Pengikut Awan

Sunday, September 20, 2009

Erni..!!! Syaitan dah turunnn...

Malam raya...

Aku ke bazaar ramadhan last minute malam tadi. Terlupa beli sampul duit raya. Takkan nak bagi duit telanjang jer. Apa pulak kata orang... Punyalah ramai orang. Berhimpit-himpit. Macam-macam ragam, yang kebanyakannya mengganggu perjalanan dan mengganggu tahap kesabaran. Yang bercouple jalan macam pengantin, yang berkeluarga mengusung seluruh isi rumah, yang muda-muda cuma nak menjamu mata tanpa sesen duit kat poket...hmmm...

Teringat kata-kata mak masa aku kecik-kecik dulu. Apabila terdengar jer seruan takbir raya, maka penghuni kubur akan kembali diseksa jika masih ada kesalahan. Dan syaitan yang dirantai selama sebulan akan turun ke bumi...menyambung tugasan rutin, tanpa gaji...hanya kepuasan. Cheh!!!

Dan ketika aku melalui jalan-jalan kampung, meriah dengan mercun, bunga api dan lampu pelita. Bersinar-sinar rumah meraikan kedatangan Syawal. Anak cucu balik dari kota, ada yang membawa mercun dari bandar dan diletupkan dikampung...yelah, kat bandar kalau meletup-letup ni mana ada ruang. Lagipun jarak rumah jiran biasanya hanya dengan dinding dan pagar.

Teringat semula kata-kata mak. Benar, Syawal perlu dirai setelah sebulan kita berpuasa sebagai tanda kita mensyukuri nikmat tuhan. Tapi kalau dilihat dari udara, deretan lampu pelita tu nampak macam lampu landasan kapalterbang. Seperti memberi panduan untuk pendaratan. Pendaratan apa? Aku confuse sekejap...adakah panduan untuk pendaratan nikmat yang turun dari langit atau panduan pendaratan syaitan dan iblis ke bumi?


Terfikir semula aku...Yang mana satu lebih penting antara akidah dan adat. Adakah kemestian memasang pelita dan bermain mercun tu? Agak-agaknya mesti ada laki bini yang bergaduh sebab minyak tanah belum dibeli lagi. Atau anak-anak yang menghentak kaki sebab abah dah janji nak belikan mercun, tetapi sebab duit tambang balik kampung naik bas pun tak cukup, maka hanya mampu beli mercun pop pop jer.

Bergembira itu tak salah, tapi kalau dah meninggi suara dengan suami atau anak-anak jadi kurang hajar kerana nak bergembira maknanya syaitan dah turun lebih awal dari takbir raya.

p/s: Tengok bangla sembahyang raya hanya dengan memakai sapu tangan di kepala. Sembahyang mereka sah. Tapi kalau orang kita sembahyang tak pakai songkok, kena sumpah seranah dengan golongan tua. Apasal korang tak masuk OIC dan cakap semua bangsa yang beragama islam tak sah sembahyang kecuali orang kita?

5 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Tengku Speki said...

nak wit raye pelisssssssssssssss!!
:)

erk incek Hahn.. tulisan kat entry kasi beso skit... tak nampak... saya rabun... ihiks

Hahn 3rd said...

ermmm...rukun design mengatakan size huruf mesti selaras dengan lebih kecil dari saiz tajuk2 lain...hmmm...nanti aku try besarkan huruf2 yang lain dulu kemudian tengok apa yang boleh aku buat dengan saiz huruf entry...hehehehe...atau Prof gi kedai cermin mata jap....hehehe...

Tengku Speki said...

wakakaka..
dah dah.... minggu ni spek baru siap!!!

tp kalo tgk mende kecik2.. tak lama rosak lagi la mata ni... lalalalla

..::بشرى::.. said...

haha..bagus tulisan awk

Hahn 3rd said...

aku bukanlah yg terbaik..malah yg paling teruk...hanya meluahkan rasa dan mentafsir apa yang ada dalam kotak fikiran...dan aku selalunya menjadi minoriti dalam setiap pendapat.

Blog Widget by LinkWithin