Pengikut Awan

Sunday, May 20, 2012

Akhirnya, kini pasti...

Salam Sejahtera,

Entri lepas pasal sukan, hari ini pun pasal sukan juga. Sebelum bermulanya EURO 2012, kesemua pengejaran piala peringkat kelab di benua Eropah telah tamat. Liga tempatan dan Asia sahaja yang masih berlangsung.

Tahniah kepada pasukan Kelantan dalam Final Piala FA dengan mengalahkan pasukan kelab Sime Darby dengan kemenangan 1 - 0 hasil jaringan penalti Mohamed Ghaddar pada minit ke-58. Walau bagaimanapun, tahniah juga kepada Sime Darby kerana layak juga ke final sebagai pasukan berstatus kelab.


Caiyook...tahun depan minta Simply Siti pulak jadi penaja...hehehehe..

Penjejak Awan bancuh Ali Cafe sambil menyiapkan kerja-kerja printing sambil menunggu game seterusnya malam tadi. Piala Juara-Juara antara Chelsea dan Bayern Munich. Game ini kalau ikut mitosnya akan jadi penentu kepada Juara Euro tahun ini. Setelah bersengkang mata hingga ke jam 5.30 pagi, akhirnya setelah kedudukan seri 1-1 dalam 90 minit (Muller minit 83, Drogba minit 88) dan mengharungi masa tambahan yang masih berkedudukan seri dan sepakan penalti....Chelsea menjuarainya dengan kemenangan kemenangan 4-3.


Adakah Drogba akan masih bersama The Blues lagi musim depan?

p/s: Asalkan Bukan United!!!

Tuesday, May 15, 2012

Mengintai Dari Tirai Kamar...

Salam semua...

Hari nie tak mau tulis apa-apa. Just melihat-lihat sini-sana, kemeriahan disekeliling Stadium Old Trafford...hmmm

Penaja baru ker??

Yang nie puas aku cari dari semua channel Astro Sport, tapi tak ada pulak siaran langsung ataupun ulangan

Kenapa ada nampak dulang tu? Ada rewang ker? Kerja kawin? Makan nasi Ambeng?

Jiran yang bising...last game memang layak bising...

Dijumpai dalam tandas Stadium Old Trafford

Bukti kukuh junk food itu tak baik untuk kesihatan dan kecergasan.

Akhir sekali...

Sesiapa yang kenal, sila tuntut di bahagian Lost & Found kat tepi stadium

Terima kasih....








Blog Widget by LinkWithin