Agak lama jugak aku menyepi. Kesibukan tugas buat aku stress nak menaip. Thanks Cik Ian kerana menegur...hehehehe..
Malam tadi agak kepenatan. Seperti juga malam sebelumnya. Aku cuma melayan TV. Sempat jugaklah tengok perlantikan Presiden Amerika yang baru malam tu. Tahniah lerr...ramai jugak penonton yang hadir. Lebih ramai dari penonton sukan Olimpik. Bukan sahaja dari dalam US sendiri, bahkan serata dunia menempah tiket menyaksikan Presiden yang diwar-warkan mampu mengubah dunia.
Dua malam berturut-turut, aku melayan TV2. Malas nak tekan-tekan remote Astro mencari siaran lain memandangkan; Yang Pertama: Tiada Perlawanan Bolasepak yang menarik dan Kedua: CSI pun semuanya ulangan.
Dua malam berturut-turut TV2 menyiarkan 2 filem hebat, The Sentinel dan Independence Day. Rasanya tak perlulah aku nak buat sinopsis mengenai cerita tu, sebab kedua-duanya adalah filem lama. Ramai yang dah menonton. Kedua-duanya mengenai Amerika dan berkait dengan Presiden Amerika. Kedua-duanya juga adalah kerana Amerika. Walaupun dalam The Sentinel ada menceritakan hubungan sulit First Lady dengan salah seorang anggota Secret Service, tetapi rasanya tak keterlaluan kalau aku katakan dalam kedua-dua filem ini, apa sahaja dibuat adalah demi Presiden Amerika.
Yang buat aku tersengih sinis (walaupun aku akui filem-filem tu hebat) adalah secara kebetulan ianya ditayangkan di TV2 ketika rakyat US meraikan pertabalan presidennya yang baru. Sedangkan sana-sini orang ramai disyorkan memboikot.
Aaaaaarghhhhh.....pening betul...yang mana satu nie?
p/s:Baru jer aku beli laptop Acer dengan pemprosesan Intel. Dah terpaksa nak buat macam mana...boikot tak boikot sama jer... Walaupun harga minyak petrol dah turun, tapi takrif elektrik masih sama ketika petrol naik...eh...terlebih sudah...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:
Post a Comment