Sejahtera atas kamu...
Ya...Penjejak Awan dah lama tak menginjakkan kaki ke blog sendiri. Urusan hidup perlu dilaksanakan. Keperluan hidup perlu dipenuhi. Tak lupa juga urusan-urusan selepas mati, sebab Penjejak Awan tidak boleh hidup selama-lamanya, sama seperti pembaca sekelian. Sedangkan Nabi dan Rasul juga tidak kebal dengan kewafatan.
Bicara Awan pada kali ini, mungkin berkait rapat dengan situasi kini. Ramai yang beralih minat bila Penjejak Awan mula mengomel tentang politik di sini. Serupa macam di'un-friend' dalam Facebook apabila terkeluarnya isu politik. Baiklah, Penjejak Awan akan cuba sedaya upaya menjauhinya...semampunya.
Okay...daripada entri terakhir yang lalu hingga entri kali ini, hanya mencerap dan menyerap apa sahaja yang berlaku di sekeliling. Dari atas Awan, dunia milik kita semakin gelap dilihat dari sini. Persekitaran kita yang paling utama dan paling penting dan perlu diambil berat pada waktu ini adalah...
YANG PERTAMA: JATUHKAN PIHAK LAWAN atau MASING_MASING JATUHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN
Ini adalah perkara pokok. Samada anda duduk di atas atau di bawah pokok, perbualan perlu berputar-putar dengan tajuk ini. Semua orang mesti menepuk dadanya sekuat mungkin dan berkata "Akulah yang paling betul sekali!"...Ya benar...kau cuma betul sekali sahaja...sembilan kali lagi, semuanya salah!!! Hell both of you!!! Maaf atas kebiadapan, tetapi amatlah bagus kalau semua orang berlumba-lumba samada ikhlas atau sekadar nak dapatkan publisiti (tak kisahlah), untuk setiap hari turun membantu masyarakat atau membetulkan penyakit sosial masyarakat seperti mana sewaktu berkempen tempohari. Turun ke rumah-rumah orang miskin dan daif. Tak kisah bawak mak datin sekali tidur di rumah orang yang bocor atap rumahnya. Atau sama-sama ikut lori pengangkut sampah untuk lihat sendiri di mana sampah yang tak dipungut. Setakat berdiri di rostrum dan memekik-mekik samada di pentas umum atau tepi-tepi rumah orang tu...budak-budak sekolah yang nak bertanding jadi ketua darjah pun boleh buat...INGAT!!! Orang mengundi anda bermakna orang mengundi untuk anda bekerja dan membantu kami. Bukan kami mengundi untuk anda dapat duit gaji bulan dicampur elaun itu ini dicampur kereta dan rumah free dicampur dengan jemputan makan malam setiap malam dengan garfu dan sudu dan dicampur dengan komisen-komisen lain.
YANG KEDUA: KEHIDUPAN PARA PENGHIBUR PERLULAH DIKEMASKINI DAN PERLU BERSEDIA UNTUK MENJAWABNYA
Ini perkara yang common dalam hidup. Mesti sentiasa diambil tahu. Kalau kita tak mahu ambil tahu, ia perlu diketahui oleh umum dengan cara yang melampau-lampau. Nikah kawinnya, cerai berainya, gossip-gossipnya perlulah kita ketahui. Jangan sesekali berkata "Aku tak perlu tahu" kerana mata mesti terbaca di ruang depan akhbar yang tergantung di kedai-kedai mamak. Kalau tutup mata, maka telinga akan mendengar dari berita-berita radio (perasan tak, slot berita radio pun dah ada slot kisah artis-artis kita). Gaya hidupnya, makannya, pakainya semua mesti didedahkan dan perlu diketahui umum agar menjadi kegilaan remaja-remaja (yang seluar dalamnya pun masih perlu dibelikan oleh orang tuanya), agar menjadi ikutan dan cara hidup ataupun cita-cita remaja dihari tua.
YANG KETIGA: BELA LEMBU SEKANDANG LEBIH BAIK DARI MEMBELA ANAK PEREMPUAN SEORANG
Hahahaha...kes buang bayi dah jadi cerita basi agaknya. Bila semua gadis dah pandai membuang diri masing-masing dari keluarga. Hebat bukan??? Negara kita sudah maju dari segi infrastruktur dan cara masyarakat berfikir. Memang negara ini telah dilabel sebagai negara paling kreatif. Berilah sebiji motor kapcai beroda dua pada orang kita. Maka dengan kreatifnya ia akan bergerak dengan hanya beroda satu dan satu lagi tergantung diatas. Begitu juga pemikiran moden anak-anak gadis kita. Boyfriend yang entah SPM dapat pangkat berapa entah, lebih penting dari mak bapak. Ibu bapa pula, teresak-esak menangis bila anak gadisnya lari dari rumah. Salah siapa? Pernah dengar tak, 'bayi yang baru lahir itu ibarat kain putih dan ibubapalah yang mencorakkannya' pernah dengar?? atau pura-pura mengatakan tak pernah dengar?? Bayi orang Jepun kalau dipelihara oleh orang Belanda pun bila besar nanti mungkin terkial-kial makan dengan chopstik atau muntah-muntah bila menelan ikan yang mentah.
Alam semakin teruk dan buruk....yang diatas bercakaran, yang dibawah terumbang-ambing tanpa haluan. Yang diatas merebut jawatan, yang dibawah bertembak-tembakkan kerana kurang duit nak bayar duit makan. Yang diatas berpidato hebat saban hari, yang dibawah kena maki dalam kerjanya dengan bangsa asing dalam bumi tanah airnya sendiri. Yang diatas mengira wang atas katil empuk berlapik i-pad, yang dibawah harus dipastikan mengundi dalam pilihanraya...
Apa punya cara hidup laa...
p/s: Kepada sesiapa yang nak buat kebajikan atau seumpama dengannya, sila panggil ratusan mat rempit untuk melaksanakan misi tersebut kerana mereka boleh membantu membawa promosi-promosi tersebut ke merata alam. Tapi, mat rempit ini juga menjadi tajuk penting dalam mana-mana road block. Dengan memandu merbahaya tu satu hal, dengan positif dadahnya, dengan awek bohsia yang turut serta, dan juga memulas motor ketika azan isyak berkumandang. Kebajikan apa jadahnya???!!!!
0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:
Post a Comment