Pengikut Awan

Saturday, February 13, 2010

Harimau...mengaumlah...!!!


Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai


Kepada semua rerakan berbangsa Tionghua yang mungkin ada melawat-lawat di sini. Kepada rerakan berbangsa lain...selamat bercuti lerr...

Mengenangkan tahun ini adalah Tahun Harimau, diharapkan agar kesemuanya berjalan dengan gagah dan perkasa sekali tahun ini. Penjejak Awan sendiri dilahirkan pada Tahun Harimau.

Akan tetapi, Tahun Harimau bukanlah tahun terbaik menurut sejarah negara kita. Siapa ada jumpa syiling yang bertarikh 1974? Memang tak akan jumpa sampai bila-bila... Ini kerana pada tahun tersebut, negara di zaman inflasi dan berlaku krisis harga minyak dunia.

12 tahun kemudian iaitu pada tahun 1986, ekonomi negara jatuh akibat kejatuhan harga komoditi. Dan pada tahun 1998 berlaku pula krisis kewangan di negara-negara Asia iaitu paling teruk hinggakan amat sukar mendapat peluang pekerjaan pada masa tersebut.

Rentetan peristiwa kurang sedap didengar pada tahun-tahun Harimau, diharapkan kita akan lebih berdaya maju, beringat-ingat, berbelanja apa yang patut dan berharap agar harga barangan dan perkhidmatan tidaklah melambung lagi pada tahun ini.

Dan untuk Piala Dunia Bolasepak tahun ini yang bakal berlangsung di Afrika Selatan, senarai juara pada tahun Harimau adalah seperti berikut:

1938 - Italy (Eropah)
1950 - Uruguay (Amerika Selatan)
1962 - Brazil (Amerika Selatan)
1974 - Germany (Eropah)
1986 - Argentina (Amerika Selatan)
1998 - Perancis (Eropah)
2010 - ????

Apa ramalan anda?


p/s: Harimau pun banyak dah duduk dan tinggal dalam zoo. Makan dah ditanggung. Dok melepak jerlah kerjanya. Tak yah lari-lari...bermalas-malasan jerlah

4 TIUPAN ANGIN KE AWAN:

Kona said...

walaupun bukan dilahirkan dalam tahun ghimau....nak tumpang mengaum sama...buleh?...aaauuummmm!!!

un said...

harimau dalam zoo senang je kejanya.
buat aksi mengaum sikit, pastu jalan2 sikit pun kira sudah buat kerja..ha3

Hahn 3rd said...

Kona...mengaum jerlah....takder orang marah pun...paling kuat pun jiran ko baling dengan periuk

Hahn 3rd said...

Unwanted...betoi2...tapi penat gak...buat semua showmanship, tapi tokey zoo yg kaya...

Blog Widget by LinkWithin