Pengikut Awan

Tuesday, February 22, 2011

Jag Kaca Arcopal...

Dalam kehidupan kita, pastinya akan kita menerima 'jemputan' atau berita tentang kematian samada rakan-rakan, saudara-mara atau ahli keluarga. Dan seharusnya kita menghormati pemergian mereka dengan sekurang-kurangnya menziarahi rumah arwah. Dan hendaklah dengan niat tulus ikhlas menziarah...bukan nak ambil surat fotostat kematian supaya dapat claim cuti...

Apa yang Penjejak Awan ingin cerita sebenarnya adalah berkenaan jag kaca...

Tahu ker apa jag air tu...


Sudah menjadi kelaziman masyarakat orang kita, apabila rumah tersebut ada kematian, maka ahli rumah akan meletakkan jag seperti ini di tangga atau pintu depan rumah. Kadang-kadang boleh diletakkan disisi susunan surah Yassin berhampiran jenazah.

Jag air ini begitu simbolik. Tanpa label dan tanpa tulisan, orang akan tau ia bukan untuk diisi dengan air sirap atau ribena. Ia secara automatik adalah tempat pelawat-pelawat menghulurkan derma secara ikhlas sebagai tanda simpati kepada keluarga simati. Tanpa disuruh...tapi paham-paham sendiri laa letak dalam jag tu...

Tabung derma nie ada macam-macam. kalau di surau-surau atau masjid-masjid biasanya menggunakan kotak kayu atau kotak besi. Bila masuk kedalam surau atau mesjid, pastinya apabila nampak dek mata 'objek' tersebut kita faham, kalau ingin menderma, sila masukkan kedalam kotak tersebut. Amalan masjid-masjid ketika solat jumaat pula biasanya orang akan menyorong kotak-kotak ini dari saf ke saf. Cuba anda fikir sejenak, kalau kotak itu ditukar kepada jag kaca dan ia dihulurkan dalam saf anda. Anda mungkin terfikir "Ada orang meninggal ker?"

Ya...apa yang ingin Penjejak Awan sampaikan adalah simbolik jag kaca itu pada setiap kali ada kematian. (Walaupun ada yang menggunakan jag plastik, tapi majoriti yang kita temui menggunakan jag kaca).

Tapi kenapa jag kaca? Adakah kerana ia berkaitan dengan bekas menyiram air mawar di pusara? Entahlah...tapi pada Penjejak Awan, eloklah sekiranya amalan itu tidak meletakkan jag kaca itu semata-mata. Eloklah kiranya ianya dibalut samada dengan kain putih atau dibalut dengan kertas supaya ia tidak akan buat sesetengah pelawat itu terasa malu-malu atau segan. Yelah, mereka-mereka yang datang dari pelbagai level dan kelas. Ada yang datang dengan ikhlas, tapi bawak cuma singgit. Nak masukkan singgit, semua orang kat situ boleh nampak dengan jelas. Paling tidak pun kena masuk sepuluh hinggit...dan ini akan menjadikan keikhlasan itu seperti keterpaksaan.

Kalau tidak pun, apa kata ubah sikit tradisi. Agar nampak terang keikhlasannya samada dipihak tuan rumah ataupun pelawat. Cuba tukar kepada tabung seperti ini...

Hehehehe...Kalau takut orang masih mencari-cari jag jugak, tuan rumah boleh letak label 'Tabung Derma Kematian' kat situ.

Kadang-kadang terfikir jugak. Kenapa dulu-dulu orang gunakan peti undi bertutup. Supaya nyata yang undi itu rahsia. Sekarang, peti undi mesti telus. Boleh nampak, tak ada penipuan, telus. Jadi kalau kotak derma pun perlu diketahui tahap keikhlasannya, maka janganlah dipanggil derma. Tukarkan namanya kepada bayaran tol atau yuran kehadiran.


P/s: Kalau sesetengah tempat tu, bila kenduri kawin, kena daftar dulu dan declare berapa ringgit nak dibagi. Perkahwinan pun dah jadi medan bisnes. Anak yang kawin, mak bapak dok memikir berapa banyak dia boleh kaut dari orang kampung. Kalau dia dapat tau ada yang tak menghulur, habis diumpat kejinya...

0 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Blog Widget by LinkWithin