Pengikut Awan

Monday, August 4, 2008

Buta kaler...


On the way aku memandu dari Bandar Muadzam melalui highway Kuantan-Segamat, sempat aku tangkap gambar nie sambil memandu.Hehehehe...memang salah perbuatan aku memandu sambil tangkap gambar. Tapi memang perjalanan tu betul-betul slow. Tak kan lah lori balak tu boleh dipandu lebih dari 50km/j.

Cuba perhati betul-betul, boleh ke sesiapa perasan kain merah yang sepatutnya digantung jika membawa muatan panjang? Hmmm...mungkin ada yang nampak tapi tak peduli pun apa warna kain yang diikat. Rasanya pemandu lori sepatutnya wajib memasang kain berwarna merah yang jelas kelihatan dari belakang. Tapi biasalah...asal boleh...kain buat lap kaki pun boleh..."Korang buta ker...??? Kan aku bawak kayu balak nie...tak reti-reti nak jarakkan diri?"

Agaknya berapa ribu harga kayu balak sekarang nie ya? Mungkin kalau satu trailer kayu balak harganya RM2.30sen sahaja kot.Oooo...patutlah tokey balak tak mampu nak beli kain color merah kat Kamdar. Kain semeter dah RM1.50sen. Tolak dengan RM2.30sen, bakinya cuma 80sen. Manalah cukup 80 sen tu nak bayar loan Mercedes Benz, nak bayar loan rumah tiga tingkat lagi, nak bayar golf club lagi...

p/s:Yang pandai tak boleh ditegur, yang bodoh tak boleh ajar

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin