Pengikut Awan

Wednesday, October 1, 2008

Godam dan lesap!


Entahlah...aku cukup tak paham dengan orang kita. Dah puas diberitahu samada kat TV, kat Surat Khabar, kat sampul Nasi Lemak (kertas suratkhabar jugak), kat radio dan juga kat internet (info, e-mel atau blog macam nie) tentang penipuan dalam internet. Tapi masih ada yang terkena. Habis beribu-ribu ringgit macam tu jer... Ini semua sebab terdesak nak kaya cepat. Paksaan dunia membuatkan kita terkeliru antara realiti dan angan-angan. Tetapi, kes-kes ini juga yang menyusahkan sebahagian blogger yang benar-benar mempromosi produk yang boleh menjana keuntungan. Samada orang lain menjadi takut tertipu atau sebab sebenarnya mereka malas berusaha. Yang nak untung cepat memang tak layan lerr produk yang mengkehendakan ahlinya berusaha. Orang lebih suka bercakap mengenai 'Usaha Tangga Kejayaan' tetapi sebenarnya mereka tu pemalas. Pikir laa logik sikit...selain daripada mempunyai Mak Bapak yang kaya, mana ada duit datang bergolek-golek macam tu jerr...

KUALA LUMPUR: Godam dan lesap! Itulah taktik licik sindiket antarabangsa didalangi 'Mat Afrika' yang dikesan menggodam akaun bank tempatan dan memindahkan ribuan ringgit ke akaun bank 'budak suruhan' sebelum menggelapkan hampir keseluruhan wang terbabit.Difahamkan, sindiket itu mensasarkan warga tempatan sebagai 'kambing hitam' dengan menyamar syarikat pembekal mesin janakuasa dikendalikan mereka dan menawarkan upah lumayan 10 peratus komisen untuk setiap tugasan mencecah puluhan ribu ringgit melalui e-mel yang dihantar secara rambang.Sekiranya bersetuju, mangsa dikehendaki membalas e-mel terbabit sebelum dihubungi ahli sindiket berkenaan yang mendakwa syarikat mereka melakukan perniagaan secara sah dan berkembang luas di seluruh dunia.Mangsa seterusnya diberi tugas mudah dengan hanya menjadi ejen atau orang tengah untuk menerima dan menguruskan wang pelanggan di negara ini yang dimasukkan ke akaun banknya.

Sejurus mangsa meminjamkan akaun bank sendiri sebagai pindahan dan diarah memindahkan hampir semua wang berkenaan ke akaun sindiket berkenaan di bank luar negara.

Bagi meyakinkan mangsa, sindiket itu meminta mangsa mengambil sejumlah wang yang didakwa sebagai upah kerana menyelesaikan pindahan akaun. Bagaimanapun, tidak sampai beberapa hari, mangsa dihubungi pihak bank yang memaklumkan wang itu milik pelanggan yang dicuri dan digodam individu tidak bertanggungjawab. Kegiatan sindiket terbabit didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Azman, 20-an, yang menjadi mangsa dalam satu pertemuan dengan Harian Metro, semalam.Azman yang bekerja sebagai jurutera maklumat di sebuah syarikat penyiaran, berkata dia mula terjebak dengan helah sindiket terbabit selepas menerima e-mel yang kononnya dikirim sebuah syarikat janakuasa pada 5 September lalu yang menawarkan wang lumayan dengan menjadi orang tengah."Ketika itu, saya kesempitan wang dan tawaran yang diberikan menarik dengan menjadi orang tengah untuk menerima pembayaran bagi pelanggan syarikat pembekal mesin janakuasa luar negara."Pada mulanya, saya ingat ia satu daripada e-mel tipu, tapi saya benar-benar terkejut selepas dihubungi seorang lelaki warga Nigeria menggunakan nombor luar negara berkaitan pekerjaan menjadi orang tengah bagi syarikatnya, " katanya.Katanya, lelaki yang menghubunginya menyuruh dia membantu memindahkan wang peanggan tempatan ke akaunnya sebelum dipindahkan ke akaun bank milik lelaki Nigeria itu apabila menerima arahan selanjutnya kelak."Beberapa hari kemudian, saya mendapat e-mel yang memaklumkan ada pelanggan yang membuat bayaran RM4,900 ke akaun saya dan perlu membuat pindahan cuma RM4,000."Lelaki itu mendakwa wang selebihnya upah saya kerana menyelesaikan tugasan itu. Disebabkan hal inilah saya benar-benar percaya perniagaan dilakukannya sah," katanya.Bagaimanapun, keesokannya dia dihubungi pihak bank dan disoal pegawainya mengenai wang RM4,900 itu."Saya menceritakan hal sebenar mengenai tugas sebagai orang tengah atau ejen membantu pemindahan wang syarikat pembekal janakuasa di Nigeria," katanya.Kata Azman, dia terkilan apabila mendapat tahu kegiatannya memindahkan wang dengan bertindak sebagai orang tengah untuk sebuah syarikat di Nigeria adalah pembohongan. "Rupa-rupanya wang RM4,900 yang dimasukkan ke akaun saya itu wang daripada akaun yang digodam lelaki berkenaan sebelum dipindahkan ke akaun saya. "Selepas mendapat tahu hal sebenar, saya membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya," katanya.Berikutan itu, dia menasihatkan orang ramai berwaspada dengan helah sindiket berkenaan bagi mengelak diperdaya dan ditahan pihak berkuasa.


p/s: Join lerr MyMode...dah diluluskan oleh Bank Negara dan tertera bisnes tu kat ATM Maybank yang korang picit-picit setiap hujung bulan tu...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin