Pengikut Awan

Thursday, August 27, 2009

Berbuka dalam 25 jam...

Minggu pertama puasa. Tahun nie dapat jugak aku memulakan majlis berbukaan dengan keluarga di kampung. Biasanya aku sibuk dan ditengah-tengah bulan ramadhan barulah berkesempatan.

Di pertengahan minggu atau lebih tepat pada hari Rabu, terasa lamanya masa berlalu...

Hari tu terasa nak berbuka di luar sahaja. Malas nak berjalan-jalan di Param (Pasar Ramadhan). Malas nak memilih-milih. Tekak tetiba menyeru untuk merasai makanan berkari pada hari itu. Dan aku patuh pada kehendak tersebut...

On the way dari Muar hendak ke Kluang, aku singgah di daerah Batu Pahat. Memandangkan masa berbuka dah hampir tiba, aku singgah di sebuah restoran mamak. Yelah...nak cari kari, mesti ler pergi ke tempat yang pakar masak kari.

Tapi...terasa lamanya masa berlalu...

Waktu berbuka puasa area Batu Pahat adalah lebih kurang 7.17 malam. Aku dah duduk disitu jam 6.45 petang. Orang pun tak berapa ramai, mungkin minggu pertama dan kebetulan cuti sekolah, maka ramai yang masih di kampung dan ingin merasai air tangan mak masing-masing. Aku duduk memandang tv, sesekali menekup mulut dan menggoyang-goyangkan kaki...

Masa terasa amat lama...

Jam dah pun hampir 7.17 malam...maka bersedialah untuk berbuka. Hidangan nasi putih, kari kambing, kacang panjang goreng, ayam goreng dan acar timun menjadi pilihan aku hari itu. Bolehlah dikatakan inilah standard lauk kat kedai mamak. Kalau ada telur ikan atau telur sotong goreng, memang aku belasah banyak-banyak...

Dan masa berbuka pun terasa lama...

Cukup lama rasanya berada di kedai itu. Masa mungkin agak lambat pada hari Rabu itu. Di alam misterikah aku? Atau inikah tandanya malam lailatulqadar? Merepek jer..baru puasa kelima... atau aku sememangnya malas...

Sempat aku rakamkan gambar restoran tu sebelum aku masuk. Mungkin itulah sebabnya...masa berlalu amat perlahan...


p/s: Maknanya 7-eleven dan McDonald masih ketinggalan. Mereka masih kurang rajin bekerja berbanding Al-Azhar Corner iaitu kurang sejam...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin