Pengikut Awan

Monday, August 17, 2009

Dunia ini tidak rata...

"Mana boleh...susah ler nak buat"

"Ko ni bagi idea merepek jer...tak logik langsung!"

Seringkali kalimah-kalimah ini kita dengar bila seseorang memberikan cadangan atau pandangan tentang sesuatu perkara. Atau bila kita cadangkan supaya sesuatu itu kita buat menjadi lebih baik. Atau bila kita bagi idea yang menjangkau pemikiran manusia lain.

Biasalah...lebih-lebih lagi orang kita. Selalu benar mengatakan ini tak boleh buat, itu tak masuk akal. Ada saja yang tak kena. sedangkan sejak zaman nenek moyang telah wujud frasa 'Belum cuba belum tahu'. Kekadang tu, dicubanya pun belum tapi dah bagi kesimpulan.

Aku tertarik dengan satu frasa yang mengatakan:

"Those day, people think that the world is flat. But after sometimes, they discover that the world was round shape."

Gunalah ayat ini kepada mereka yang suka sangat bagi alasan tak nak buat. Biar mereka fikir. Tapi kalau dah memang spesis malas nak berfikir, maka frasa ini tak memberi apa-apa makna pun.

Menurut sejarah, sejak berjuta-juta tahun dulu, manusia berpendapat yang dunia ini rata (flat), tetapi apabila Christopher Columbus melakukan pelayarannya, maka teori dunia ini rata adalah salah sama sekali. Beliau berusaha dan akhirnya mencatatkan diri sebagai manusia yang menyangkal teori sejak berjuta-juta tahun dulu. Kerana apa? Kerana dia sanggup berlayar dan sanggup meredah tentang apa yang dianggap mengarut pada waktu itu. Sedang yang berada di daratan hanya duduk, makan dan berak ditempatnya tanpa mahu bekerja lebih merubah kehidupan.

Inilah bezanya manusia dengan manusia. Yang ramai hanya suka 'copy dan paste' sahaja. Tak mahu langsung berfikir jauh. Bila tengok iklan Bio Aura, kita gelak dan buat lawak. Tapi yang gelak-gelak tu kebanyakannya hanya melengkar depan tv, berkain sarung tanpa baju dan mempunyai kipas siling yang berbunyi ketuk ketak ketuk ketak...ada kereta pun entah kereta second hand atau dah one hundred hand. Masih terperosok dalam kategori semekin.

p/s: Kesal jugak apabila frasa Malaysia Boleh tu dibuat bahan lawak. Tapi bila difikir-fikir, ramai yang apabila disuruh, pantas menjawab 'Boleh'. Tapi tunggu dekat setahun pun tak siap-siap. 'Boleh' tu sekadar cakap je ker?

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin