Pengikut Awan

Monday, October 20, 2008

Guru...jadilah lilin selama-lamanya


Guru bagaikan lilin menerangi kegelapan
biar terbakar diri
Guru bagaikan pelita menerangi
kegelapan akhirnya kehausan
Guru bagaikan pena mengukir indah
hingga kekeringan
Guru bagaikan ayah kadangkala
diperbudakan
Guru bagaikan ibu kadangkala dipermainkan.

(puisi karya Hidrin, Pelita Brunei)


Itulah perumpamaan guru. Betapa agungnya mereka. Tetapi itu dulu... Kala aku bersekolah pada tahun 80'an dulu, aku paling takut dengan cikgu. Walau sebaik mana pun air mukanya, walau betapa sopan langkah kakinya. Aku memandang mereka seperti golongan bijak pandai.

Tapi itu dulu...

Sekarang, aku lihat guru dan profesyen guru dah dipandang hampeh, dah macam pencacai. Malah, tindakan guru boleh di perlekeh macam tu jer...kalau kita rasa nak kentut muka diaorang pun boleh. Title guru kalau dicompare dengan title penyanyi AF dah macam langit dengan tapak perlupusan sampah...amat jauh.

Dulu, walau bermisai lebat, walau rotan tersepit di celah ketiak, aku anggap mereka ibarat kamus yang bergerak. Aku bercita-cita nak jadi engineer (dan akhirnya aku berjaya) maka apa sahaja tindakan guru, aku terima jer...

Tapi itu dulu...

Sekarang kalau nak jadi guru memang perlu menjadi lilin. Disamping berkorban tenaga dan masa, mereka harus tambah lagi pengorbanan:

- Korbankan telinga mendengar maki hamun mak bapak yang dungu
- Korbankan kereta untuk dicalar
- Korbankan kaki untuk ditendang-tendang


Dan aku rasa hanya satu sahaja cara nasib guru ini terbela...seseorang perlu berkorban nyawa. Harus sanggup dibunuh oleh anak murid sendiri di depan perhimpunan pagi. Bila seorang mati, maka 'mungkin' orang akan sedar betapa hodoh dan najisnya perangai murid-murid sekarang.

Untuk mengelak anak-anak kena rotan, maka kita harus bunuh guru dahulu...

p/s: Ranking profesyen guru sekarang macam lebih rendah dari makcik yang kerja kutip tin minuman kat tong sampah. Kenapa..? Sebab tak ada budak pulak yang berani sepak kaki makcik tu. Mereka lebih hormat orang yang bekerja macam tu.

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin