Pengikut Awan

Friday, January 1, 2010

Ramai yang sukakannya...

Ramai yang sukakannya,
tinggi kualiti,
Gardenia...sungguh enak dimakan begitu saja...,
Sungguh enak dimakan begitu saja...,


Hari pertama tahun baru. Tiada lagu yang terngiang-ngiang di telinga melainkan lagu roti Gardenia. Roti Gardenia memang sedap dimakan begitu sahaja. Tetapi lebih sedap dimakan cicah kari semalam. Perghhh.... kalau ada kuah asam pedas semalam pun dah kira meletup. Makan atas pangkin bawah pokok petang-petang...


Paling singkek pun letak marjerin dan tabur gula. Tu biasanya mak bekalkan masa pergi sekolah. Biasalah, kalau awal pagi, kekadang mak tak sempat nak buat mee hoon goreng atau mee goreng. Nak buat nasi lemak pun biasanya kena tunggu hari isnin, sebab hari ahad ada masa nak cari daun pisang. Untuk tidak membuatkan anak-anaknya muak dengan marjerin, kekadang dibuatnya roti telur (rendam roti dalam telur yang dah dikocak, kemudian digoreng). Itu kalau dah sejuk pun masih sedap dimakan. Sesekali jer mak akan bekalkan roti sandwich sardin, itupun jika ada lebihan lauk sardin dihari sebelumnya.

Itu style orang-orang miskin lerr melahap roti-roti nie. Kalau dah tahap atasan tu biasanya roti bakar dengan jem strawberi. Jarang giler tengok orang-orang berkemeja dan bertali leher dan ber'BMW' duk gulung roti dan celup dalam teh tarik kemudian makan. Kena ada klasss...

Itulah roti...walau bukan makanan asasi tetapi menjadi antara keutamaan setiap orang. Baik yang berpendapatan rendah atau tinggi, semuanya perlukan roti. Kerana ianya sesuatu untuk dimakan....dan manusia perlu makan.

Tapi kenapa menda-menda yang terlibat dengan makanan selalu jadi mangsa kenaikan harga? Aaaaaahhh....berilah apa-apa alasan pun. Itu barang makanan beb...kenapa aku tak pernah dengar pun harga tali leher dinaikkan? atau harga pen Parker naik pada 1 haribulan? atau harga dompet kulit dikenakan cukai? atau pemilik rumah yang membina rumah lebih dari 2 tingkat perlu bayar cukai dinding? atau console PS3 dinaikkan harganya?...hmmm baru aku perasan, tu semua milik orang-orang berada. Barangan orang yang berada kita tak caj apa-apa. Kalau nak untung banyak, kita kena 'rembat' dari golongan yang ramai. "Alaa... orang kita...apa ada hal. Naikkan gula ke, tol ke, roti ke... mereka mesti undi punyalah...eh silap...mereka mesti beli punyalah!!!"


Info:Harga roti biasa naik 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.



p/s: Aku dah agak dah masa gula kena catu 2-3 bulan lepas. Ramai yang kata gula dalam kawalan, harga akan maintain. Tapi..??? Tipah tertipu lagi...

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Tengku Speki said...

harga roti pon naik eh?
isk iskk

Kona said...

agak2nya bai or babu(panggilan manja adik aku kat bai yg jual roti naik moto) pun akan naikkan harga 'roti bai' dia tak?..penangan harga gula yg naik or harga tepung yg naik nih?
hmm...nasib baik masih dapat makan nasik...nasik dgn telur goreng je pun sedap...

Blog Widget by LinkWithin