Pengikut Awan

Monday, February 14, 2011

Kerana pepatah, luka ku berdarah...

Kehidupan kita di alam ini memang penuh kepayahan. Dan kita perlu survive untuk keluar dari kepayahan dan kesengsaraan tersebut. Dan kita pernah mendengar pepatah mengatakan "Hujan emas dinegari orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri". Akan tetapi ada pula pepatah yang mengatakan "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".

Begitulah peliknya pepatah yang dicipta. Umum mengetahui, kehidupan kita penuh onak durinya. Untuk mencari rezeki yang halal, kita harus berhempas-pulas agar apa yang disuap ke rongga mulut akan diterima sebagai juadah yang halal. Kalau untuk disuap dalam mulut sendiri mungkin lantak hang lah...kalau masih terfikir tentang syurga dan neraka, maka jangan jadikan darah dalam diri itu sebagai bahan bakar di sana. Tapi kalau nak disuap dalam mulut anak bini pun masih dengan rezeki yang entah dari mana asalnya...anda memang bapak yang kejam!!!

Bila kita sebut pasal kerja, kita tanyalah diri sendiri, apa tujuan bekerja itu. Adalah pelik jika seseorang menjawab "Aku kerja sebab nak mengisi masa lapang"...itu jawapan budak-budak menunggu keputusan SPM jer. "Aku bekerja sebab bapak aku suruh"...mungkin dia anak pengarah syarikat yang ingin meletakkan anaknya dalam company. Tapi bagaimana dengan kita yang memang benar-benar bekerja makan gaji? Bagaimana anda menerima sesebuah company untuk anda bekerja? Dan bila anda sudah bekerja buat beberapa lama, adakah anda ingin kekal dengan pendapatan yang ada sekarang? Atau jika ada peluang keemasan yang lebih baik ditempat lain, adakah anda bernafsu untuk keluar dari ruang pejabat yang ada sekarang?

Jika 'emas' yang ditawarkan di tempat lain, adakah anda masih sanggup menelan 'batu'? Jangan sempitkan pepatah tersebut dengan menyalah tafsirkan perkataan 'negeri' itu. Dan janganlah diikutkan sangat...ia hanya pepatah dan bukannya sebuah hadis atau sunnah (yang mana hadis dan sunnah jugak yang sering kita buat tak kisah).

Berhijrahlah...untuk sesuatu yang lebih baik jika anda ada peluang. Menunggu peluang juga bukan satu cara yang baik. Jadilah lebah yang terbang berkilometer jauhnya untuk mencari rezeki dan jangan menjadi labah-labah yang hanya menunggu rezeki. Kerana madu lebih mahal harganya dari sawang lelabah...


Kehidupan makin sukar. Banyak yang perlu dibayar untuk hidup. Beli rumah, kereta dan macam-macam lagi perlu di bayar...aku petik kata-kata seorang kawan...

"When banks give out loans, they just create the amount in your account thru electronic book keeping.. in other words, they just create the money (banks are allowed to give out loans 10 times the amount that they actually have).. but when you can't pay back the loan WITH INTEREST, they take your house, your car, your kidney and your kitchen sink.. is this riba? rip off? scam?"

Ini adalah sistem yang MESTI kita tempuh. Dimana-mana sahaja dimuka bumi ini...lihat semula pepatah yang kedua tadi..."Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"...Memang berat bebanannya bila kita terpaksa menjunjung langit dimana sahaja kita berada di bumi ini, maka berhijrahlah mencari emas...

P/s: Beli apa yang mampu, kalau tak mampu, elok kita menyewa sahaja. Tiada salahnya duduk rumah sewa, tiada salahnya naik teksi sewa. Orang tak ambik tahu pun kesusahan kita. Orang cuma nak tahu bila datang rumah kita, mereka nak dilayan macam duduk hotel lima bintang, ada air-cond ada kerusi empuk. No air-cond, ko bukan sedara aku...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin