Suasana hujung-hujung hari raya masih ada sedikit lagi. Dihujung-hujung Syawal masih lagi hangat dengan program rumah terbuka sana sini. Berselisih jugak dengan majlis-majlis perkahwinan sempena cuti yang agak banyak sempena hari Depavali.
Open house...budaya yang telah diamalkan sejak lama dulu. Caranya mungkin berbeza antara satu rumah dengan rumah yang lain, antara negeri dengan negeri yang lain atau antara kampung dengan kampung yang lain. Di bandar, acaranya agak santai dan kadangkala ekslusif. Mungkin tetamu terpaksa self service, berborak sambil berdiri atau makan dibawah khemah. Di kampung (nak citer terutama kampung aku)..open housenya dipanggil bara'an atau senang dipanggil marhaban. Itu pun satu bentuk open house jugak.
Niat buat open house ni baik. Untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama tak kiralah saudara mara atau sahabat taulan. Tetapi ada kalanya ia amat menyakitkan hati terutama mereka yang dipanggil jiran. Ada ketikanya, jiran tak tahu pun yang orang sebelahnya nak buat open house. Mungkin nak surprise, tapi jika pagi-pagi buta jiran tu hendak pergi ke destinasi lain, maka dia tak akan dapat hadir. Atau jiran tersebut pagi-pagi dah keluar dan petang apabila balik, didapati ramai mengunjung rumah jiran sebelahnya. Dan disebabkan jiran itu tidak menjemput, maka 'kemalu-maluanlah' untuk dia hadir. Jadi, janganlah pulak lepas ini nak salahkan jiran sebelah dinding tak datang yer...
Yang paling teruk semasa open house ini adalah parking. Kekadang tetamu yang datang menganggap bahawa bangunan disebelah rumah open house tersebut adalah kandang kambing atau kandang lembu agaknya. Jelas sekali dihadapan rumah jiran tersebut ada pintu gate yang besar yang boleh dimasukkan kereta hatta lori 1 tan pun boleh muat. Tapi dengan selamba kataknya dia boleh parking kereta betul-betul kat depan pagar jiran. Dan apabila jirannya nak masuk, baru terhegeh-hegeh nak alih kereta. Kadang tu kereta jer Mercedes tapi perangai macam orang berkudis. Hangin jer aku..!!!
Ye...ini kisah jiranku yang buat open house. Aku tak pergi kerana aku tak diberitahu awal-awal, kebetulan aku ada urusan di Mersing dan seawal subuh aku dah keluar dan apabila balik jam 3.00 petang, ada sebiji Wira depan gate. Setelah dialihkan, baru aku dapat masuk ke dalam rumah. Jam 5.00 petang aku terpaksa keluar kerana ada urusan lain dan jam 6.45 petang aku pulang semula ke rumah...ada sebuah Mercedes pulak depan rumah. Tapi kali ini agak celaka kerana pemunyanya buat tak endah. Apa kejadahnya tuan rumah yang buat open house ni? Kereta kawan-kawannya dibenarkan sesuka hati mak bapak dia untuk parking kat rumah orang. Hati kengkawan dia jaga, tapi hati jiran...??
Peristiwa ini bukan baru berlaku, tetapi sejak tahun lalu perangai jiranku dan kawan-kawannya memang macam tu. Bangang... aku pun tak hingin nak join. Bukan apa...sepanjang setahun diaorang jadi jiran aku, hygiene dan housekeeping mereka agak teruk. Kekadang kayu dan plastik jualan makanan terjuntai sampai ke rumah aku (diaorang jual jajan depan rumah). Malam pulak kawan anak-anaknya duduk bersembang sampai memalam buta, ketawa macam setan... Selama 364 hari aku sekadar bertoleransi dengan keselekehan perangai diaorang, takkan laa bila 1 hari aku tak join open house, diaorang nak kata aku tak reti berjiran? Boleh blah laa...siapa yang tak reti jaga hati jiran sebenarnya?
p/s: Ramai yang akan berkata "Hormatilah jiran ko...hormatilah jiran ko..." Tetapi siapakah yang akan menghormati aku sebagai jiran? Adakah aku terpaksa menjadi kambing supaya kawan-kawan jiranku gembira makan karinya...??

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:
weh,
parking jejauh sikit na...
aku nak park tenggiling aku neh.
hehehe...sila...sila...hehehe...tenggiling....hehehe
Post a Comment