Pengikut Awan

Thursday, April 2, 2009

Mereka berlakon lagi...

Cerita ini berulang lagi...dan lagi...dan lagi...hipokrasi dan janji yang susah nak menjadi. Watak dan skrip tetap sama.



Kali nie pentasnya di tiga kawasan. Dua di semenanjung dan satu di Sarawak. Entah kenapa, menyampah pun ada, tapi mata tetap nak tengok kaca tv. Melihat mereka mengusap kepala kanak-kanak yang entah dah mandi ke belum. Duduk kat dapur yang berasap kayu sambil menahan pedih mata. Melihat kedaifan dan kemiskinan yang menjerat manusia dengan tali-tali di perigi. Duduk dikerusi kayu yang tiada penyandar.

Apa pula yang terjadi bila diisytiharkan juara?

"Dato', hari ini jadual melawat perkampungan asli jam 3 petang", beritahu Setiausaha yang agak bergetah.

"You call ketua cawangan, ada berapa orang yang datang? Kalau cuma 200 orang, you mintak dia ganti tempat I", jawab Dato'.

Dan apa lagi yang berlaku?

"Perasmian balairaya nie nanti panggil catering ke atau orang kampung yang masak?", YB bertanyakan PA nya.

"Dengar cerita, orang kampung pakat masak ramai-ramai Dato'", jawab PA

"Kamu mintak diaorang order catering yang biasa kita order tu, lepas makan aku boleh terus balik. Malaslah nak pedih-pedih mata kena asap", jerit YB.

Dan yang biasanyer...

"YB, kampung kita masih belum dapat peruntukan air lagi nie. Dari masa merdeka sampai sekarang masih pakai air perigi", minta Ketua Kampung yang dalam cakap-cakap di telefon.

"Apa-apa hal, awak tanya PA saya yer...saya dah hantar proposal dah. Kalau diaorang tak lulus, saya tak boleh buat apa-apa", jawab YB dalam kereta Mercedes ber'air-cond' dan bercermin gelap.

p/s: Masa aku sekolah dulu, pernah dapat undi yang banyak untuk jadi ketua darjah. Tapi kalau kelas bising, guru besar cari aku dan marah kat aku. Takkan aku nak menghampakan rakan-rakan sekelas yang dah mengundi aku. Aku tak marah pun dia orang yang buat bising.

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

aH Lian~@cik ian cumel said...

uh,
entry bebrbaur
politik...
lariikkkk~

Helmi Abdul Halim said...

This is the consequence of the leader chose by how they could talked, could convince, and how much they could bribed..and be bribed..all the same..red green blue..

Blog Widget by LinkWithin