Pengikut Awan

Friday, January 22, 2010

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...


Al-Fatihah...


Kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Telah mangkat pada jam 7.08 petang, Jumaat, 22 Januari 2010.

Sebagai anak jati Johor, aku menumpang sedih atas kemangkatan baginda. Tiada pengalaman aku bersama al-marhum secara direct. Cuma dulu, sewaktu aku masih darjah 2, abah aku berjaya menyediakan air kopi 'O' yang memenuhi selera baginda. Waktu itu al-marhum melawat Kem Majidee Johor Bharu.

Dan nenek saudara ku, rapat dengan kerabat diraja Johor. Penuh gambar-gambar di gantung di dinding rumahnya samada bersama al-marhum atau kerabat-kerabat diraja yang lain.

Semoga roh al-marhum dicucuri rahmat...


p/s: Penjejak Awan - berkabung...

Friday, January 15, 2010

Biar dia orang mati...

Berapa ramai antara pengunjung yang terlibat dengan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan? atau bekerja dengan syarikat yang ada pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan? atau paling selebet pun pernah nampak signage mcm nie:


Hmm...Safety First. Kalimah keramat dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Mungkin agak mengerutkan dahi pengunjung yang tidak tahu pun akan kewujudan bidang ini di sektor pekerjaan. Untuk bahasa yang mudah difahami, bidang ini menguruskan tatacara bekerja secara selamat dengan langkah-langkah dan pematuhan yang betul kepada para pekerjanya. Kadangkala susah juga apabila aku balik kampung dan orang bertanya "Ko kerja apa?". Bidang ini memang agak sukar kepada mereka yang tak tahu menahu tentangnya.

Berbalik kepada kalimah 'Safety First'. Apakah ianya penting?

Bagi kebanyakan mereka yang bekerja dengan sektor dari negara-negara eropah, Safety adalah perkara yang didahulukan. Dalam apa jua acara, safety first. Hinggakan sampai pada tahap, membawa anak-anak bermain basikal di taman pun, safety gear perlu dipakai. Bagi mereka yang biasa menaiki kapal terbang, safety briefing akan diberikan terlebih dahulu sebelum berlepas. Tetapi kebanyakan kita lebih teruja melihat pramugari cantik menunjuk ajar daripada mengambil tahu picu yang mana perlu ditarik bila memakai pelampung keselamatan..hmmm

Ya...di negara kita, kalimah Safety First hanyalah sekadar kalimah. Secara azalinya, orang kita amat jauh daripada mematuhinya. Mesyuarat keselamatan memang semata-mata kerana nak follow regulation. Tiada keikhlasan langsung. Yang penting sekali sebenarnya, kerja kena jalan, kos kena kurang dan untung berlipat kali kajang. Kalau ada dateline, kalimah ini sesuai ditukar kepada 'Safety Last!'...atau last minute. Berbanding report-report yang berkenaan dengan cost dan profit. Lajuuu... jer...on the dot. Kekadang berlumba-lumba siapa yang nak hantar paling awal.

Apalah nasib 'Safety First'...Aaaaahh....forget it...

"Kalau itu pekerja mati, kita masih boleh kerja lagi...tapi company rugi kalu, boss kasi kita berenti kerja!"

p/s: Semak nak pikir lagi pasal benda-benda nie...elok serahkan pada orang lain. Aku cuma mahu bersedih atas kematian orang, aku tak sanggup lagi nak menyiasatnya.

Wednesday, January 13, 2010

I believe I can Fly...

Adakah aku gila?

Statement yang paling kerap terngiang-ngiang di pelosok pemikiran. Bermain-main dalam fikiran. Apakah tindakan aku ini benar? Adakah aku ini siuman? Entahlah...memang sifat aku yang sering melawan arus...

Semuanya berpunca dari kehendak aku untuk meninggalkan bidang yang telah aku ceburi selama 10 tahun. Bidang yang meyakinkan ramai orang, tetapi aku perlu menarik plug sekarang. Bukan aku dilanda sindrom malas, bukan aku dilanda sindrom bosan...tetapi untuk mengenal erti kata kehidupan dari perspektif yang mungkin hanya puak-puak minoriti sahaja yang akan memahami.


Juga untuk 'lari' dari juak-juak yang selama ini 'menindas' emosi aku sedemikian rupa, yang 'membohongi' aku sekian lama dan mem'boneka'kan tubuh ku sesuka rasa. Juak-juak yang gah seantero dunia tetapi sebenarnya membelakangkan normality yang diamalkan oleh kebanyakan pemerintahan yang baik. Aaaaahhh....penat aku kalau nak bercakap apa yang benar di balik tembok gah itu. Aku tak mahu malu...tak mahu lagi malu setiap kali berdepan dengan bekas pekerjanya, tak mahu lagi malu dengan sindiran rakan seperjuangan yang gembira dengan aprisiasi yang mereka terima sedangkan aku...macam tiada nilai.

Nekad...aku nekad...aku mesti bebas. Aku mesti berdiri di atas kaki ku sendiri. Memakai baju tanpa rasa malu, kerana selama ini, tiada seorang pun yang bangga dengan tempelan logo mereka pada pakaian apabila berada di tempat umum.

Terima kasih tak ternilai kepada rakan-rakan yang memahami, yang memberi pandangan positif dan negatif. Kalian telah berjaya...aku baru nak bermula...


p/s: Emosi sungguh entri kali ini. Tak harap ada sesiapa yang paham. Aku dengan masalah aku, dikau jua ada masalah tersendiri...

Saturday, January 9, 2010

Bak kata Encik Karam...

Pepatah Karam Singh Walia

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula−gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik−carik bulu ayam, lama−lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang−alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa−apa pun
16. Diam−diam ubi berisi, diam−diam orang... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama−lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut.
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil−kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!*


p/s: Sekurang-kurangnya dia ada mencuba dan mengguna. Bukan macam kita yang tak ada apa-apa...asyik nak meniru jer apa omputeh buat. Apabila kucing tidak bergigi, tikus pun melompat tinggi

Friday, January 1, 2010

Ramai yang sukakannya...

Ramai yang sukakannya,
tinggi kualiti,
Gardenia...sungguh enak dimakan begitu saja...,
Sungguh enak dimakan begitu saja...,


Hari pertama tahun baru. Tiada lagu yang terngiang-ngiang di telinga melainkan lagu roti Gardenia. Roti Gardenia memang sedap dimakan begitu sahaja. Tetapi lebih sedap dimakan cicah kari semalam. Perghhh.... kalau ada kuah asam pedas semalam pun dah kira meletup. Makan atas pangkin bawah pokok petang-petang...


Paling singkek pun letak marjerin dan tabur gula. Tu biasanya mak bekalkan masa pergi sekolah. Biasalah, kalau awal pagi, kekadang mak tak sempat nak buat mee hoon goreng atau mee goreng. Nak buat nasi lemak pun biasanya kena tunggu hari isnin, sebab hari ahad ada masa nak cari daun pisang. Untuk tidak membuatkan anak-anaknya muak dengan marjerin, kekadang dibuatnya roti telur (rendam roti dalam telur yang dah dikocak, kemudian digoreng). Itu kalau dah sejuk pun masih sedap dimakan. Sesekali jer mak akan bekalkan roti sandwich sardin, itupun jika ada lebihan lauk sardin dihari sebelumnya.

Itu style orang-orang miskin lerr melahap roti-roti nie. Kalau dah tahap atasan tu biasanya roti bakar dengan jem strawberi. Jarang giler tengok orang-orang berkemeja dan bertali leher dan ber'BMW' duk gulung roti dan celup dalam teh tarik kemudian makan. Kena ada klasss...

Itulah roti...walau bukan makanan asasi tetapi menjadi antara keutamaan setiap orang. Baik yang berpendapatan rendah atau tinggi, semuanya perlukan roti. Kerana ianya sesuatu untuk dimakan....dan manusia perlu makan.

Tapi kenapa menda-menda yang terlibat dengan makanan selalu jadi mangsa kenaikan harga? Aaaaaahhh....berilah apa-apa alasan pun. Itu barang makanan beb...kenapa aku tak pernah dengar pun harga tali leher dinaikkan? atau harga pen Parker naik pada 1 haribulan? atau harga dompet kulit dikenakan cukai? atau pemilik rumah yang membina rumah lebih dari 2 tingkat perlu bayar cukai dinding? atau console PS3 dinaikkan harganya?...hmmm baru aku perasan, tu semua milik orang-orang berada. Barangan orang yang berada kita tak caj apa-apa. Kalau nak untung banyak, kita kena 'rembat' dari golongan yang ramai. "Alaa... orang kita...apa ada hal. Naikkan gula ke, tol ke, roti ke... mereka mesti undi punyalah...eh silap...mereka mesti beli punyalah!!!"


Info:Harga roti biasa naik 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.



p/s: Aku dah agak dah masa gula kena catu 2-3 bulan lepas. Ramai yang kata gula dalam kawalan, harga akan maintain. Tapi..??? Tipah tertipu lagi...

Blog Widget by LinkWithin