Mungkin anda suka melancong atau mungkin akan
study di Amerika.
So kenalah tau serba sedikit undang-undang di negara orang. Kalau main langgor jer tak boleh lerr...Masuk kandang kambing kena laa mengembek, masuk kandang lembu kena laa menguak, masuk kandang mahkamah kena laa mengaku... Setiap negeri di Amerika ada undang-undangnya yang tersendiri:
Ohio- adalah menjadi kesalahan membuatkan ikan di situ mabuk.
- adalah salah memburu ikan paus pada hari Ahad.
- anda akan disaman apabila bersandar pada bangunan awam.
Alaska- tidak dibenarkan melihat moose (sejenis rusa) dari kapal terbang.
- adalah menjadi kesalahan memberikan alkohol kepada moose.
- adalah menjadi kesalahan menolak moose yang hidup dari kapal terbang yang bergerak.
Texas- adalah menjadi kesalahan apabila menghirup
beer lebih dari 3 kali ketika berdiri
- Membawa Ensiklopedia Britannica adalah diharamkan di Texas, kerana ia mempunyai formula untuk membuat
beer sendiri di rumah.
- Undang-undang Anti Jenayah mengkehendaki penjenayah memberi notis 24 jam kepada mangsa, samada lisan atau bertulis, memberitahu tentang jenayah yang akan dilakukan.
Pennsylvania- Kenderaan yang melalui jalan pada waktu malam hendaklah menembak roket ke udara setiap satu batu perjalanan, dan tunggu 10 minit.
- Jika pemandu ternampak sekumpulan kuda, hendaklah berhenti di bahu jalan, tutup kenderaan anda dengan blanket yang berwarna sama dengan persekitaran.
- Jika kuda-kuda tidak mahu melintasi kereta tersebut, pemilik kereta hendaklah menimbus separuh kereta dengan daun-daun kering yang ada di persekiaran.
Alabama- Dilarang memakai janggut palsu yang boleh membuat orang ketawa.
Arizona- Adalah menjadi kesalahan apabila keldai tidur dalam tab mandi.
- Jika anda didapati bersalah mencuri sabun, hukumannya, anda dikehendaki cuci badan anda dengan sabun tersebut sehingga habis.
California- Adalah menjadi kesalahan menaiki basikal dalam
swimming pool.Los Angeles- Adalah menjadi kesalahan apabila anda didapati menjilat katak puru.
Devon- Adalah menjadi kesalahan berjalan secara mengundur selepas matahari terbenam.
Hartford- Adalah menjadi kesalahan melintas jalan dengan menggunakan tangan.
Cleveland- Adalah menjadi kesalahan memandu kereta dengan duduk diatas riba orang lain.
New Jersey- Anda akan ditahan dan ditangkap apabila menghirup sup dikhalayak ramai.
Kentucky- Jenayah curi hanya boleh dibuat pada waktu malam sahaja.
- Adalah menjadi kesalahan membawa kon aiskrim dalam poket baju.
- Adalah menjadi kesalahan wanita membeli topi sebelum dicuba oleh suaminya terlebih dahulu.
Idaho- Adalah menjadi kesalahan bila anda memancing di belakang haiwan lain.
- Adalah menjadi kesalahan bila seorang lelaki memberikan sekotak coklat kepada teman wanitanya yang beratnya kurang dari 50 pounds.
Sheridan, Wyoming- Polis dibenarkan menggigit anjing untuk membuatkan ia diam.
Minnesota- Adalah menjadi kesalahan apabila anda tidak mengangkat topi bila lembu melintas.
- Tidak dibenarkan melintas sempadan jika anda meletakkan itik di atas kepala.
Georgia- Tidak dibenarkan berkata 'oh boy' di khalayak ramai.
Hawaii- Adalah menjadi kesalahan memasukkan duit dalam telinga.
Illinios- Wanita akan ditangkap apabila mencuba lebih dari 6 helai pakaian di satu kedai.
- Pengurus teater boleh menendang penonton yang mempunyai kaki berbau.
Kansas- Tidak dibenarkan membawa
beer didalam topi apabila berada di jalanan.
- Adalah menjadi kesalahan mencuci gigi palsu di pancuran air awam.
- Adalah menjadi kesalahan berenang dengan memakai pakaian bercorak
polka dot sebelum 12 tengahari.
New York- Adalah menjadi kesalahan makan kacang sambil berjalan mengundur semasa konsert.
- Adalah menjadi kesalahan jika seorang lelaki keluar dengan jeket dan seluarnya tidak
matching.
Florida- Anda akan disaman apabila didapati tidur dibawah
hair dryer beserta dengan tuan punya salun.
- Adalah menjadi kesalahan mengadakan hubungan seksual dengan landak.
Wisconsin- Adalah menjadi kesalahan seorang lelaki 'tegang' dikhalayak ramai, walaupun memakai seluar.
p/s: So...sesiapa yang nak ke US tu, beringatlah yer...yang mana menjadi kesalahan tu maknanya anda akan disaman atau boleh dipenjara jika didapati bersalah...