Salam semua,
Memetik soalan dari rombongan Sultan Masai untuk menentang Sultan Shahrul Nizam dimana ahli nujum beradu dengan ahli nujum dengan soalan:
"Satu...baaanyak, Dua...sikit-sikit, Tiga...jarang-jarang, Empat...kadang-kadang..."
Menyentuh pula tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang 'hangat' di pejabat-pejabat LHDN sekarang ini.
(Borang BR1M ini adalah percuma, boleh disalin semula dan diedar)
Apa kena mengenanya dengan soalan ahli nujum???
Semasa bersembang kosong di kedai kopi, tersembul pula idea bicara dikalangan rakan-rakan mengeteh...
"Bagaimana kalau kita ini ada isteri empat? Berapa banyak yang akan diberi?"
4 orang isteri yang ditanggung akan dapat 4 x RM500 berjumlah RM2,000
"Kalaulah seorang isteri ada 3 orang anak?" (merujuk wang bantuan RM100 untuk pelajar sekolah)
3 orang anak x 4 berjumlah 12 orang anak, maka akan dapat 12 x RM100 berjumlah RM1,200
"Dan jika suami dan isteri-isteri pula bekerja di sektor awam, kira langsamlah seorang dapat bonus RM1,000 tahun nie"
5 orang dengan bonus minimum RM1,000 berjumlah RM5,000
Bila dikira-kira setelah meminjam calculator dari kedai kopi maka jumlah pemberian yang diterima oleh seorang yang beristeri empat dan anak seramai 12 orang adalah sebanyak RM8,200!!!
Maka dijawablah oleh Nujum Pak Belalang...
"KAWIN!!!"
p/s: Ini hanyalah kira-kira kedai kopi, matematik mudah sahaja. Janganlah pula ada yang menyesal atau dengki mendengki...