Pengikut Awan

Saturday, February 26, 2011

Lagu Pengantin Popular...

Musim cuti sekolah dah lama habis. Tetapi masih ada jugak jemputan perkahwinan di sana-sini. Ada eloknya juga memilih hari perkahwinan bukan di musim-musim cuti sekolah atau perayaan, kerana kurangnya saingan dan dapat mengelak pertembungan dengan majlis-majlis yang lain.

Acapkali bila kita menghadiri majlis-majlis perkahwinan, lagu-lagu yang akan dimainkan adalah tak lain dan tak bukan adalah lagu-lagu untuk pengantin. Yang popular adalah lagu dendangan Saloma bertajuk 'Selamat Pengantin Baru'. Juga tak ketinggalan lagu dari Tan Sri P.Ramlee 'Di Renjis-renjis Dipilis' dan tak kurang popularnya adalah dari Tan Sri P.Ramlee juga 'Kalau Dah Jodoh Tak Kemana'.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang biasanya dimainkan sepanjang majlis berlangsung...

1. Ala Emak Kawinkan Aku – Zainurin Mohd Don
2. Berapakah Hantarannya – Junainah M Amin
3. Bunga Rampai – Zaleha Hamid
4. Di Malam Persandingan – Sharifah Aini
5. Direnjis Renjis – P Ramlee
6. Gambus Jodoh – P Ramlee
7. Gendang Berbunyi – Zaleha Hamid
8. Inai Di Jari – S Jibeng
9. Inai Pengantin – Sanisah Huri
10.Inang Pengantin – Masnah Ali & R Ismail
11.Joget Andam Pengantin – Rahimah Rahim
12.Joget Mak Andam - Ahmad Jais
13.Joget Malam Berinai – Sanisah Huri
14.Joget Pengantin Baru – Rafeah Buang
15.Joget Sindir Pesan – Black Dog Bone
16.Kalau Ada Jodoh – Muhaini Suratman
17.Kalau Jodoh Tak Ke Mana – P Ramlee & Saloma
18.Kompang Dipalu – Izam Eye & Waheeda
19.Malam Pengantin – Rabbani
20.Menanti Jodoh – Sanisah Huri
21.Menunggu Nasi Minyak – Ahmad Daud & Zaleha Hamid
22.Pak Kelepak Pak Pong – M Daud
23.Pengantin Baru – A Kadir & Ida Laila
24.Pengantin Bersanding – Sanisah Huri
25.Pengantin Tiba – DJ Dave
26.Pinang Sireh Pinang – Ismail Haron & Anita Sarawak
27.Sebentuk Cincin Permata Berlian – M Ishak
28.Selamat Pengantin Baru – Saloma
29.Selamat Pengantin Bersanding – Jaafar Ahmad
30.Seloka Pengantin – The Unwanted
31.Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud & Rafeah Buang
32.Tari Bunga Rampai – Faridah Amin
33.Zapin Adat Berkasih – Syura
34.Zapin Pengantin Baru – Ahmadi

Banyak lagi kalau nak di senaraikan. Termasuk lagu-lagu dari era baru. Tetapi pilihan dari lagu era-era lama tetap menjadi pilihan kerana tradisinya sudah begitu.

Sungguhpun begitu...lagu-lagu dengan tema pengantin yang jarang atau tak mungkin langsung akan kedengaran adalah lagu-lagu seperti berikut...

1. Ayahku Kawin Lagi - L. Ramlee
2. Tenda Biru - Desy Ratnasari
3. Pelamin Anganku Musnah - Azie

Kenapa yer? Hehehehe...takut hati pengantin terguris kot...hehehehe

Dan ada satu lagi lagu yang tak pernah didengar di majlis-majlis perkahwinan...



Ini pun lagu majlis pengantin jugak kan...

P/s: Kadang-kadang nak jer mendajalkan member...nak suruh DJ tujukan lagu 'Disana Menanti, Disini Menunggu' kat pengantin lelaki. Biarkan pengantin perempuan confuse sekejap. Hehehehe...

3 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Unknown said...

satu info yang menarik nie, adakah sudah ada tanda2 nak menjadi pengantin atau aku dah ketinggalan nie...

Hahn 3rd said...

keh keh keh...ini pengalaman pergi majlis pengantin...moga rakan-rakan (terutamanya ngko) akan fikir lagu apa nak pasang masa majlis, selain lagu2 yg old skool, yg dah biasa kita dengar...

Anonymous said...

hehe... inai di jari tu lagu sedey.. bukan lagu tuk orang kawen.. hehe.. ceh..saje je nak komen kan.. :P

-fararo-

Blog Widget by LinkWithin