Pengikut Awan

Monday, October 26, 2009

Mangkuk dan Tok Imam...

Di sebuah kampung ada tiga orang remaja yang suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata,

"Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yangg disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."

Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat ler takbiratul ihram.

"Allahu akbar!"

Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,

"Aa, tengok! Sekali jee Tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai ler habis sembahyang.

Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun memuji-muji ler si Ciko ni...

Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata,

"Hehehehe, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dahsyat aku semayang. He heee..."

Tok imam terkedu...



p/s: hmmmm...nasib baiklah di Johor ada sekolah agama belah petang...tapi itupun masih ramai yang isap dadah...

5 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

cik ian@aH Lian~ said...

pergh...
ayat p/s tuh mmg terbaek wok!

PROFkusut said...

hueheuheuheuehueheuheuheu
agak2 incek hahn nih ciko ke.. budin ke... ali?

lalallalala

Hahn 3rd said...

yes cik ian...terbaeeeeeeekkkkkghh!!!

Hahn 3rd said...

prof...aku rasa, akulah pak imam ituuuuu.....

teddy_froggy said...

huwahaha...dasyat..dasyat...

Blog Widget by LinkWithin