Pengikut Awan

Wednesday, May 25, 2011

Gelap pekat melekat...


Lihat, rasa dan dengar...

Penjejak Awan nampak, tiada seorang pun manusia dalam tayangan ini...

Penjejak Awan rasa, ketakutan, kerana ini adalah permulaan hancurnya sebuah peradaban...

Penjejak Awan dengar, bunyi derap kaki kejahatan maha hebat sudah semakin dekat...

Kerosakan telah menular dalam sebuah negara yang sering diperkatakan oleh orang diluar sana sebagai "sebuah negara yang aman damai dan rakyatnya berbudi bahasa". Rasanya samada kita menipu orang atau mereka-mereka itu sengaja bercakap untuk tidak mengguriskan hati orang-orang di negara ini. Kadang-kadang kedengarannya seperti orang luar memuji-muji makanan kita seperti satay dan nasi lemak, tetapi realitinya, tak ada pulak satay dan nasi lemak ini popular dihotel-hotel negara mereka, bahkan chicken chop dan beef steak juga yang berlambak dihidang di restoran-restoran negara kita. Ada rasa macam tertipu?

Renunglah, ulang tayanglah berkali-kali dan pejamkan mata selepas itu. Gambarkan masa depan yang amat gelap, hitam pekat dan penuh kerosakan khususnya kepada pewaris-pewaris kita, anak-anak kita. Itulah kehidupan yang pasti berlaku...anak-anak anda yang comel-comel sekarang ini, akan menyelusuri lorong-lorong yang penuh kerosakan dan kejahatan. Tidak seperti datuk nenek kita dahulu, rumah pun tak perlu berpagar, tak perlu CCTV...tetapi masih boleh tidur berdengkur siang dan malam.

Perhatikan pula pemuda harapan bangsa disekeliling penggusti wanita. Kenapa tiada reaksi? Kenapa tiada simpati? Sebabnya...pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi kita seronok tengok kisah realiti di televisyen. Mereka dah biasa melihat aktiviti-aktiviti live pelajar-pelajar akademi realiti. Dan kalau dapat melihat senario di depan mata lagi bagus!!! Biarkan...biarkan...seronok tengok depan mata. Dan pemuda-pemuda kita inilah juga, tak mustahil, bila satu hari, apabila ahli masyarakat kita diancam bahaya, maka mereka hanya duduk dan tengok sahaja. Tak mustahil, bila sekarang kes-kes rogol berlaku di tempat terlindung tetapi akan datang mungkin berlaku hanya di tengah-tengah jalan sahaja. Kerana sifat simpati sudah hilang dari diri kita. Biarkan...biarkan...

P/s: Pernah tengok kucing mengawan hanya ditepi meja restoran? Fikirkan jika sifat haiwan sebegitu dah berjangkit pada manusia. Dimana-mana, pada bila-bila masa...tiada siapa yang peduli.

4 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Mengkuang berduri said...

sebak tengok video ni. memang menakutkan. tiada perasaan perikemanusiaan bila perasaan marah dan dendam menguasai nafsu.

apa fungsi manusia sekeliling yang ada disitu? memang ramai yang ada, tapi seorang pun tak berani mencelah meleraikan keadaan.

harapnya, pergaduhan tu cuma sekejap dan ada pemuda yang berani mendamaikannya.

Hahn 3rd said...

Betul tu Marsita...dikalangan haiwan tiada manusia, tetapi dalam manusia, ada haiwan...harap dunia ini dicipta untuk manusia dan kemanusiaan

Unknown said...

fungsi manusia yang ada disekeliling tu hanyalah sebagai penonton bukan nya pendamai.

Senario seumpama ini memang banyak terjadi, ini hanya cebisan jer agaknya.

Hahn 3rd said...

Betullah Joe...susah nak cari pendamai...pengganas ramai laa

Blog Widget by LinkWithin