Pengikut Awan

Saturday, August 2, 2008

Macam bagus...


Gila...

Perkataan pertama keluar bila aku baca muka depan paper The Star hari ini. Kemalangan yang mengakibatkan 2 orang terbunuh yang membabitkan lori 10 tan menghentam 7 kenderaan termasuk motorsikal di Cheras-Kajang Highway.

Eyewitnesses described the scene of the accident as “horrific.”

“I saw the lorry coming down quite fast without the signal light on as I overtook it on my motorcycle. Seconds later, I heard a loud crash.

“To my horror, as I turned around to look, I saw the lorry smashing into several vehicles,” said Naresh Kumar, 28, an engineer.


(Petikan dari paper tersebut)

Memang teruk kalau kita perhatikan majoriti pemandu lori di negara kita. Dia ingat dia besar maknanya dia boleh buat sesuka hati dia. Dah beribu kemalangan membabitkan lori berlaku tetapi sebab degil, keras kepala, buat-buat bodoh...maka pemandu-pemandu lain yang bersopan, berhati-hati dan mempunyai anak isteri yang menunggu di rumah terpaksa mati kerana mereka. "Pedulik laa...body lori aku nie keras, kalau langgar, kereta korang yang teruk".

Memang mentaliti pemandu lori kita macam tu. Tengok sahajalah keadaan lori. Berlumpur, buruk, karat sana sini..melambangkan identiti pemandu sendiri. Mereka tak mahu menjadikan jawatan pemandu lori sebagai satu pekerjaan yang profesional. Lori tu asalkan boleh jalan cukup, alignment lari tak apa, brek makan sikit-sikit tak apa, pasir jatuh dari celah kanvas tak apa, tayar kotor dan lumpur terpelanting ke belakang tak apa..."Yang pecah cermin kereta korang, bukan kereta aku..hahahahaha"

Satu lagi yang aku perhati...ramai pemandu lori di negara kita tak tahu membaca. Samada dulu mereka terlalu miskin untuk pergi sekolah atau kalau sekolah pun dapat nombor corot dan terkenal sebagai budak paling malas. Terpampang besar kat tepi jalan signboard tertulis KENDERAAN BERAT SILA IKUT KIRI. Tapi dimana dia orang suka memandu?



p/s: Selalu tengok pemandu-pemandu lori minum kat kedai, cakap kuat-kuat dan kadang-kadang cakap besar. Macam bagus jer...

1 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Unknown said...

itu gmbr saya tersepit dicelah kereta...1 ogos lalu dah setahun accident..tapi sy mase dgn kerusi roda akibat accident itu. Saya mencari gambar jelas accident tu..

Blog Widget by LinkWithin