Pengikut Awan

Friday, July 31, 2009

Ibu segala hari...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'

'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'

'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.. Siapa yang akan melindungi saya ?

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'

'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU '

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.
Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....
Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu...


p/s: Siapa yang kata nasi goreng mak dia lebih sedap dari mak aku? Cakaap...!!!? Mak aku buat nasi goreng lebih sedap dari mak orang lain tau tak...!!!

Saturday, July 25, 2009

Happy Existday Penjejak Awan...



HAPPY EXISTDAY PENJEJAK AWAN...

Hari ni 25hb Julai 2009, genap setahun kewujudan Penjejak Awan di alam cyber. Walaupun tak banyak yang mampu di luahkan, tapi sudah cukup memuaskan hati. Kalau bukan hati pembaca dan pelawat sekalipun sekurang-kurangnya ada yang dapat mengurangkan penyakit hati aku sendiri.

Sebanyak pasir di pantai, bintang di langit dan sel-sel DNA seluruh makhluk di dunia ini...sebanyak itulah juga ucapan TERIMA KASIH dari Penjejak Awan kepada semua followers, pengunjung dan pelawat.

Darah tak kunjung dingin, airmata tak kunjung kering...


p/s: Cuma akan adakan kenduri kecil bersama Penjejak Badai dan Penduga Arus serta menjemput Megatron, Starscream dan tak lupa Lord Vader.

Thursday, July 23, 2009

Jiwa bengkak...


I've been sittin' here tryin' to find myself
I get behind myself I need to rewind myself
Lookin' for the payback Listen for the playback
They say that every man bleeds just like me

And I feel like number one Yet I'm last in line
I watch my youngest son And it helps to pass the time
I take too many pills It helps to ease the pain
I made a couple of dollar bills still I feel the same

Everybody knows my name They say it way out loud
A lot of folks fuck with me It's hard to hang out in crowds
I guess that's the price you pay To be some big shot like I am
Outstretched hands and one night stands Still I can't find love

And when your walls come tumbling down
I will always be around

And when your walls come tumbling down
I will always be around

People don't know bout the things I say and do
They don't understand about the shit that I've been through
It's been so long since I've been home
I've been gone, I've been gone far way too long

Maybe I forgot all the things I've missed
Oh somehow I know there's more to life than this
I said it too many times And I still stand firm
You get what you put in And people get what they deserve

Still I ain't seen mine No I ain't seen mine
I've been giving just ain't been gettin'
I've been walking that there line
So I think I'll keep on walking With my head held high
I'll keep moving on and only God knows why

Only God.....Only God

Only God knows why

Only God....knows....why, why, why

Only God knows why

Take me to the river eh
Wont you Take me to the river, hey hey heyeah



p/s: Bengkak...!!! Biarkan aku dengan kultus-kultus ku dan kamu dengan kultus-kultus kamu.

Tuesday, July 21, 2009

Jual idea...

Lepas aku masukkan entry yg kat bawah ni, tetiba orang datang rumah. Datang bertanyakan sesuatu. Sesuatu yang agak aneh ditanya pada tengahari ahad. Hehehehe...

"Ko tau mana nak cari ikan haruan?"

Lerr...nak cari haruan rupanya. Untuk isterinya yang baru bersalin. Sebenarnya beberapa minggu sebelum ini pun ada yang datang bertanyakan haruan. Memang beberapa bulan sebelum ini aku ada bela 3 ekor haruan hidup. Letak dalam tong air jer. Dah habis semuanya aku bagi kat orang.

Memang susah sebenarnya nak dapatkan haruan hidup nie. Cuma senang didapati kat Pasar Tani atau pasar malam jer. Itu pun nasib.

Aku pun cadangkan kat dia pegi beli kat Pasar Tani Kluang hari isnin pagi. Tapi kena pergi awal-awal, sebab bulan nie macam ramai sangat yang bersalin. Kalau lambat, cuma ada ikan puyu jelah.

Haruan-haruan yang aku dapat dulu pun sebab ada projek membersihkan kolam tadahan air kat dalam ladang. Berpuluh-puluh ekor dapat ditangkap.


Aku kemudian terfikir, kenapa tak ada orang komersialkan haruan nih? Tetiba idea keluar dari otak berkarat nih. Apa kata, sewa ruang kedai yang berdekatan dengan hospital. Jual produk-produk yang berasaskan haruan. Letak tangki-tangki yang berisi haruan hidup. Pamerkan juga pati-pati ikan haruan yang banyak dipasaran. Dan disudut kedai pula letakkan periuk besar berisi sup ikan haruan yang dididihkan dengan api yang kecil, khusus untuk mereka yang on the way nak ke hospital dan tak sempat nak masak sup. Tapau jer. Jadi tak perlulah susah-susah nak cari haruan lagi.

Tak tahulah boleh dapat untung atau tidak, tapi terfikir jugak aku...orang bersalin boleh dikatakan setiap hari, berbanding dengan orang buat majlis kenduri kahwin. Why not kalau ada yang mencuba, ye tak?

Aku dah pun suruh budak-budak aku pancing haruan banyak-banyak. Bukannya apa...nak bela jer. Mana laa tau kalau-kalau ada insiden orang mencari haruan lagi.

p/s: Ni kalau saper-saper yang ambik idea ni, sila inform aku ye. Aku nak duit royalti sebab memberi idea. Hehehehe

Sunday, July 19, 2009

Naik teksi bayar tol...

Pagi Ahad yang ceria. Cerah. Rasa malas nak berjalan kemana-mana. Hanya bersandar menatap akhbar.

Mungkin agak terlewat membicarakan topik ini. Tapi nak diluahkan jugak. Simpan lama-lama dalam hati boleh menyebabkan barah. Selain terpaksa makan dalam bekas polystrina, ketegangan dalam hati ini juga boleh mengumpulkan darah yang panas dan mungkin membakar pembuluh-pembuluh darah yang ada.

Baru-baru ini, kita digembirakan, di'happy-happy'kan dengan berita pengurangan 20% tol kepada pengguna yang terpaksa menggunakan lebih 80 kali sebulan. Yang bestnya, pengurangan ini termasuk juga kalau pengguna berulang alik ambil anak, pegi pasar atau pegi clubbing (???). Pengguna wajib menggunakan Touch n Go atau Smart Tag dan pembayaran diskaun boleh dituntut tidak lebih dari 6 bulan. Itupun bukan dalam bentuk wang tunai. Baguslah kalau macam tu. Jimat sikit duit top-up Touch n Go.

Aku ditakdirkan bekerja di luar dari Kuala Lumpur atau Serdang atau Bangi atau lebih tepat di luar Selangor. Maka aku terlepas dari untuk menikmati potongan ini. Melainkan aku nie rajin giler babas nak turun naik ke Kulai dari Ayer Hitam sebanyak 80 kali sebulan. Nak buat apa? Jumpa Cik Ian ke? hahahahahahaha.....

Selang beberapa hari...selepas sebuah negeri di pantai timur (yang tak bertol) habis pilihanraya, kita mendengar pula berita tambang pengangkutan awam dinaikkan antara 1.2 sen hingga RM31.70 mulai 1 Ogos ini. Hmm...yang ini aku akan menikmatinya. Seluruh negara akan menikmati kenaikan ini. Kanak-kanak sekolah, orang tua bangka dan mereka yang bekerja sebagai promoter The Store semuanya akan membayar lebih selepas ini.

Peta menunjukkan kawasan merah sebagai hot-spot pengguna yang mendapat diskaun. Warna yang lain pula hanya dapat diskaun 30% bila beli kain di Gedung Kamdar


Betul kata perumpamaan alam ini...You give what you put in and people get what they deserved..." atau bidalan Melayu pernah berkata...bila kita sorong papan, kita kena tarik papan untuk dapatkan buah keranji di dalam perahu.

p/s: "Ini Tidak Adil !!!", bentak Abdul Wahib.

Friday, July 3, 2009

Kembalikan darjat mereka...

Pernahkah anda melawat pertunjukan sarkis? Mungkin pernah dan ramai yang hanya dapat menyaksikannya di kaca tv sahaja. Zaman 80an dulu, tayangan sarkis adalah wajib pada setiap pagi hari raya.



Disetiap acara sarkis, pastinya anda tidak ketinggalan menyaksikan persembahan singa. Kadang-kadang seekor dan kekadang berkumpulan. Ada seorang instructor ditengah kandang persembahan memberikan arahan pada singa-singa tersebut. Biasanya ada cemeti ditangannya untuk mengawal pergerakan singa-singa yang merbahaya itu. Seakan singa-singa itu amat patuh dengan penjaganya dan sesekali akan kita lihat cemeti itu disebat ke lantai atau tubuh singa yang mungkin kurang mendengar kata.

Itulah kehebatan cemeti. Singa yang ganas, patuh pada arahan. Bukan untuk menyiksa, tetapi sebagai objek yang boleh mendisiplin dan menjinakkan haiwan yang dianggap raja itu.

Soalnya...itu kepada singa. Bagaimana dengan anak-anak manusia. Sudah agak muak mendengar orang menceritakan kisah dulu-dulu. Murid-murid dulu. Ya...orang-orang dulu amat takut dengan rotan yang terselit dicelah ketiak guru. Amat takut sekali tidak menyiapkan kerja rumah kerana tahu balasannya adalah 'seliang' rotan di tapak tangan. Kadang-kadang pada perhimpunan isnin, punggung ditadah untuk menerima 'asakan' rotan.

Hasilnya, dulu murid-murid agak mendengar kata. Walau bodoh bangang sekalipun disekolah, guru-guru akan dihormati. Kalau merokok pun, kena curi-curi di dalam kebun getah.


Sekarang...rotan telah hilang dari ketiak guru-guru. Murid-murid sudah mula menjadi singa dirimba. Kalau guru terjatuh buku, murid-murid hanya berlalu. Disesetengah tempat, pagar sekolah adalah sempadan antara pendidikan dan hidup sosial hingga kita boleh melihat pelajar yang masih berseragam, menunggu bas sekolah untuk balik, sempat sepam dua (merokok lerr...). Kekadang pondok bas tu dengan pagar sekolah hanya dipisahkan oleh longkang yang kecil. Guru-guru yang keluar masuk dengan Gen-2 atau MyVi hanya mampu melihat sahaja.

Sepertimana undang-undang jalan raya, jika kita melanggar pelajar melintas jalan, maka lesen memandu akan digantung. Begitulah bebudak sekarang...sekali guru mengenakan tindakan disiplin pada mereka, maka mereka tahu bahawa 'lesen perguruan' guru mereka itu juga boleh digantung. Betapa besar 'kuasa' pelajar ini diberikan oleh kita.

Dan jikalah pihak sekolah berjaya memberhentikan pelajar bermasalah ini dari bersekolah, ianya takkan lama, mungkin sekolah yang sama akan menerima mereka semula...dan kemasukan mereka itu dapatlah 'mengizinkan' mereka untuk membalas dendam pada guru-guru. Harap-haraplah semua guru diberikan insuran nyawa secara percuma selepas ini...

p/s: Yang kita sibuk sekarang samada nak ajar dalam bahasa inggeris atau tidak? Kalau bebudak yang ada pun ramai yang malas nak belajar walaupun dalam bahasa malaysia, buat apa laa nak di panjang-panjangkan lagi isu ini. Kelas tuisyen kan ada...Budak-budak jahat yang ada disekolah pun cuma tau f**k, s***t, a**h*le jer. Itupun diaorang rajin menulis kat kereta-kereta cikgu.

Blog Widget by LinkWithin