Pengikut Awan

Saturday, October 3, 2009

Tukar selera sket...

Bosan jugak mengadap laptop saban hari ni. Macam takde keje lain, macam ketagih. Time kerja dah mengadap, kat rumah mengadap dan kekadang kat kedai makan pun sempat mengadap. Mungkin ini dah jadi trend kehidupan sekarang. Tanpa laptop kerja tak jalan, tak boleh nak buat bayaran online, tak boleh nak contact member dan mungkin tak ada style kalau tak berlaptop.

Aku ditakdirkan mempunyai 2 buah laptop dan satu PC untuk digunakan. Untuk ACER Aspire 4935 digunakan untuk mengadap menda-menda dalam internet (blog,FB,YM dan macam-macam lagilah). Untuk DELL Studio pula dikhususkan untuk dibuat paperwork kat opis. Yang PC klon tu untuk aku menembak Tie Fighter, FIFA atau Champions League (memang untuk game jer PC tu, nak cari Microsoft Office memang tak jumpa langsung. Ada sesiapa jual software mesin kuda tak? Nak gak try install...)

Dan sekian kalinya, aku agak boring mengadap 'mereka-mereka' tiap-tiap hari. Bukan boring apa, cuma mengadap paparan desktop yang agak sama jer. Aku cuba mencari kelainan. Tengok member-member dah mula pakai MAC Pro. Aku mana laa mampu. Tapi berkenan pulak dengan paparan desktop yang simple tu.

Last-last aku boleh terjumpa dengan Stardock.com .Hmm...akhirnya berubah jugak desktop aku nih. Tak laa sama jer...ngadap laptop orang lain pun sama gak. Berserabut dengan shortcut icon. Dulu desktop aku nampak macam nie :(Ada banyak shortcut icon kat muka dia...lagi banyak kalau save file kat desktop)

Sekarang dah bersih...thanks to Stardock.Com . Walaupun tak mampu nak pakai MAC Pro, at least ada style laa jugak. Lagipun menda free...

So kedua-dua laptop dah transform jadi MAC...


p/s: Keta Kancil Konoha aku dapat sticker Produa tak payah pasang talipinggang keledar kat belakang. Bahaya tu kalau bawak orang. Nak jer cabut kerusi belakang, letak speaker besar dan convert terus jadi 2 pintu. Lulus ke dengan JPJ buat macam tu?

3 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

PROFkusut said...

wahhh banyak nya laptop diaaa..!
mintak 1
lalalallaa

mrGHA said...

laptop n internet..satu keperluan kini.

Hahn 3rd said...

Prof...laptop aku tak banyak mana...tokey ACER lagi banyak dari aku

mrGHA...correct, malas nak beratur punca adanya online banking

Blog Widget by LinkWithin