BRITAIN
Undang-undang umum
- Melekatkan setem yang mempunyai gambar permaisuri secara terbalik pada sampul surat adalah dianggap derhaka.
- Lelaki boleh membuang air kecil di khalayak ramai dengan syarat ia dilakukan di bahagian tayar belakang kenderaannya dan tangan kanan diletakkan pada kenderaannya.
London
- Adalah menjadi kesalahan jika anda mabuk di dalam club atau pub atau mana-mana premis yang berlesen.
- Adalah menjadi kesalahan jika anda makan pai (mince pie) pada hari Krismas.
Hereford
- Anda tidak boleh menembak orang berbangsa Welsh pada hari Ahad dengan longbow (panah).
Chester
- Anda hanya boleh menembak orang berbangsa Welsh dengan anak panah didalam kawasan bandar selepas tengah malam.
York
- Selain daripada hari Ahad, adalah dibenarkan menembak orang berbangsa Scotland dengan anak panah.
Liverpool- Adalah menjadi kesalahan apabila wanita membuka bahagian atas anggotanya (topless) dikhalayak ramai melainkan dia adalah kerani kedai ikan tropika.
AUSTRALIA
- Adalah menjadi kesalahan bersiar-siar di jalanan dengan berpakaian gelap dan menconteng muka dengan pengilat kasut berwarna hitam.
- Adalah menjadi kesalahan berjalan di sebelah kanan kaki lima
- Pemandu teksi diwajibkan membawa sekarung jerami didalam teksi mereka.
- Di Victoria pula, adalah menjadi kesalahan memakai seluar pendek berwarna pink selepas tengahari pada hari Ahad.
KANADA
Alberta
- Undang-undang bandaran menyatakan, setiap banduan yang baru keluar dari penjara hendaklah diberikan sepucuk pistol dan peluru dan juga seekor kuda supaya mereka boleh keluar daripada bandar.
Hartland New Brunswick
- Anda tidak dibenarkan membuat lawak mengenai orang yang bermisai melainkan nama awalnya bermula dengan huruf "A" dan nama akhirnya bermula dengan huruf "N"
Etobicoke
- Air yang diisi didalam tab mandi tidak dibenarkan melebihi 3.5 inci
Guelph
- 'Tidak Dibenarkan Membuang Air Kecil' di kawasan ini.
DENMARK
- Sebelum menghidupkan enjin kereta, anda dimestikan memeriksa kenderaan anda untuk memastikan tiada kanak-kanak berada di bawah kereta.
- Apabila memandu, pastikan ada orang dihadapan anda membawa bendera. Ini untuk memberi amaran kepada kereta kuda bahawa kereta sedang melintas.
SCOTLAND
- Adalah menjadi kesalahan apabila anda mabuk semasa memiliki lembu.
- Untuk sesetengah jenayah, anda adalah didapati bersalah sehinggalah terbukti bahawa anda tidak bersalah.
SWITZERLAND
- Adalah menjadi kesalahan bila anda flush tandas selepas jam 10 malam bila anda tinggal di apartment.
- Lelaki tidak boleh membuang air kecil secara berdiri selepas jam 10 malam.
THAILAND
- Adalah menjadi kesalahan melangkah atau memijak matawang kebangsaan.
- Adalah menjadi kesalahan untuk keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
p/s: Betapa bebasnya hidup kita di sini. Boleh buang air kat tepi highway dengan hanya menghadap pokok.
0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:
Post a Comment