka terimalah. Gagal bukan maknanya bodoh, kecundang bukan bererti kalah. Masih ingatkah lagi apa yang terjadi dengan Puan Siti Nurhaliza dulu??
"What is your recipe of success?", tanya wartawan.
"Ayam masak merah...", jawabnya...
Dan sekarang, beliau sudah ada Simply CT dan album Inggeris!!!
p/s: Pesan Penjejak Awan, "Jangan jadi macam saya, jadilah macam orang lain". Penjejak Awan bukanlah orang yang berjaya seperti orang lain.
29 haribulan tempohari jam 9.15 malam, dapat menyaksikan Dark of the Moon dalam screen 3D. Ringkasnya..."Superb!!!"
Memang superb bila menyaksikannya dalam 3D. Janganlah pula menontonnya dalam versi biasa. Kerana tak lama lagi akan masuk dalam siaran televisyen pun tak 3D (melainkan anda memang mempunyai tv jenis ini) dan juga anda akan membeli DVD (cetak rompak?) juga tidak ber3D.
Mungkin ramai dah pergi menonton. Maklumlah hari ini dah 3 Julai...takkan tak pergi menonton lagi...dan apa yang menyedihkan sedikit adalah kematian Ironhide...huhuhu...nasib baik bukan Bumblebee...
Maka koleksi figura Ironhide di rumah Penjejak Awan sudah menjadi figura yang akan sering dilihat dan ditransformasikan...hehehehe
Untuk penjejak yang menjejakkan mouse kalian disini, saksikanlah preview Dark of the Moon dengan muzik tema dari Linkin Park bertajuk Iridescent ini. Lagu tema yang juga mendapat dua ibu jari dari Penjejak Awan.
P/s:Bilakah kereta kancil Penjejak Awan nak bertukar nie...
From: "ticket@ticketpro.com.my"
To: ha########@yahoo.co.uk
Sent: Monday, 20 June 2011, 18:19
Subject: Payment confirmation
Transaction number: ###### (Mana boleh bagitau number...nanti ada pulak yang cilok)
Dear customer,
This note serves as acknowledgment of the fact that 226 RM for your order transaction number ####### had been fully paid from your card.
Tickets will be ready to pick up at venue 2 hours before the beginning of the event. The tickets will be given to you after presentation of your ID, credit card and transaction number. It is not possible for third party to pick up your tickets.
No money back guarantee. Your tickets will expire 30 minutes after the show starts. Please be on time.
******* Summary of your order *************************
Transaction number: #######
Total(incl. VAT): 226 RM
______________________________________________________________
Delivery Method: Pick-up at the venue
Customer address:
Booking fee: 10 RM
_______________________________________________________________
Selected seats:
---------------------------------------------------------------------
Event: Liverpool Asia Tour 2011 Free Seating [7/16/2011 5:45:00 PM]
Venue: National Stadium --> National Stadium
Seat(s): FS/GREEN/A/Free Seating --> Count: 2
Cust. Type: Regular
Price(Tax incl.): 108 RM
-------------------------------------------------------
Ticketpro Malaysia Sdn Bhd
D-2-03A, Dataran Glomac
Jalan SS6/20A, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
MALAYSIA
Tel.: +603 7880 4428
Fax: +603 7880 4478
Info Perlawanan:
Pukul:5:45 Petang
Tarikh: 16 Julai 2011
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kunjungan Liverpool ke negara ini adalah pertama kali dan sudah tentu para pemain tidak sabar untuk ke sini.Pemain yang paling teruja untuk ke Malaysia ialah Steven Gerrard kerana dia tidak pernah datang ke negara ini,”
- Pengarah Urusan Liverpool FC, Ian Ayre
P/s: Menjahit jersi separuh Harimau Malaya dan separuh lagi The Reds...
Maaflah...Penjejak Awan pun boleh kena selsema jugak. Maaflah, intro yang agak selekeh bunyinya...mujur ada tisu. Jika tidak, meleleh-leleh kat atas laptop nie. Dah musim agaknya. Demam, selsema dan batuk...secara pakej telah menyerang. Terpaksalah makan ubat.
Banyak kali juga menjejak kaki ke hospital. Selain merawat penyakit sendiri selalu juga melawat saudara mara dan handai taulan yang terlantar di sana. Penjejak Awan melihat binaan hospital sekarang semakin indah dan berseri-seri. Tak adalah pandangan hospital itu nampak usang lagi...atau nampak menyeramkan. Binaan juga dengan seni bina moden.
Itu dari segi luaran. Cukup indah...bangunan dan nurse-nurse yg bertugas, semuanya indah...hehehehe. Tapi yang buat sakit mata adalah sekumpulan pekerja-pekerja yang dipanggil cleaner. Orang asing???
Alien kah?? Bukan...tetapi pekerja dari luar. Spesifiknya pekerja dari Bangladesh. Mengapa jadi begini pulak??? Mana perginya pekerja tempatan??? Apa sudah jadi???
Yang peliknya, tugas-tugas menyapu lorong-lorong pejalan kaki itu dilakukan oleh pekerja asing yang 'gagah perkasa'. Mengapa Penjejak Awan mengatakan sedemikian? Kerana mereka-mereka itu adalah lelaki. Dan lelaki dari negara luar diberikan penyapu yang beratnya tak sampai 1 kilogram!!!
Mengapa tidak di offer kepada ibu-ibu tunggal dan makcik-makcik yang selalu dilihat menyorong troli mencari tin-tin kosong di jalanan?
Alasan basi yang biasa kita dengar "Pekerja tempatan susah nak cari, kadang-kadang mereka memilih kerja"...err..siapa yang memilih sebenarnya??? Mengaku jelah yang gaji pekerja asing tu murah. Dan biarkan jelah makcik-makcik yang ada MyKad tu merempat...
Dulu selalu keluar berita orang tempatan minat dengan warga Bangladesh nie di kilang-kilang. Kecoh keluar paper berhari-hari. Kita belum dengar lagi nurse-nurse terpikat dengan mereka, tetapi tunggu jelah nanti...katil-katil pun banyak yang kosong dalam stor hospital tu (paham-paham jerlah...) Bertambah lagilah isu sosial di negara kita...siapa nak jawab?
Kasihanilah orang-orang 'DI LUAR SANA' yang kelaparan...
P/s: Nak jadi doktor tak layak, tapi kalau dapat jadi cleaner pun boleh jugak beritahu orang kampung yang kita nie kerja kat hospital. Tapi apa kan daya...orang-orang di Bangladesh perlu diberi makan...
Ohh...mengantuknya. Yelah tak cukup tidur. Awal pagi seawal jam 2.00 dah bangun. Bangun menyaksikan perlawanan akhir Champions League antara Barcelona menentang Man Utd di Stadium Wembley (walaupun aku sebenarnya menonton di Stadium Astro)
Keputusan perlawanan:
Messi menjaringkan gol. Dua pemain tua MU tak dapat buat apa-apa. Hehehehe...
Saat sejurus tiupan wisel penamat oleh pengadil. Nani tak dapat buat apa-apa. Hehehehe...
Rooney menutup mukanya. Rooney juga tak dapat buat apa-apa. Hehehehehe...
Pep Guardiola dijulang oleh pemain-pemainnya. Sir Alex tak dapat buat apa-apa. Hehehehehe...
Messi menjulang trofi kemenangan disamping Javier Mascherano. MU tak dapat buat apa-apa. Hehehehe...
P/s: Sebelum perlawanan akhir, Barcelona banyak merendah diri...Sedang menanti-nanti statement kekalahan MU adalah sebenarnya silap pengadil
Lepas seharian bertungkus-lumus bekerja, biasanya orang lelaki akan cuba menghabiskan waktu petangnya samada bersukan atau lepak-lepak mengeteh atau mengopi atau mengeteh-ais...hahahaha...macam-macam istilah yang boleh didengar...
Dua hari yang lalu, aku juga telah melibatkan diri dalam sesi mengeteh ini di kedai berhampiran. Seperti biasalah, sambil minum sambil berborak. Secara kebetulan, hari itu dapat duduk minum bersama dengan seorang towkey kedai makan. Kedai makan yang diusahakannya adalah jenis masakan melayu. Dibuka bermula sarapan pagi hingga makan malam.
Berceritalah dia "Kalau nak tahu, orang kita nie kurang sikit nak bantu usahawan kita sendiri".
"Ada sesetengah customer tak puas hati dengan harga yang kita jual", ceritanya lagi. "Aku tak naik kan harga minuman walaupun harga gula dah naik. Kalau dulu boleh dapat RM30 sehari tapi kerana harga barang naik, aku dapat untung RM20 sehari pun dah kira baik".
"Sebenarnya orang kita tak pernah kira banyak wang yang dia bazirkan untuk peniaga lain"
"Macam mana tu bang?", tanya aku selepas meneguk teh tarik yang beransur sejuk.
"Orang kita nie, kalau hari gaji, perkara pertama pergi makan KFC. Samada belanja anak beranak atau kawan-kawan. KFC atau fast food lain tu bukan milik orang kita, itu syarikat orang putih", ujarnya.
"Kemudian hari kedua atau minggu pertama, pergi makan ke restoran-restoran thai. Harga makanan seafood thai bukannya murah. Tapi bawa anak-beranak dan kawan-kawan makan"
"Sarapan pagi pula lebih banyak makan di kedai-kedai mamak. Kedai mamak tu milik siapa?", nadanya dah semakin meninggi.
"Masuk minggu ketiga barulah nak makan di kedai-kedai orang kita. Bila time bayar, muka mencuka. Komplen harga mahal".
"Sebenarnya bukan mahal harga makanan aku. Sebab utamanya, duit mereka dah sikit. Sebelum nie makan di KFC, McD, tomyam seafood, beriani tak pernah pulak nak komplen harga diaorang tu mahal"
"Dan bila duit dalam dompet dah sikit, makan nasi RM6 pun dah dikatanya mahal kalau nak dibandingkan dengan snack plate atau beriani kambing kedai mamak yang dia orang makan lepas dapat gaji".
Aku mengangguk-angguk mendengar luahan hati pakcik tu. Meneguk lagi teh tarik yang ada baki separuh.
"Lagi satu kau tengok yer", sambungnya "kalau pergi KFC, kita nie sebenarnya macam hamba. Nak tau kenapa aku cakap macam hamba?"
"Ginilah, bila kau pergi KFC, semua kena buat sendiri. Mula-mula masuk beratur, berani tak kalau kau potong line orang kat KFC?"
"Dah siap beratur, dah mintak order, ko bayar. Lepas tu jalan kakilah cari tempat duduk. Ada sesiapa menjerit-jerit dalam KFC mintak sudu atau mintak sos? Tak ada bukan? Tau pulak orang-orang yang makan tu cari sudu garfu kat tempatnya, atau sos. Nak tisu pun terpaksa bangun ambil kat tempat tisu atau kaunter"
"Tapi kat kedai makan orang kita?"
"Sambil angkat tangan jerit-jerit 'SUDU MANA?!!!', 'TISU!!! TISU!!!", suara pakcik dah makin tinggi dan kuat.
Menutup sembang petang itu dia mula merendahkan suaranya.
"Nak tau bila masa kedai aku tak cukup ayam atau tak cukup nasi, cuma sekali jer dalam setahun"
"Bila?", aku bertanya.
"Hari Raya Haji", katanya. "Waktu itulah kita sebagai peniaga nie nampak sokongan orang kita terhadap usahawan orang kita."
"Waktu itu kedai Thai atau Siam nie bercuti panjang, orang kita tak ada pilihan, datanglah ramai-ramai makan kedai kita".
"Itulah setahun sekali..."
P/s:Terpaksalah orang kita menurunkan harga agar barang-barang kedai terjual. Semakin lama, semakin miskin dan akhirnya tutup kedai. Orang kita tak nak beli barang orang kita, dan tak akan beli barang orang kita sampai bila-bila...
Penjejak Awan nampak, tiada seorang pun manusia dalam tayangan ini...
Penjejak Awan rasa, ketakutan, kerana ini adalah permulaan hancurnya sebuah peradaban...
Penjejak Awan dengar, bunyi derap kaki kejahatan maha hebat sudah semakin dekat...
Kerosakan telah menular dalam sebuah negara yang sering diperkatakan oleh orang diluar sana sebagai "sebuah negara yang aman damai dan rakyatnya berbudi bahasa". Rasanya samada kita menipu orang atau mereka-mereka itu sengaja bercakap untuk tidak mengguriskan hati orang-orang di negara ini. Kadang-kadang kedengarannya seperti orang luar memuji-muji makanan kita seperti satay dan nasi lemak, tetapi realitinya, tak ada pulak satay dan nasi lemak ini popular dihotel-hotel negara mereka, bahkan chicken chop dan beef steak juga yang berlambak dihidang di restoran-restoran negara kita. Ada rasa macam tertipu?
Renunglah, ulang tayanglah berkali-kali dan pejamkan mata selepas itu. Gambarkan masa depan yang amat gelap, hitam pekat dan penuh kerosakan khususnya kepada pewaris-pewaris kita, anak-anak kita. Itulah kehidupan yang pasti berlaku...anak-anak anda yang comel-comel sekarang ini, akan menyelusuri lorong-lorong yang penuh kerosakan dan kejahatan. Tidak seperti datuk nenek kita dahulu, rumah pun tak perlu berpagar, tak perlu CCTV...tetapi masih boleh tidur berdengkur siang dan malam.
Perhatikan pula pemuda harapan bangsa disekeliling penggusti wanita. Kenapa tiada reaksi? Kenapa tiada simpati? Sebabnya...pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi kita seronok tengok kisah realiti di televisyen. Mereka dah biasa melihat aktiviti-aktiviti live pelajar-pelajar akademi realiti. Dan kalau dapat melihat senario di depan mata lagi bagus!!! Biarkan...biarkan...seronok tengok depan mata. Dan pemuda-pemuda kita inilah juga, tak mustahil, bila satu hari, apabila ahli masyarakat kita diancam bahaya, maka mereka hanya duduk dan tengok sahaja. Tak mustahil, bila sekarang kes-kes rogol berlaku di tempat terlindung tetapi akan datang mungkin berlaku hanya di tengah-tengah jalan sahaja. Kerana sifat simpati sudah hilang dari diri kita. Biarkan...biarkan...
P/s: Pernah tengok kucing mengawan hanya ditepi meja restoran? Fikirkan jika sifat haiwan sebegitu dah berjangkit pada manusia. Dimana-mana, pada bila-bila masa...tiada siapa yang peduli.
Acap kali, ketika sedang enak melahap rezeki di kedai-kedai makan, kekadang sedang memaut erat peha ayam goreng dan mengoyakkannya dengan mulut, ada makhluk yang memberi salam berdiri disebelah...
PANTANG....!!!! Memang menjadi pantang bila aku sedang leka menikmati rezeki atau juadah (yang semestinya untuk membeli sepinggan nasi dan lauk itu adalah hasil dari penat lelah aku bekerja seharian) tiba-tiba ada yang mengganggu di masa dan ketika itu.
Maaf...! Ketika sedang makan, datanglah peminta sedekah atau peminta derma dalam keadaan yang amat sedih sekalipun...Penjejak Awan tidak akan layan. Bukan kerana bakil...bukan kerana eksyen...tapi aku sedang makan. Apa-apa hal pun jangan ganggu orang yang sedang makan. Ibarat ketika makan tiba-tiba seekor kucing berdiri memegang kaki. Amat menjengkelkan...orang berusaha seharian untuk bekerja mendapatkan wang, kemudian dibelanjakan untuk mengisi perut, dan makhluk-makhluk ini dengan sewenang-wenangnya meminta kita berhenti makan sebentar. Kadang-kadang budak-budak salesman, kadang-kadang penjual madu, kadang-kadang minta derma anak yatim...hisshhhh...mengganggu betul...
Satu hal lagi ialah pemungut derma untuk sekolah anak yatim atau membina masjid dan surau. Bukanlah Penjejak Awan anti kepada derma kearah kebaikan dan bukan juga anti kepada golongan berjubah dan berserban...tidak sesekali!!! Yang menjadi persoalan ialah, kenapa mesti berjalan kesana-sini dengan berimej soleh sambil membawa tabung atau fail? Minta maaf dari penulis Penjejak Awan...ini adalah pandangan dan pendapat individu. Ianya terlalu 'rendah' apabila dipandang. Mungkin juga ditertawakan oleh penganut lain. Dan akhirnya, itulah standard umat kita. Terlalu miskin sehingga terpaksa meminta-minta. Penjejak Awan malu pada diri sendiri.
Correct...mereka akan berkata "Kerja yang ikhlas, biar ditertawakan, biar diperlecehkan orang, namun besar pahalanya". Memang Penjejak Awan setuju sangat dengan statement itu, tetapi banyak lagi cara lain selain menyamakan tindakan dan perbuatan itu seperti peminta sedekah kehulu-hilir membawa tempurung kelapa yang dibelah dua. Kita terlalu 'suka' bila orang memandang rendah kepada kita dengan balasan menggunakan statement-statement yang klise...
Dan kepada mereka yang duduk bersila dihadapan mesin ATM sambil membaca ayat suci al-quran dikaki lima...tiap kali Penjejak Awan terserempak dengan keadaan itu, bulu roma meremamg. Bukan kerana seram, bukan kerana takut...tetapi penganut lain bersimpang-siur keluar masuk bank, menoleh dan air muka mereka mencebik. Oh....hinanya kitab suci itu...dibaca hanya kerana hendakkan derma...sudahlah pembacanya duduk bersila di lantai dan kitab suci itu dialas dengan kotak, mereka yang lalu lalang itu tegak berdiri lalu-lalang dan kekadang yang berlalu itu dengan skirt pendek yang cuma 5 inci melintasi disebelah kitab itu. Rendahnya kitab suci agamaku...
P/s: Setiap hari jumaat kita dah derma ikhlas ditabung masjid, setiap tahun kita membayar zakat atau derma semasa majlis-majlis keagamaan atau derma kepada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana,itu lebih baik dan memadai. Kalau setakat sijil fotostat yang diletak dalam fail untuk meminta sumbangan dari kita...lebih baik jangan percaya sangat...sebab...logo halal pun kadang-kadang palsu.
Hmmm...Myvi yang ada pun belum habis solek lagi, dah nak keluar model baru.
Nampak seperti tayar belakang agak kecil dan ruang tayar terlalu besar. Kucing pun boleh duduk atas tayar sambil menyusukan 5 ekor anaknya kat situ. Harap-harap Produa akan keluarkan rim yang lebih besar dan lebar.
Dashboard yang menarik. Terbaiik...!!!
(Gambar dari Arena Kereta)
P/s:Ada seminar motivasi yang aku pernah sertai dulu. Penceramah bertanya "Syarikat apa yang tak akan jadi no. 1?". Jawapannya Produa. Sampai bila-bila sebab ia Pro terhadap nombor Dua. Hehehe...jangan marah ye Datuk Aminar Rashid Salleh.
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.
Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.
Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.
Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.
Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...
Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".
* Entry ini di copy paste dari Facebook notes *
P/s: Biarpun hari Ibu telah berlalu, tetapi hari-hari pun mesti ingat ibu. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu...ibu yang melahirkan kamu. Bukan ibu kota, bukan ibu pejabat dan bukan ibu duit dan bukan ibu tunggal (janda orang ler...)
Penjejak Awan tidak mengira kaum atau bangsa. Tidak kiralah siapa yang menjadi mangsa, namun dia tetap manusia. Seorang manusia tidak berhak menganiaya manusia yang lain. Itulah ajaran yang diterima oleh Penjejak Awan sejak dari kecil.
"Didalam kumpulan haiwan, tiada manusia...
Tetapi dalam kalangan manusia, ada haiwan..."
Terus terang...kehancuran sivik di dalam sekolah sudah semakin hari semakin tenat. Janganlah pula ada yang masih nak berkata "Ini isu terpencil...ini isu terpencil...". Bila pula ia akan jadi isu terbesar? Setelah murid membawa senjata api? Setelah murid mengandungkan guru? Atau setelah pengetua dipaksa minum air jamban semasa perhimpunan pagi?
Come on laa...isu disiplin ini lebih baiklah ditangani atau kalau kurang cukup perlu dikaki-kaki secara lebih ketat. Nak menjadikan sekolah sebagai institusi 'penjara' juga sudah sepatutnya dilakukan. Bukan memikirkan isu remeh seperti nasi lemak kerana 'lemak' yang lain sudah semakin naik kepala.
Ada juga kalangan guru-guru yang pernah merungut "Ada sorang budak tu dah dibuang sekolah dah...tapi lepas mak bapak datang merayu-rayu, sekolah terima dia balik". Penjejak Awan bertanya pula hal ini pada guru lain yang mungkin lebih 'rasional' (agaknyalah...) "Kalau kita tak terima dia belajar, budak tu nak jadi apa? Takkan nak biarkan dia kehulu-kehilir?".
Damn...maknanya tak salah laa kalau seorang pelajar berlagak samseng kat sekolah. Sebab sekolah akan beri pengampunan.
So...apa ada hal pelajar-pelajar sekelian...? Belasah jer lah sesiapa yang korang nak belasah kat sekolah tu. Sebab kemungkinan besar untuk anda masuk balik sekolah tu masih ada. Dan anda mungkin juga akan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Sebab akhlak anda tak penting langsung di sekolah. Dah besar nanti, kalau anda didakwa, mahkamah hanya mungkin menyebut alamat rumah anda tetapi tak akan sesekali menyebut nama sekolah dan nama guru-guru anda pun...
P/s: Setiap petang Ahad, hari cuti sekolah, pasti beratus mat mat rempit menunjuk aksi betul-betul di depan sebuah sekolah di area aku tinggal. Tak ada sedikit pun rasa takut kalau-kalau terserempak cikgu yang ada kerja kat sekolah. Sebab mereka diluar pagar sekolah. Cikgu tak ada kuasa nak menegur. Tapi nampaknya pagar tu cuma pagar jer, sebab kat dalam pagar pun...cikgu masih tak boleh menegur.
Hmmm...cuba-cuba tenangkan diri. Lepak ngeteh kedai tepi padang. Baca paper. Osama ben Laden mati dibunuh. Urghhh....gambar pun dah kena touch-up dengan photoshop. Kepercayaan aku sejak dulu...Osama tak wujud pun... Sandiwara jer tu semua. Macam Rambo laa jugak...hero Amerika kat Vietnam. Mana wujud pun...giler ker apa sorang-sorang gi serang gerila Vietnam lepas tu menang.
Mayat Osama dibuang ke laut....kahkahkah...mana post mortem? Terus buang laut? Takkan laa kat Afghanistan pun tak leh ditanam kalau Arab Saudi tak nak terima? Takut orang gali check DNA ker?
Stress...
Tu yang berlaku kat dunia. Kat dalam negara... Kes video seks tak habis-habis. Samada yang menuduh atau tertuduh, dua-dua Dol. Elok dihantuk kepala diaorang tu. Terganggu laa fikiran aku dengan berita sensasi ala-ala Melodi. Terganggu laa fikiran nak mengolah bajet minyak petrol dengan nasi yang perlu aku suap ke mulut. Adakah aku seorang yang hampir-hampir terlupa atau semua orang pun dah lupa tentang masalah hidup ini? Memang bijak laa pengaturcaraan ini...kita masuk kereta ke stesen minyak tetapi kepala berfikir tentang video seks...kita berjalan kaki antara kereta ke kaunter pam tetapi kepala berfikir tentang video seks...kita tak sedar bagi not RM50 kat kaunter sedangkan nak isi RM20 jer kerana kepala berfikir tentang video seks...kita melangkah semula ke kereta untuk mengisi minyak tetapi kepala berfikir tentang video seks...kita isi minyak kedalam tangki kereta tetapi kepala berfikir tentang video seks...
Hebat pengaturcara ini memanipulasi hidup kita...kita lupa realiti hidup sebenar dan lebih berfikir realiti hidup orang lain (sama seperti kita sibuk berfikir kehidupan pelajar dalam AF). Apakah hidup kita ini pernah difikirkan oleh orang lain?
Stress..
Oh...hampir aku terlupa...(walaupun aku seboleh-boleh tak nak fikir) Tentang isu nasi lemak. Jadi isu global tuuu...kita terpaksa sibuk berdebat, berbahas, berseminar, bertikam-lidah, bertegang urat tentang nasi lemak. Sedangkan isu penting di sekolah seperti pelajar menerajang guru, guru menyembelih pelajar, pelajar meraba guru, guru menelanjangkan pelajar, pelajar mengurat guru, guru mengandungkan pelajar, pelajar merasuah guru, guru menjual dadah kat pelajar...nie masalah nie apasal lambat sangat nak dibendung. Pada Penjejak Awan, biarlah budak-budak nie gemuk daripada menjadi beruk!!!
Stress...
p/s: Pernahkah orang bertanya "Ko nak duit aku?" atau sebenarnya ramai yang bertanya "Ko ada duit?". Pernahkah pihak bank buat iklan "Pinjam RM1000 bayar balik RM100 jer dah cukup" atau pun "Gunalah kad kredit anda dengan lebih kerap sebanyak RM30,000 dan dapatkan sebuah i-pad yang bernilai cuma RM2000 jer". Sebenarnya persekitaran kita lebih banyak yang menyusahkan daripada memudahkan.
Kalau ada masa free, marilah sama-sama kita saksikan Rancangan Jangan Lupa Lirik bersama-sama keluarga. Bila ada peserta sedang menyanyi, dan tiba-tiba muzik dihentikan, maka peserta tersebut perlulah mengisi tempat kosong dengan lirik-lirik yang betul. Kalau ada kesilapan nescaya kita yang menonton bersemangat nak membetulkannya dari rumah. Siap ada yang akan menjerit "Apalah!!! itu pun tak tau"
Kalau ada masa free lagi, kita sama-sama menonton Akademi Fantasia atau American Idol atau Mentor atau apa saja rancangan nyanyian...Tom Tom Bak juga ada slot menyanyi jugak. Bila lagu yang diminati itu dinyanyikan, maka kita sama-sama menyanyi. Bila ada yang terkeluar sebab suara tak sedap, kita mungkin nak menangis sama.
Hebat tak hebatnya rancangan-rancangan macam tu disiarkan di kaca-kaca tv. Mampu mempengaruhi kehidupan kita. Mampu membawa kita bersama-sama menghayati dan menyelami jiwa peserta. mampu mengajak kita menyanyi dan menari bersama...
Soalan : Apa makna bacaan yang kita kumat-kamitkan semasa sembahyang?
"Entah, aku hafal jer bahasa arab yang uztaz aku ajar dulu"
Soalan : Apa maksud disebalik lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali
1. Rangkap pertama - usah diluahkan kata perpisahan, jangan diungkapkan lafaz keramat (hanya dia yang tahu apakah ayat keramat itu..boleh jadi i love you..boleh jadi juga "kita putus..") Biar lenyap diserap bunyi, biar senyap yang tak menyepi. Umpama kemarahan yang tercetus, biarkannya lenyap begitu saja. Biar senyap namun masih ada dan dirasai kewujudannya...
2. Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa - Penulis meminta tolong untuk mengingatkannya bahawa pasangannya telah tersedar akan hakikat kenangan yang pernah di cipta bersama (*saku penyeluk masa)..
3. Mari patahkan papan markah lama, Mari padamkan buku tiga lima, Biar luka sembuh sendiri, Biar lupa dimakan hari -Penulis mengajak untuk melupakan segala kenangan silam dan segala hutang piutang yang pahit untuk dikenang supaya luka yang terjadi dapat sembuh dengan sendirinya di mamah oleh masa yang berlalu.
4. Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis menyampaikan rasa hatinya betapa dia berdebar-debar dan hatinya bahagia saat di temani oleh pasangannya.
5. Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa - Penulis mengatakan bahawa dia lupa pada hakikat yang sebenarnya apabila kemarahan merasuk minda dan menyelubingi jiwanya. Lantas bertindak tanpa berfikir akan kesannya.
6. Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis meminta untuk diingatkan saatnya dia tersedar betapa berbahagianya dia dapat bersama pasangannya.
7. Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa -Penulis mengulangi kata yang sama untuk mengingatkannya mengenai kisah mereka berdua dan menghargai akan pasangannya dan perasaan kasih yang menemaninya.
Complete disitu maksud lagu tersebut...walaupun ia cuma bahasa melayu yang tak perlu dialih bahasa...
Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah
BERITA HARIAN
2011/02/28
KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.
Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.
Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.
“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.
Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.
“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.
Hmm...buat mereka-mereka yang telah lupa, terlupa dan pura-pura terlupa yang dia pelupa...
Tafsiran surah Al-Fatihah.
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
Budak-budak umur 5-6 tahun...dengar lagu Maher Zain dalam kereta, mereka terlonjak-lonjak menjerit menyanyi "Insyaallah...insyaallah...insyaallah" tanpa paham apa maknanya. Budak-budak kecik...tak ada akal lagi...
P/s: Aku bukan orang arab tapi pernah ambil subjek arab. Tapi mengapa tokoh Maal Hijrah tahun nie ada budak bukan arab tapi lulus cemerlang bahasa arab? Adakah dia berbahasa arab sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari?
Musim cuti sekolah dah lama habis. Tetapi masih ada jugak jemputan perkahwinan di sana-sini. Ada eloknya juga memilih hari perkahwinan bukan di musim-musim cuti sekolah atau perayaan, kerana kurangnya saingan dan dapat mengelak pertembungan dengan majlis-majlis yang lain.
Acapkali bila kita menghadiri majlis-majlis perkahwinan, lagu-lagu yang akan dimainkan adalah tak lain dan tak bukan adalah lagu-lagu untuk pengantin. Yang popular adalah lagu dendangan Saloma bertajuk 'Selamat Pengantin Baru'. Juga tak ketinggalan lagu dari Tan Sri P.Ramlee 'Di Renjis-renjis Dipilis' dan tak kurang popularnya adalah dari Tan Sri P.Ramlee juga 'Kalau Dah Jodoh Tak Kemana'.
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang biasanya dimainkan sepanjang majlis berlangsung...
1. Ala Emak Kawinkan Aku – Zainurin Mohd Don
2. Berapakah Hantarannya – Junainah M Amin
3. Bunga Rampai – Zaleha Hamid
4. Di Malam Persandingan – Sharifah Aini
5. Direnjis Renjis – P Ramlee
6. Gambus Jodoh – P Ramlee
7. Gendang Berbunyi – Zaleha Hamid
8. Inai Di Jari – S Jibeng
9. Inai Pengantin – Sanisah Huri
10.Inang Pengantin – Masnah Ali & R Ismail
11.Joget Andam Pengantin – Rahimah Rahim
12.Joget Mak Andam - Ahmad Jais
13.Joget Malam Berinai – Sanisah Huri
14.Joget Pengantin Baru – Rafeah Buang
15.Joget Sindir Pesan – Black Dog Bone
16.Kalau Ada Jodoh – Muhaini Suratman
17.Kalau Jodoh Tak Ke Mana – P Ramlee & Saloma
18.Kompang Dipalu – Izam Eye & Waheeda
19.Malam Pengantin – Rabbani
20.Menanti Jodoh – Sanisah Huri
21.Menunggu Nasi Minyak – Ahmad Daud & Zaleha Hamid
31.Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud & Rafeah Buang
32.Tari Bunga Rampai – Faridah Amin
33.Zapin Adat Berkasih – Syura
34.Zapin Pengantin Baru – Ahmadi
Banyak lagi kalau nak di senaraikan. Termasuk lagu-lagu dari era baru. Tetapi pilihan dari lagu era-era lama tetap menjadi pilihan kerana tradisinya sudah begitu.
Sungguhpun begitu...lagu-lagu dengan tema pengantin yang jarang atau tak mungkin langsung akan kedengaran adalah lagu-lagu seperti berikut...
Dan ada satu lagi lagu yang tak pernah didengar di majlis-majlis perkahwinan...
Ini pun lagu majlis pengantin jugak kan...
P/s: Kadang-kadang nak jer mendajalkan member...nak suruh DJ tujukan lagu 'Disana Menanti, Disini Menunggu' kat pengantin lelaki. Biarkan pengantin perempuan confuse sekejap. Hehehehe...
SELAMAT DATANG KE MYPOINT2U
-
+ Ingin tahu tentang MyMode? Klik disini...
+ Intro ringkas tentang perniagaan MyMode
+ Sedikit latarbelakang mengenai MyPoint2U. Klik di sini...
+ Soala...
Fadilah Suardi Journey #1
-
Bukan senang nak bina satu Empire perniagaan yang besar. Semasa perjalanan
itu akan banyak dugaan dan rintangan. Jalan ke terus ke depan.
Buat je dan tunj...
Agen Poker Qq Terpercaya
-
bilik poker memperoleh lebih banyak sekali para pemain dan perseroan alat
lunak memperoleh komisi. kalian (pelanggan) mendapati alat lunak selaku
percuma...
Madu bersarang
-
Assalamualaikum
Ada yang biasa makan madu bersarang?
Try la makan uolsss... Nikmatnya lain macam
Hakak sebenarnya bukan penggemar madu
Kalau sesekali teram...
Catatan di Jakarta
-
Kalau pergi Indonesia tidak sah kalau kami tak pergi mencari buku-buku di
sana. Kali ini di Jakarta, selain dari Gramedia book store kami juga pergi
ke p...
🔉 Kombo Istimewa 🔉
-
Tawaran istimewa untuk bukan ahli. Jika masih berkira2 mana pilihan terbaik
untuk memulakan perjalanan dengan minyak pati terbaik abad ini, inilah
jalann...
The Modern Feather Headdress
-
An Indian headdress has originated from the Native American Indians. They
have intricately created a headdress to show their honor and respect to
their...
Ayam sambal bali
-
Assalamualaikum.
Semalam masak ayam sambal bali, resepi dari facebook ramai sangat orang
share telan air liur tau tak so marila kita cuba
bahan bahannya...
Apakah Itu Demam Tifoid (Typhoid Fewer)
-
Demam tifoid (thypoid fewer) adalah suatu penyakit infeksi sistemik
bersifat akut yang disebabkan oleh Salmonella typhi. Demam tifoid (thypoid
fewer) ditan...
Tukar kerja
-
Aku dah tukar kerja.
Selepas dua tahun lebih terikat kontrak dengan kilang lori.
Alhamdulillah, pengalaman berharga.
Banyak yang belajar,
walau ada sakit dan...
Last Season 1 Episode 7 : Episode 7
-
Free Last Season 1 Episode 7 : Episode 7
in High QualityNow you can see Last Season 1 Episode 7 : Episode 7
in top video format with duration 60 minute.
...
ADIK KENA APPENDIX
-
Lama dah nak tulis pasal ni. selalu je tangguh.. hari ni datang kerajinan
tu.. 6/03/2015. Hari jumaat macam biasa la aku keluar-keluar makan dengan
umi.. m...
Pantun Pembuka & Penutup Majlis
-
Salam Sejahtera kami ucapkan,
Buat Semua Hadirin Hadirat
Selamat datang Tuan dan Puan,
Semoga majlis kita membawa berkat.
Sebelum majlis kita teruskan,
Seb...
Learning
-
Oh! Snap! It's been a very, very crazy long time ago since I wrote
something new so first of all:
I'm soooooo insanely sorry!!!!
But if everything works ou...
Because life is.....
-
Because we seek for happiness and joy all the time...
We want things to be fine and for us to get along...
BUT
Life will never be so.
Not everyone will...
Indahnya Cinta Setelah Nikah.
-
*Dan dirimu..*
*...Adalah salah satu kasih sayangnya Allah untukku.*
***
Bismillah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi maha Penyayang.
Selawat ser...
Menu sarapan pagi yang bisa anda makan
-
*Menu sarapan pagi yang bisa anda makan* - Saat dipagi hari menu apa yang
sering anda makan? Mungkin salah salah satunya adalah bubur ayam. Saya
sendiri se...
Tidak Ku Pinta Begini :'(
-
Salam geng sambal belacan...
SubhanaAllah!!!..ungkapan itulah yang mampu di ungkap dibibir mengenai kes
terbaru yg berlaku di negeri sembilan di mana ins...
Maria Farida Tayang Bikini Pula Di Instagram
-
Umur dah mencecah 40 tahun..tapi still awet muda...Terserlah kecantikkan
dan kejelitaan..
Di laman sosial milik Maria Faria, dia telah menjadi tumpuan f...
Stop Saying "I Wish" , Start Saying "I Will"
-
*Bismillahirrahmanirrahim...*
Think BIG !
Believe BIG !
Act BIG !
and the result will be BIG !
Anyone berminat nak cari side income dengan #bizka...
Sorryyyy....
-
Salam 1 Malaysia buat semua.. So sorryyy sbb dh lama sesgt x jenguk blog
kesygn nie.. Bknnya sengaja, tetapi terpaksa diabaikan seketika disebabkan
bebanan...
Kalau kau takut sakit hati, jangan baca ini.
-
Assalamualaikum.
Saat ni, aku rasa seperti nak membebel. So korang jangan lah baca, baik
yang followers ke silent reader ke unknown ke. Terima kasih datang...
Kosong
-
Kosong
Dalam yang tiada
Seakan jiwa tiada anggota
Seakan hidup tanpa nyawa
Apakah kekosongan ini punyai makna
Kemana langkah-langkahmu
Untuk apa nafas...
jangan jadi org pemarah
-
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi
s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau
men...
Selamat Menyambut 2013, Selamat Tinggal 2012!
-
Sekelip mata sahaja masa berlalu. Pejam celik kita sudah bakal memasuki
2013. Ya, dunia masih belum berakhir, tafsiran kalender Mayan adalah bohong
sema...
Apa nak jadi...
-
Israel serang hari-hari,
Kita boikot ikut trend, setahun sekali,
Bayi Israel lahir setiap hari,
Kita cuma tengok bayi palestin mati kat Berita TV three,
Isr...
Pemergian Adik ... Aidiladha 2011 Part 2
-
Alhamdulillah ..... walaupun sangat sedih but i know the limit.... kata
Maher Zain " To HIM we belong and to HIM we'll be returned"
Selepas solat ku masuki...
'Compare' Penulisan sy yang dahulu dan sekarang
-
Sejak 2-3 hari ni RAJIN je saya nak update blog yang agak berdebu suatu
ketika dulu. Hehe..Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberi ruang
dan peluan...
Contest Gila-Gila Blog!
-
Assalamualaikum semua =)
Kali ni Kei Seichi's Blog nak buat satu contest mudah iaitu Contest
Gila-Gila Blog!
Cara-cara penyertaan sangat mudah!
1) L...
Skuad Harimau Muda benam Qatar 2-0
-
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my
PEMAIN Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri (kiri) diasak pemain Qatar,
Abdelkarim Ha...
-
PROJEK TERBARU FRA....
Salam..
Pada sume yg still sudi meng-readkn blog Cik Odah ni MEKACEH la sgt2..
Maklum la Cik Odah faham blog sy nie da lame xdok pos...
Info: Panduan Perhimpunan Jalanan
-
Info yang berguna berkenaan Panduan Perhimpunan Jalanan bagi:
- Peserta kali pertama
- Peserta yang sudah pergi banyak kali tapi tidak tahu pasal panduan.
-...
Bio~Ever™ miracle nano cream
-
*Bio~Ever™*
Nano Cream
Centella Asiatica Extract
Teknik penembusan melalui teknologi Nano merupakan penemuan bio-teknologi
yang terunggul. Ia dapat men...
Istimewanya Lailatul Qadar
-
Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah
peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari
Ilahi...
COOL SIOT: CARA2 ULTRAMAN BERTUKAR
-
salam....
ultraman.....sapa yang x knal....gua rasa suma kenal....daripada budak
kecik sampai la atuk2 dan nenek2 kat kampung
tuh.....gengster...mafia...a...
GREEN LIGHT
-
Alhamdulillah, Menteri Kementarian Pengajian Tinggi, YB Dato' Khaled
Noordin mengumumkan kebenaran kepulangan ke Mesir dan 12hb Mac sebagai
tarikh paling a...
Keputusan Terkini Liga Super 2011
-
Keputusan Terkini Liga Super 2011 => KLIK DI SINICarta Terkini Liga Super
2011 => KLIK DI SINIJadual Penuh Liga Super 2011 ==> KLIK DI SINI
Biar bulan tersenyum 26
-
ASAP yang keluar dari mulut lelaki itu akibat dari teknik tiupan yang
kreatif membentuk bulatan awan. Kemudian dia merenung asap tersebut terbang
di angi...
Cuti da...
-
Selepas mengharungi peperiksaan selama seminggu...akhirnya penggal yang
pertama ini melabuhkan tirainya....Sekarang tibalah masanya untuk semua
guru dan be...
Screen Saver untuk Handphone,Meletop
-
Setiap orang mesti ada Handphone kan? Siapa yang yang tak de handphone di
tangan? Angkat ibu jari kaki. Hehehe.
Aku ada website yang amat menarik untuk kor...