Pengikut Awan

Monday, October 5, 2009

Apa pasat lu mau gaduh-gaduh...?

Isu ketidakpuashatian segelintir golongan di negara jiran nampaknya macam tiada penyudah, walaupun kita tahu negara jiran sedang mengalami malapetaka yang menyedut dan menelan beribu-ribu manusia ke dalam perut bumi. Pihak negara kita pula kedengaran berusaha keras untuk menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa disana. Mengapa madu hendak dibalas dengan tuba? Adakah kita terlalu bebal? Atau siapakah yang tidak berakal?

Isu peniruan budaya, peniruan bahasa menjadi asbab kepada tunjuk perasaan ini. Antara kita sering bergaduh oleh isu-isu yang bersifat yang terlalu domestik. Kenapa ya? Bulan ramadhan baru jer berlalu...mungkin masa syaitan ambik 'cuti semester' hari tu mereka ada meeting taktik ni kat neraka kot.

Negara jiran kita, semasa kes tsunami dulu, yang terjejas teruk adalah sebuah negeri yang digelar Serambi Mekah. Penduduk Islam terbesar juga adalah dari negara jiran. Wali Songo atau Wali Sembilan adalah wali yang sangat mashyur kalau nak dibandingkan dengan negara kita (sebab ada jugak orang kita yang boleh lupa nama kadi yang menikahkan mereka dulu). Kain sarung yang kita pakai untuk ke mesjid kebanyakannya berasal dari sana. Semua ini aku rujuk untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai kekuatan dalaman dan adalah ikon-ikon agama.

Tapi kenapa sebab tarian pendet...maka pedih hulu hati perlu ditransformasikan kepada belantan-belantan dan parang panjang?

Inilah kelemahan apabila adat lebih penting dari akidah, Gold Coast lebih penting dari umrah, tengok Astro lebih penting dari ziarah, kawin Dato' lebih penting dari rakan sekolah...

Jika kita melukiskan peta negara, maka yang perlu difikir adalah garisan sempadannya. Itulah garis yang dicipta untuk mengatakan ini tanah ku dan itu tanah kau. Itulah garisan yang membuatkan kita tak endah pada jiran sebelah. Itulah garisan yang buat kita kalah. Cuba kita petakan sempadan agama dalam globe dunia ini, adakah kita akan jumpa garisan sempadannya? Tidak jumpa bukan?

Apalah sangat isu tarian tu. Kita sama serumpun dan seagama. Kita pun meniru tulisan yang sama iaitu tulisan rumi. Kita bukan bangsa yang ada bentuk tulisan kita tersendiri seperti tulisan jawi, kaligrafi cina dan tulisan tamil. Apa yang kita tulis, semua orang boleh baca, tapi apa yang orang lain tulis, kita ternganga-nganga...

p/s: Aku boleh bertutur hanya 3 bahasa sahaja. Melayu, Inggeris dan Jawa...dan disebabkan aku boleh berbahasa Jawa, maka ada yang memperlekehkan dan ada yang tidak suka. Sedangkan semasa mereka membaca Al-Fatihah aku pun baca ayat yang sama jugak.

3 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

khasyikelvin_ said...

Inilah kelemahan apabila adat lebih penting dari akidah, Gold Coast lebih penting dari umrah, tengok Astro lebih penting dari ziarah, kawin Dato' lebih penting dari rakan sekolah...

sangat terkesan tuh...
perghhhh mujur aku
tak kawen dgn Dato'


hahaha larrrriiikkkk!!!!

Tengku Speki said...

cemana tarian pendet tu
hikkkkk
mcm2 la dowang nih!
dah takde isu lain ke ehh nak dibangkitkan..

Hahn 3rd said...

Cik Ian...cari rakan sekolah yang jadi Dato'....abis cerita

Prof...gi belajar tarian tu dengan Cikgu Linda Jasmine...kahkahkah

Blog Widget by LinkWithin