Pengikut Awan

Monday, November 9, 2009

Jaguh Kampung Kedaung...

Mungkin agak terlewat (typical writing) aku mengupdate entri kali ni. Agak sibuk hujung minggu. Maklum lerr...hidup aku bukan bernafas menggunakan broadband, tapi gunakan oksigen dan jugak memerlukan manusia-manusia untuk bertogether-gather...

Sabtu lalu, final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Result? Negeri Sembilan menang 3-1. Syabas team Negeri Sembilan. Aku bukanlah orang yang berasal dari nogori, tapi Wan Jamak Wan Hassan tu antara coach yang aku salute masa team Johor gah dolu-dolu. Termasuk jugalah defender Idris Karim. Dulu beliau antara tonggak pertahanan Johor yang kini dah berusia 32 tahun.

Kelantan tewas...adat permainanlah, memang ada yang menang dan ada yang kalah. Aku bukan ingin menjadi prejudis kepada penyokong Kelantan. Tidak sesekali...

Ramai yang tahu, kita pernah menjemput beberapa pasukan terhebat dunia untuk bermain di negara kita. Malas laa nak sebut pasukan syaitan tu... Rata-rata 'warna' di stadium akan berubah menjadi merah, walhal pasukan negara berjersi kuning. Waktu itu, penyokong-penyokong bersorak girang bila pasukan pelawat tu menjaringkan gol...bangga menunjukkan keratan tiket kat kawan-kawan yang tak pergi tengok. Penuh FB dengan foto-foto kat stadium...hmm...pelik ya? Mana penyokong-penyokong fanatik liga tempatan masa tu? Kenapa tak dibaling jer kepala setan merah tu dengan kerusi ker, mercun bola ker...? Atau sebenarnya masa tu nak baling botol mineral kat pemain negara sendiri jer?

Foto Berita Harian Online

Pelik...kita terlalu fanatik hanya di dalam negara. Tapi bila kita bertemu orang luar, kita jadi pengecut, takut, tersipu-sipu dengan kejaguhan orang lain. Baling jer lah kepala Wayne Rooney tu...biar berdarah-darah, melimpah ruah...

Kelmarin petang, aku menyaksikan ulangan perlawanan Arsenal menentang Wolverhampton...kena titik pasukan Wolves dengan Arsenal 4-1. Tapi, penyokong Wolves hanya memegang kepala sendiri, ada jugak yang menekup muka dan ada jugak yang bergenang airmata...itu sahaja. Ya...anda mungkin akan mengaitkan bolasepak England dengan samseng hooligan...tapi itu kan semangat nasionalisme orang England terhadap pasukan negaranya. Kalau untuk liga inggeris tempatan, mereka sayangkan stadium dan kerusi-kerusinya...

Dan kalau benci sekalipun, jangan rosakkan harta awam...buat jer macam nie.
Kan lebih terhina...lebih-lebih lagi bila kengkawan MU datang rumah.

p/s: Kesian tengok mamat yang padamkan api dengan fire extinguisher malam tu. Dia pun kena baling dengan botol mineral. Apalah salah dia? Kita dengan orang kita berani lerr...cuba dengan orang luar...Nak kawin pun dengan orang Sudan laa, Bangladesh laa...

Saturday, November 7, 2009

Potong Connection...sebut betul-betul

I dont want much,
I just want everything
Thought that I could,
do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye,
it's just another day
Telling me why,
I'll find another way
Got this feeling,
got me reeling
I can almost start believing

Now theres me and you,
you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

"Through My Window"
Bunkface


TM minta kita berhubung, get connected...tapi P1 Wimax mintak kita potong pulak. Hmmm...macam-macam. Tapi punya laa gedabak Wimax punya modem...tu kalau usung sana sini entah macam apa ntah. Elok untuk letak kat rumah jer...Kalau nak bawak jejalan, boleh lerr ambik P1 Wiggy. Macam nak promote P1 pulak dah...
Apa-apa pun...macam aku selalu cakap...Walau secanggih mana pun teknologi, tapi kalau dah memang malas nak berkawan, malas nak bersilaturrahim dan memang malas nak tengok dan dengar suara kita, maka semua ni sama macam sampah. Membazir jer beli...elok disimpan jer duit tu buat beli batu nesan dan upah orang buat kenduri tahlil bila mati nanti. Buat ler istiadat pengkebumian besar-besaran...

p/s: Aku tetap dengan Celcom X-Pax dan Celcom Broadband...berbaloi-baloian...

Friday, November 6, 2009

Tempe hari Jumaat...

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.

Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".

Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia merasa tertekan seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika.

Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
p/s: Ramai orang tak suka makan tempe. Sebab tempe menandakan keJAWAan yang amat dahsyat. Sedangkan tuhan sendiri tak pernah membezakan orang yang makan tempe atau tidak. Bukankah susu soya bean, kicap cap kipas udang dan pucuk tahu juga adalah dari spesis yang sama?

Tuesday, November 3, 2009

Bukan aku yang kata...

Bosannya.....

Nak masukkan data, nak buat recommendation, bos pulak call dari HQ...penat...

Penghujung petang, masuk jap FB. Jumpa laa application 'Ada Apa Dengan Nama' nih. Try test tengok apa yang keluar...
Hmm...kebetulankah?

Ditengah kesempitan otak dengan paperwork, keluar pulak result macam nie. Betul-betul menguji pendirian aku. Samada aku nak publish atau skip kat wall post...ambik masa berminit-minit jugaklah. Sempat gak aku keluar melepaskan asap yang berkepul-kepul.

Lastly, aku click publish jugak. Just see what happened...

p/s: Aku hanya serangga...di taman belantara...di taman belantara.....

Blog Widget by LinkWithin