Pengikut Awan

Tuesday, May 10, 2011

Bila rotan tidak di tangan...



Ada rasa sedih dan kasihan tak...?

Ada tergetus rasa marah tak...?

Penjejak Awan tidak mengira kaum atau bangsa. Tidak kiralah siapa yang menjadi mangsa, namun dia tetap manusia. Seorang manusia tidak berhak menganiaya manusia yang lain. Itulah ajaran yang diterima oleh Penjejak Awan sejak dari kecil.

"Didalam kumpulan haiwan, tiada manusia...
Tetapi dalam kalangan manusia, ada haiwan..."

Terus terang...kehancuran sivik di dalam sekolah sudah semakin hari semakin tenat. Janganlah pula ada yang masih nak berkata "Ini isu terpencil...ini isu terpencil...". Bila pula ia akan jadi isu terbesar? Setelah murid membawa senjata api? Setelah murid mengandungkan guru? Atau setelah pengetua dipaksa minum air jamban semasa perhimpunan pagi?

Come on laa...isu disiplin ini lebih baiklah ditangani atau kalau kurang cukup perlu dikaki-kaki secara lebih ketat. Nak menjadikan sekolah sebagai institusi 'penjara' juga sudah sepatutnya dilakukan. Bukan memikirkan isu remeh seperti nasi lemak kerana 'lemak' yang lain sudah semakin naik kepala.

Ada juga kalangan guru-guru yang pernah merungut "Ada sorang budak tu dah dibuang sekolah dah...tapi lepas mak bapak datang merayu-rayu, sekolah terima dia balik". Penjejak Awan bertanya pula hal ini pada guru lain yang mungkin lebih 'rasional' (agaknyalah...) "Kalau kita tak terima dia belajar, budak tu nak jadi apa? Takkan nak biarkan dia kehulu-kehilir?".

Damn...maknanya tak salah laa kalau seorang pelajar berlagak samseng kat sekolah. Sebab sekolah akan beri pengampunan.

So...apa ada hal pelajar-pelajar sekelian...? Belasah jer lah sesiapa yang korang nak belasah kat sekolah tu. Sebab kemungkinan besar untuk anda masuk balik sekolah tu masih ada. Dan anda mungkin juga akan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Sebab akhlak anda tak penting langsung di sekolah. Dah besar nanti, kalau anda didakwa, mahkamah hanya mungkin menyebut alamat rumah anda tetapi tak akan sesekali menyebut nama sekolah dan nama guru-guru anda pun...

P/s: Setiap petang Ahad, hari cuti sekolah, pasti beratus mat mat rempit menunjuk aksi betul-betul di depan sebuah sekolah di area aku tinggal. Tak ada sedikit pun rasa takut kalau-kalau terserempak cikgu yang ada kerja kat sekolah. Sebab mereka diluar pagar sekolah. Cikgu tak ada kuasa nak menegur. Tapi nampaknya pagar tu cuma pagar jer, sebab kat dalam pagar pun...cikgu masih tak boleh menegur.

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin