Pengikut Awan

Sunday, September 27, 2009

Troli lembu...

Cuti raya dah tiba penghujungnya. Selepas ini akan sibuk kembali dengan sumber pendapatan. Dan dihujung-hujung percutian ini, memang biasanya kita akan kembali melepak di shopping complex. Bukan nak bersidai, tapi membeli keperluan harian yang rutin. Setelah berhabisan dengan persediaan hari raya, maka kembali mencari keperluan hidup seperti biasa.

Lokasi yang aku tuju...Kluang Mall...
Pengunjung tak berapa ramai, maka senang sikit nak mencari-cari barang dan membayar di kaunter. Tiada kesesakan seperti hari-hari biasa. Mungkin orang kita masih dengan mood raya dan mengunjungi sanak saudara.

Setelah selesai berbelanja, aku pun menjinjing beg plastik ke parking lot. Hmmm...pandangan biasa yang sering dilihat. Pengguna yang bodoh, pentingkan diri sendiri. Aku rasa bukan sekali dua dan bukan juga berlaku disini sahaja. Ditempat-tempat lain pun ada. Pengguna bodoh yang meninggalkan troli di tempat parking. Dalam kepala otak mereka, akan ada bangla yang mencari dan menyorong kembali troli-troli ini ditempatnya.

Tapi tindakan mereka ini hanya menyusahkan orang lain samada untuk meletak kenderaan atau keluar dari parking. Nama sahaja kita duduk dalam negara maju, tapi otak masing-masing macam lembu. Aku rasa pengawal yang menjaga cctv parking perlu mengambil tindakan pada orang-orang macam ni. Kenapa? Takut? Takut diaorang tak datang lagi? Hmm...yelah...sampai bila-bilalah penduduk negara kita jadi lembu.

p/s: Yang paling celaka, pernah aku tengok satu famili membukakan seluar anak kecilnya di tepi tangga shopping complex dan mengizinkan anaknya kencing di situ sahaja. Kemudian terus menuju ke kereta Mercedes Benz miliknya. Sial.....

2 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Tengku Speki said...

hueheuheuheue
sial tol la sapa yg buang troli merata2... sama la jugak mcm kencing di merata dowang tu.. huheuheue

erk .. erkk..
bila incek hahn nak tukar font ni!
rosak balikk aar mate saye...

Hahn 3rd said...

hehehe...kata dah tukar spek?

Blog Widget by LinkWithin