Pengikut Awan

Tuesday, April 28, 2009

Haaachoomm!!!...excuse me...hins hins...

Dunia sekali lagi diancam penyakit. Kali ini 'icon'nya adalah babi. Tak lama dulu burung-burung dan ayam-ayam juga dijangkiti selsema.

Mutasi virus menyebabkan berlakunya pembunuh senyap ini. Tak dapat dielak, semakin manusia maju, semakin banyak kewujudan benda-benda pelik didunia ini. Teringat pulak pada cerita X-Files. Banyak mutasi yang terlepas dari sangkar. Dan mutasi-mutasi ini sering membunuh manusia lain. Adakah H5N1 juga adalah kegagalan saintis yang berjaya meloloskan diri dari 'penjara'nya...atau satu bentuk senjata yang baru? Entahlah...ini semua teori belaka.

Betapa susahnya kehidupan seharian. Kita ada penyakit tangan, kuku dan mulut, kita ada selsema burung, kita ada selsema babi...kita ada dengar ikan yang di suntik formalin untuk mengekalkan kesegaran, buah-buahan import disalut lilin, bawang goreng yang digoreng dengan straw...sayur-sayuran pula banyak yang disiram dengan racun makhluk perosak. Apa yang kita boleh suapkan pada mulut kita sekarang nie?

Tengok pada piramid makanan. Dah tak tahu lagi mana satu yang betul atau mana satu yang sihat. Biasanya kita dengar orang makan kerana nak hidup, tapi sekarang macam nak membunuh diri secara perlahan-lahan. Kita dah terperangkap!!!

Eloklah kalau kita menggalakkan pertanian sihat daripada pertanian untuk mengejar keuntungan semata-mata. Hehehe...korang ingat ada ke orang yang nak ikut. "Tak da untung mana boleh idup maa". "Hmm...kalau lu tanam tapi nanti ramai yang mati macam mana?". "Itu dia punya pasal laa... semua olang mati jugak satu hari maa"...mentaliti yang tak akan berubah sampai bila-bila.



p/s: Mana laa orang nak tanam sangat sayur kat laman rumah. Mereka lebih suka tanam bunga. Bior rumah nampak cantik dengan orkid dan ixora. Kalau tanam sayur nie nanti nampak kekampungan pulak...

Friday, April 24, 2009

Aku tersentuh dan menangis...



Setelah mengikuti rancangan 360 yang lalu, aku mencari-cari youtube yang disiarkan di laman web.

Sial, binatang dan semua yang carut-marut aku 'doa'kan kepada pembantu rumah yang bentuk sahaja sebagai manusia tetapi mungkin kulitnya kita diharamkan menyentuhnya.

Budak kecil...apa yang mereka tahu? Mereka masih bodoh...dunia mereka hanyalah bermain dan cuba mempelajari dan ingin merasai sesuatu. Kalau mereka buat salah sekalipun, cukuplah dengan menegur dan jika hendak memukul, pukullah dengan nawaitu ingin mengajar.

Pandang betul-betul mata kanak-kanak kecil yang sedang menangis. Adakah anda perasan yang pandangan mata mereka adalah pandangan mata rayuan, pandangan mata kesakitan...berbanding dengan orang dewasa, apabila menangis, mata mereka penuh sifat benci, sifat dendam. Kita yang dah besar nie kalau mati, neraka mungkin pasti tapi syurga belum tentu. Tetapi kanak-kanak, terus menjadi ahli syurga.

Kalaulah aku boleh menyiasat, mengenal pasti dan menyusuri keluarga pembantu rumah nie, akan aku balas perbuatannya semula...mungkin pada anaknya sendiri. Biar dia duduk melutut dengan tangan terikat memerhatikan sepak terajang aku pada anaknya pula. Bodoh punya orang...

Kalau ada yang menghantar anak-anak ke taman asuhan, sesekali pergi laa mengendap apa yang berlaku kat sana. Manusia ni, kalau depan kita, senyumannya manis sampai telinga. Kita keluar sahaja, muka mereka dah bertukar jadi setan. Kalau muka sahaja tak mengapa, tapi dengan perangai sekali. Elok juga kalau pasang cctv kat taman-taman asuhan sebegitu.

p/s: Ini untuk kanak-kanak yang belum akil baligh. Yang dah besar-besar dan bersekolah tu memang elok ditangan-tangankan. Dah makin jahat aku tengok budak-budak sekolah sekarang nie. Tapi disebabkan undi punya pasal, biarlah mereka dan ibubapa mereka nie dipelihara sebaik-baiknya. Yang dipersalahkan, semua guru-guru...cheh!

Saturday, April 18, 2009

Santai bersama cikgu...

Sekadar buat anda tersenyum...


Relevankah Handset di sekolah?


Makanan Merbahaya


Guru Sukan


English Science


English


Rukun Negara


p/s: Cikgu cikgi jangan marah lak yer...sekadar penyendal gusi jer...

Thursday, April 16, 2009

Taik ayam yang dah lama sejuk...

Kalau ianya berlaku...kerap kita mendengar alasan. Samada tak mengaku salah atau masih nak mengatakan diri mereka baik. "Yang buat tu seorang dua, tapi kenapa kami yang dipersalahkan? Kami patuh pada peraturan..."

Yup...memang lerr...tapi siapa tahu bila kita nak mati? Siapa tahu bas mana yang nak eksiden? Dan siapa tahu hari ni bas nak langgar siapa?

Kelmarin dengar berita bas eksiden dan penumpangnya mati. Hari ni bas langgar orang dan bukan penumpang pula yang mati. Apa dah jadi ni beb? Siapa nak tanggungjawab ni? Mana perginya undang-undang?

Saya percaya, kita terpaksa menarik tali pinggang keledar belakang apabila menaiki kereta. Bagus...ini undang-undang yang bagus dan aku setuju. Tapi, bagaimana yang dah ada lapan saman? LAPANNNNN SAMANNNNN..... Masih boleh bawak bas. Bukan sorang dua yang naik bas.

Apa semua ni? Mak sapa pulak yang akan mati lepas ni masa naik bas? Kalau mak pemandu bas yang eksiden tu takper laa...ni mak orang lain.

Aku rasa penumpang ada hak untuk periksa pemandu bas lepas ni. Sebelum naik, periksa rekod traffik, lepas tu suruh pemandu bas buat ujian alkohol, lepas tu check tubuh badan (mana tau ada kesan jarum suntikan), lepas tu check tekanan darah, lepas tu check pulak pemandu kedua dengan ujian yang sama. Semua tu dibuat dihadapan semua penumpang. Meter kelajuan pula dipaparkan disemua tempat duduk. Kalau laju, kita boleh kutuk dan hina pemandu dengan kata-kata kesat (kalau nak kutuk mak bapak dia pun boleh). Letak pula scanner mengantuk pada pemandu...kalau mengantuk keluar siren berbunyi "WOI...KALAU NAK TIDO BALIK RUMAH...JANGAN BUNUH ORANG LAIN!!!"



Memang mengarut idea bodoh aku ni...tapi kalau tengok keadaan yang berlaku sekarang...siapa lagi bodoh?

p/s: Wanita jangan naik bas sorang-sorang...nanti kena rogol. Ingat peristiwa yang berlaku dulu. Biar pemandu jadi ayam, tapi kita jangan jadi tahi yang hanya hangat bila dah terberak...tapi lama-lama sejuk. Biar kita jadi pisau...panas ker...sejuk ker...boleh kita sembelih ayam tu buat rendang

Tuesday, April 14, 2009

Berpesan-pesan...

Aku jumpa pengisian ni dalam kotak email lama-lama....sajer nak post kan kat sini untuk renungan bersama.

" Saling berpesan-pesan untuk ke arah kebaikan"

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

p/s: Wallahua'lam...mengingati mati tu baik...lebih-lebih lagi kalau dirasakan banyaknya dosa telah dipikul.

Friday, April 10, 2009

Kata Datuk...

Datuk Dr. Fadilah Kamsah pernah berkata:


"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA.

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja(report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan...kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat...kita withdraw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki...nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungilah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...




"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Sunday, April 5, 2009

Kecil Tapi Kental...

Pagi minggu yang segar...agak sibuk hari ni. Semalam buat transformasi pada kereta. Full body kit terbaru. Hari ni cari bengkel cat dan ekzos. Tapi transformasi masih belum siap sepenuhnya. Agak popular pulak wording transformasi sekarang nie.


Belek-belek paper Berita Minggu hari ni, tertarik dengan cerita Firdaus, 20 tahun, di muka surat 4 bmdua. Terdetik rasa simpati tetapi bangga dengan keupayaan Firdaus. Disebalik kekurangan yang ada pada diri, tetapi pada usia 20 tahun telah berjaya memiliki kedai komputer sendiri, I-Tech Technology. Cuba kita selak-selak diari kita sendiri. Dengan tubuh kita yang normal, apa yang kita ada semasa usia kita 20 tahun? Ya..mungkin ada yang masih study..all right. Fair enough. Tapi cuba selak balik pada usia 25 tahun. Apa yang kita ada?...mungkin sebuah EX5 atau paling hebat pun Kancil.

Ok lah...sambung kisah Firdaus. Setelah tamat kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Pusat Giat Mara Segambut, beliau melalui waktu sukar dalam hidupnya. Beliau telah menempuh 11 temuduga tetapi gagal, oleh kerana keadaan fizikal beliau.

Tetapi berkat usaha yang tak kenal jemu, akhirnya beliau berjaya membuka kedai komputer beliau sendiri dengan memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM3000 sebulan. Mungkin ada yang sinis mengatakan bahawa kejayaan beliau hasil bantuan Pusat Giat Mara yang membantunya menyewa kedai dan peralatan, tetapi pedulik lah apa orang nak cakap. Dia orang yang mengata tu pun masih tak kemana. Masih teraba-raba mencari hala tuju hidup. Sebahagiannya lebih suka mencari tokan ganja...

Aku sedih melihat orang kita yang kurang normal, sukar mendapat kerja dalam negara sendiri. Kalau orang tu pendek, pekak, bisu, sumbing...tak layak untuk bekerja hatta untuk datang temuduga sekalipun, tidak akan dibenarkan.

Aku bekerja dengan industri yang banyak menggunakan pekerja asing. Mereka ini tak perlu duduk menghadiri temuduga. Apa yang ejen pekerjaan hantar, kita terima mereka bekerja. Selepas setahun bekerja dan bila diadakan pemeriksaan kesihatan, ramai yang terpaksa dihantar balik kerana Hypatatis B, Siplis, TB dan lain-lain. Tak apalah...mereka nie boleh dibayar gaji murah. Company boleh dapat untung lebih sikit. Orang kita dituduh terlalu meminta-minta. Logik laa sikit...orang kita kalau nak kawin perlukan RM12 ribu untuk menjayakan majlis. Tetapi kalau di Indon, duit kita RM1 ribu tu dah siap dengan lembu seekor, ayam 10 ekor, beras, khemah dan lain-lain persiapan perkahwinan.

p/s: Pernah kena tegur dengan Mat Bangla yang jadi jaga apartment kawan aku sebab salah parking. Siap tunjuk-tunjuk dengan cotar dan mencekak pinggang. Kita kena ikut cakap dia...walhal kita pernah nyanyi lagu yang ada lirik 'Negaraku....tanah tumpahnya darahku....'

Thursday, April 2, 2009

Mereka berlakon lagi...

Cerita ini berulang lagi...dan lagi...dan lagi...hipokrasi dan janji yang susah nak menjadi. Watak dan skrip tetap sama.



Kali nie pentasnya di tiga kawasan. Dua di semenanjung dan satu di Sarawak. Entah kenapa, menyampah pun ada, tapi mata tetap nak tengok kaca tv. Melihat mereka mengusap kepala kanak-kanak yang entah dah mandi ke belum. Duduk kat dapur yang berasap kayu sambil menahan pedih mata. Melihat kedaifan dan kemiskinan yang menjerat manusia dengan tali-tali di perigi. Duduk dikerusi kayu yang tiada penyandar.

Apa pula yang terjadi bila diisytiharkan juara?

"Dato', hari ini jadual melawat perkampungan asli jam 3 petang", beritahu Setiausaha yang agak bergetah.

"You call ketua cawangan, ada berapa orang yang datang? Kalau cuma 200 orang, you mintak dia ganti tempat I", jawab Dato'.

Dan apa lagi yang berlaku?

"Perasmian balairaya nie nanti panggil catering ke atau orang kampung yang masak?", YB bertanyakan PA nya.

"Dengar cerita, orang kampung pakat masak ramai-ramai Dato'", jawab PA

"Kamu mintak diaorang order catering yang biasa kita order tu, lepas makan aku boleh terus balik. Malaslah nak pedih-pedih mata kena asap", jerit YB.

Dan yang biasanyer...

"YB, kampung kita masih belum dapat peruntukan air lagi nie. Dari masa merdeka sampai sekarang masih pakai air perigi", minta Ketua Kampung yang dalam cakap-cakap di telefon.

"Apa-apa hal, awak tanya PA saya yer...saya dah hantar proposal dah. Kalau diaorang tak lulus, saya tak boleh buat apa-apa", jawab YB dalam kereta Mercedes ber'air-cond' dan bercermin gelap.

p/s: Masa aku sekolah dulu, pernah dapat undi yang banyak untuk jadi ketua darjah. Tapi kalau kelas bising, guru besar cari aku dan marah kat aku. Takkan aku nak menghampakan rakan-rakan sekelas yang dah mengundi aku. Aku tak marah pun dia orang yang buat bising.

Blog Widget by LinkWithin