Pengikut Awan

Friday, January 15, 2010

Biar dia orang mati...

Berapa ramai antara pengunjung yang terlibat dengan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan? atau bekerja dengan syarikat yang ada pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan? atau paling selebet pun pernah nampak signage mcm nie:


Hmm...Safety First. Kalimah keramat dalam pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Mungkin agak mengerutkan dahi pengunjung yang tidak tahu pun akan kewujudan bidang ini di sektor pekerjaan. Untuk bahasa yang mudah difahami, bidang ini menguruskan tatacara bekerja secara selamat dengan langkah-langkah dan pematuhan yang betul kepada para pekerjanya. Kadangkala susah juga apabila aku balik kampung dan orang bertanya "Ko kerja apa?". Bidang ini memang agak sukar kepada mereka yang tak tahu menahu tentangnya.

Berbalik kepada kalimah 'Safety First'. Apakah ianya penting?

Bagi kebanyakan mereka yang bekerja dengan sektor dari negara-negara eropah, Safety adalah perkara yang didahulukan. Dalam apa jua acara, safety first. Hinggakan sampai pada tahap, membawa anak-anak bermain basikal di taman pun, safety gear perlu dipakai. Bagi mereka yang biasa menaiki kapal terbang, safety briefing akan diberikan terlebih dahulu sebelum berlepas. Tetapi kebanyakan kita lebih teruja melihat pramugari cantik menunjuk ajar daripada mengambil tahu picu yang mana perlu ditarik bila memakai pelampung keselamatan..hmmm

Ya...di negara kita, kalimah Safety First hanyalah sekadar kalimah. Secara azalinya, orang kita amat jauh daripada mematuhinya. Mesyuarat keselamatan memang semata-mata kerana nak follow regulation. Tiada keikhlasan langsung. Yang penting sekali sebenarnya, kerja kena jalan, kos kena kurang dan untung berlipat kali kajang. Kalau ada dateline, kalimah ini sesuai ditukar kepada 'Safety Last!'...atau last minute. Berbanding report-report yang berkenaan dengan cost dan profit. Lajuuu... jer...on the dot. Kekadang berlumba-lumba siapa yang nak hantar paling awal.

Apalah nasib 'Safety First'...Aaaaahh....forget it...

"Kalau itu pekerja mati, kita masih boleh kerja lagi...tapi company rugi kalu, boss kasi kita berenti kerja!"

p/s: Semak nak pikir lagi pasal benda-benda nie...elok serahkan pada orang lain. Aku cuma mahu bersedih atas kematian orang, aku tak sanggup lagi nak menyiasatnya.

4 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

A. Hamid Halim said...

Suka bila dengar safety first.
Bila kita launch zero accident campaign maka itu lah bermulanya accident yang tak henti-henti... hehe...

Kona said...

3 K 1 U..ni yg biasa di dengar dan dipesan bila nak pergi bereakrasi satu ketika dahulu....

Keselamatan
Kawal diri
Kerjasama....dan

Usaha.....

tetap menjadi keutamaan...

aemone said...

if balik kampung..dengar safety org ingat jadi JAGA, masuk kawasan industri..jadi MATA2 Gelap kononye@Anjing@Balaci@Spy Toncit dan sewaktu denganya..huhuhu...sedey bro, sedey

Hahn 3rd said...

Thanks kengkawan kerana memahami apa itu safety....dan apa itu peritnya jadi balaci

Blog Widget by LinkWithin