Pengikut Awan

Friday, August 21, 2009

Sengaja aku puasa atau sahaja...?

Bulan berlapar dah tiba lagi. Umat Muslim akan menahan lapar dan dahaga serta dugaan-dugaan lain. Istilah puasa yang yok, lada terselit kat gigi, sendawa ditengahari buta akan mula kedengaran.

Surau-surau pun dah mula sibuk membeli lampu kalimantang baru. Sejak setahun lalu lampu-lampu tu tak bertukar. Kadang yang menyala cuma bahagian imam dan saf yang pertama.

Yang kaki niaga dah start memasang gerai. Target boleh raya sakan Syawal nanti. Harga makanan kat pasar ramadhan??? Dah macam makan kat hotel. Lebih afdhal kalau berbuka dengan air milo dan kurma semasa azan maghrib dan kemudian pekena nasi paprik dengan teh o suam selepas solat kat restoran ala thai. Harga makanan kat restoran tak berubah samada ramadhan atau bulan-bulan yang lain.

Mak bapak pula akan berkira-kira untuk 30 hari yang mendatang. Iaitu menjelang 1 Syawal. Baju anak-anak, langsir, kasut dan duit raya. Semua perlu dikira dan dipastikan lebih hebat dari jiran-jiran. Mulalah jugak peperangan dalam rumahtangga mengenai kampung mana perlu balik tahun ini. Yang baru kawin, gaduhnya agak senyap...kadang-kadang melalui sms jer...tapi yang dah lama kawin, yang pinggang bini dah lebih bidang dari bahu, gaduhnya agak hebat.

Rumah anak yatim dibulan begini, mewah dengan KFC, sate, aiskrim dan artis. Kadang-kadang dapat makan free sampai sahur. Tapi biasanya bukan 30 hari dalam ramadhan mereka dapat makan sedap macam tu. Mungkin sekali sahaja dalam bulan ni. Nak jumpa artis yang sama tahun depan pun lom tentu. Yelah...artis tu bukan duta rumah anak yatim tapi duta kosmetik atau kopi.

Hmm... itulah senario bulan Ramadhan. Saban tahun ia berulang-ulang. Tanpa seorang pun mampu mengubahnya. Nawaitunya hanya pada keinginan atau nafsu untuk kaya, untuk bermegah, untuk glamour....dan objektif Ramadhan sebenarnya tak pernah tercapai...

Yang dapat...itupun kalaulah dapat...hanya lapar dan dahaga dan sesetengah tu lapar rokok...

Selamat Berpuasa Cara Orang Kita...

p/s: Tahun nie masihkah orang membeli-belah di kedai kain Tangkak? Dengarnya ada yang meninggal kena H1N1 kat area tu... Orang kita masih tak sama dengan orang-orang yang dah maju... Sebelum nie, tiap-tiap hari dilaporkan tentang mangsa yang dijangkiti, orang-orang kita berjalan tak tutup mulut. Sekarang ni purata 2 kematian sehari, pun masih tak pakai jugak???

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin