Pengikut Awan

Thursday, December 31, 2009

Dua Ploh Seploh...

Aduss...busynyer (walaupun sebenarnya rajin giler ber'FB' dan menguruskan pesawat. Sudah agak lama Penjejak Awan menghilangkan diri dari alam jaringan. Sudah agak lama tidak bersatira...Azam Penjejak Awan untuk tahun baru, semoga Awan akan tetak gemawan. Semoga Awan akan tetap mengumpul air sehingga sarat dan mampu menciptakan guruh dan petir...hahahahaha

Selamat Tahun baru buat semua pengunjung dan followers. Moga anda dirahmati dan diberkati sepanjang tahun. Moga hidup anda dan kerjaya anda mendapat manfaat dan berkat. Moga negara semakin sejuk, sunyi dan suci...tiada lagi hiruk pikuk sang menteri dan YB, tiada lagi tangisan bayi-bayi luar nikah dan tiada lagi perangai-perangai kotor warganya...haaak tuih!!!

Monday, December 14, 2009

Depan macam emas, belakang macam tahi...

Pernahkah anda mendengar keluhan dan rintihan suara seorang atau sekumpulan pekerja? Tak kiralah apa jua jawatannya, samada diperingkat buruh atau setinggi executive level.

Apa yang pekerja selalu impikan? Adakah gaji tinggi? Jawatan tinggi? Peluang melancong? Kerja sikit? hmmm...anda nilai sendiri...

Tetapi ada segolongan, mungkin minoriti, yang inginkan kepuasan dalam pekerjaan. Gaji tak tinggi tak mengapa, tetapi layanan dan aprisiasi dari syarikat sudah memberi makna yang besar kepada mereka. Kekadang, bila tugasan yang baik diberi pujian depan public sudah memadai. Dan kesalahan pekerja ditegur face to face hanya di dalam bilik yang bertutup dan disertai oleh orang tertentu sahaja.

Apa beza cara kerja eropah, jepun dan asia? Jauh bezanya... Kebanyakan syarikat di asia hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. Tiada yang lain dalam kamus dan akaun mereka melainkan untung!untung! dan untung. Selain daripada itu? Nill, nothing, zero!!!. Kebanyakan kita perhatikan, kerusi meja yang digunakan diambil dari zaman P. Ramlee. Housekeeping hancur. Alam sekitar langsung tak dipeduli. Nasib pekerja dan eksekutif?...jauh sekali dalam perhatian mereka. Yang mereka tahu, jika syarikat tak mendapat untung...maka kenyanglah pekerja-pekerja mereka hari tu dengan word "stupid!".

Tetapi kan...biasanya syarikat macam ni memang paling berjaya dan dipuji oleh orang. Di luar nampak gah tetapi di dalam...Dengan memerah tenaga pekerjanya dan membuangnya sama seperti hampas tebu. Habis manis sepah dibuang. Kekadang mereka ambil kesempatan...apa jua peluang supaya mereka untung mereka akan grab!...Jika contohnya anak pekerja meninggal dunia dan terpaksa bercuti lama, maka inilah peluang mereka untuk mengatakan "Awak dah ambik cuti lama, maka bonus dan kenaikan gaji tahun nie dapat basic jer". Perghhh...!!! bukankah sial tu..!!! pedulik hapa dengan masalah orang lain...janji company boleh kaut untung.

So...berhati-hatilah memilih kerja. Carilah yang kukuh, tahan lama dan paling penting ada sifat-sifat human, care for environment dan care for your occupational safety. Kekadang tawaran gaji memang amat menarik, tetapi bila dah terjebak!! "3/4 gaji kamu adalah untuk kena maki. Tinggal 1/4 lagi tu untuk kamu makan nasi"

p/s: Bila kita letak surat resign, barulah mereka dengan muka selamba katak memujuk dan meng'offer' itu dan ini. Jangan mudah cair...kalau dah rasa secure untuk blah dari company, just go!!!

Saturday, December 5, 2009

Bafana bafana...

Uhhhhh....kelat bijik mata. Mengantuk tahap dewa. Gara-gara tidur lewat malam tadi menyaksikan Astro 811, Final Draw 2010 Fifa World Cup South Africa. Bermula jam 1 pagi dan berakhir lebih kurang jam 3 pagi. World Cup beb... 4 tahun sekali. Mesti tonton dari detik pengundian sehingga perlawanan akhir.


Pelakon Charlize Theron dan FIFA Secretary General Jerome Valcke telah mengemudi proses pengemudian malam itu.(Baru aku tahu yang Charlize Theron tu pelakon berasal dari South Africa rupanya).
South Africa memang satu tempat yang amat menarik. Aku pernah ke sana pada ketika berlangsungnya Piala Dunia Ragbi. Pedulik laa apa imaginasi orang bila menyebut mengenai benua Afrika. Sesungguhnya, siapa yang tak pernah pergi, takkan tahu apa-apa pun.

Keputusan undian Piala Dunia 2010 adalah...


Hmm...dua Group yang aku rasa 'maut' dan paling kritikal sekali adalah Group A yang mempunyai pasukan tuan rumah South Africa, Mexico, Uruguay dan France. Dan Group G yang terdiri dari Brazil, Korea DPR, Ivory Coast dan Portugal. Hmmm... Kaka, Drogba dan Christiano Ronaldo akan bertembung.

Jadi...siapakah yang akan menjulang dan mengarak piala Dunia keliling stadium nanti?

p/s: Seperti biasa...akan membeli jersi-jersi pasukan yang bermain untuk World Cup tahun ini.

Thursday, December 3, 2009

Kehampehan yang amat hampeh...

Satu projek survey pernah dijalankan oleh sebuah syarikat pengeluar makanan coklat terbesar di dunia. Kajian tersebut dibuat kepada pengguna dan pembeli yang menyukai coklat di negara eropah.

Di dalam survey tersebut, pengguna telah diberikan sampel 2 jenis coklat bar tanpa memberitahu jenama coklat berkenaan dan di label dengan A dan B . Pengguna diminta memberitahu coklat mana yang lebih sedap atau mereka sukai. Keseluruhannya, jumlah penggemar coklat A dan B adalah sama banyak. Ada yang mengatakan A dan ada yang mengatakan B.Kemudian, mereka diuji sekali lagi. Kali ini kedua-dua coklat tersebut disertakan sekali dengan list ramuan atau ingredients sekali. Beza antara dua coklat hanyalah satu bahan sahaja iaitu coklat A menggunakan ekstrak minyak sawit dan coklat B menggunakan ekstrak soya bean.

Hasilnya...lebih 90% pengguna eropah yang diuji memilih coklat B!!!
Kita semua tahu (tapi tak semua orang tahu atau ambik pedulik), sejak dahulu lagi serangan keatas sawit dari negara eropah tidak pernah padam. Dulu, dikatanya sawit akan menyebabkan kanser dan mempunyai kolestrol yang tinggi. Tetapi akhirnya fakta tersebut meleset. Mereka telah menukar taktik serangan dengan mengatakan industri sawit memusnahkan alam sekitar dan membunuh habitat orang utan. Pengaruh NGO amat kuat dinegara-negara barat hingga mempengaruhi rakyatnya. Hasilnya seperti ujian dua sampel coklat diatas.

Negara-negara asia khususnya, yang banyak menjalankan industri kelapa sawit, telah ditekan dengan bermacam-macam piawai dari barat. Industri sawit sebenarnya sedar, tekanan ini bukanlah bermakna sawit itu tidak menyihatkan, bukanlah sawit itu memudaratkan persekitaran. Tekanan ini semata-mata kerana barat ingin menjaga industri soya, jagung dan bunga matahari mereka. Jika dilihat, siapakah yang terlebih dahulu mengasap-hitamkan bumi, siapakah yang lebih dulu mencemarkan sungai, siapakah yang lebih dahulu membunuh binatang?

Jawapannya...mereka dan keluarga serta datuk nenek mereka juga...

p/s: Kekadang bila aku kata kat orang yang aku kerja motong sawit, orang kita sering pandang sinis. Kekadang menggambarkan aku 'mandur yang memakai seluar pendek'. Hmmm...orang barat menekan kita, orang kita pun menghina kita, tokey pun memeras kita...aku dah macam pisang penyek.

Wednesday, December 2, 2009

Lasabek...(Lawatan sambil bekerja)

Hmmm...apa khabar followers, apa khabar pelawat...Dah dekat sebulan tak mengupdate. Busy giler beb...sorry lah kalau Penjejak Awan telah membuang masa, elektrik bill dan bayaran broadband kalian apabila menjejakkan mouse di sini.

Seperti amatur rasanya bila lama tak masukkan entri disini. Agak terkial-kial. Apa yang nak ditulis?....entah...

Minggu lepas aku bertugas di Miri. Banyak kenangan jugak bekerja di sana. Dengan kepayahan, keseronokan dan kepenatan. Semuanya bercampur baur. Dan bila pulang ke sini, bermacam-macam jugak hal yang berlaku. Nanti akan aku ceritakan satu persatu. Kita santai-santaikan mata dengan melihat sedikit keindahan dan keunikan Miri.

Perpustakaan Miri

Pemain Sape Long Jegan

Perisai Kaum Iban

Sape dalam proses pembuatan

Sungai Tinjar

Ombak memukul pantai

Marina Bay

Bandar Miri dari atas Bukit Kanada

p/s: Kos hidup agak tinggi...sepinggan kecil sayur pucuk paku goreng bernilai RM5...perghhh. Kat kampung aku main petik-petik jer.

Blog Widget by LinkWithin