Anda mungkin pernah berada di situasi seperti ini, atau mungkin bekerja di tempat yang sebegini atau mungkin anda juga pernah melakukannya.
Dalam sesebuah organisasi biasanya ada peraturan yang mesti dipatuhi supaya kita dianggap telus,
clean atau setidak-tidaknya untuk meneruskan
survival dalam kerjaya yang diceburi.
Biasanya pihak atasan memberi amaran supaya tidak mempunyai hubungan sosial dengan
third party atau kontraktor. Walaupun secara kebetulan kita duduk minum di
coffee house dan tetiba ada yang membayarkan minuman kita itu dan pembayarnya adalah kontraktor yang ada hubung kait dengan syarikat. Perkara ini akan dianggap dosa besar dan kita boleh dibuang kerja jika berbuat demikian. Tujuan pihak syarikat melarang keras kita berbuat demikian adalah untuk mengelak
conflict of interest atau lebih
detail lagi untuk mengelak kita di rasuah bagi mendapatkan
job di tempat kerja. Polisi sebegini amat baik dan ianya memang digalakkan untuk apa atau dimana jua kita bekerja.
Tetapi bagaimana pula jika syarikat yang mencetuskan polisi sedemikian (pekerjanya tidak boleh menerima habuan daripada kontraktor) boleh pula memejamkan sebelah mata untuk memberi habuan kepada orang lain?
Contohnya jika salah sebuah
operating unit telah melanggar akta yang termaktub dalam perlembagaan. Untuk mengelak daripada diheret ke mahkamah maka syarikat 'mengizinkan' pekerjanya menghadiahkan sesuatu supaya tutup kes.
Jadi...apakah motif jika syarikat tak membenarkan pekerjanya menerima apa-apa habuan sebaliknya membenarkan pekerjanya memberi habuan pula? Adakah bertujuan untuk mengajar pekerjanya menjadi manusia baik? Atau adakah yang menerima lebih besar hukumannya atau yang memberi itu tidak salah langsung? Atau inikah yang dinamakan hipokrit, cakap tak serupa bikin, ketam mengajar anaknya berjalan betul atau Lu pikirlah sendirik...?
p/s:Atau mungkin ramai yang tak paham apa yang aku belit-belit nih...