
Pengikut Awan
Monday, February 28, 2011
Al-Fantasia
by
Hahn 3rd
Kalau ada masa free, marilah sama-sama kita saksikan Rancangan Jangan Lupa Lirik bersama-sama keluarga. Bila ada peserta sedang menyanyi, dan tiba-tiba muzik dihentikan, maka peserta tersebut perlulah mengisi tempat kosong dengan lirik-lirik yang betul. Kalau ada kesilapan nescaya kita yang menonton bersemangat nak membetulkannya dari rumah. Siap ada yang akan menjerit "Apalah!!! itu pun tak tau"
Kalau ada masa free lagi, kita sama-sama menonton Akademi Fantasia atau American Idol atau Mentor atau apa saja rancangan nyanyian...Tom Tom Bak juga ada slot menyanyi jugak. Bila lagu yang diminati itu dinyanyikan, maka kita sama-sama menyanyi. Bila ada yang terkeluar sebab suara tak sedap, kita mungkin nak menangis sama.
Hebat tak hebatnya rancangan-rancangan macam tu disiarkan di kaca-kaca tv. Mampu mempengaruhi kehidupan kita. Mampu membawa kita bersama-sama menghayati dan menyelami jiwa peserta. mampu mengajak kita menyanyi dan menari bersama...
Soalan : Apa makna bacaan yang kita kumat-kamitkan semasa sembahyang?
"Entah, aku hafal jer bahasa arab yang uztaz aku ajar dulu"
Soalan : Apa maksud disebalik lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali
1. Rangkap pertama - usah diluahkan kata perpisahan, jangan diungkapkan lafaz keramat (hanya dia yang tahu apakah ayat keramat itu..boleh jadi i love you..boleh jadi juga "kita putus..") Biar lenyap diserap bunyi, biar senyap yang tak menyepi. Umpama kemarahan yang tercetus, biarkannya lenyap begitu saja. Biar senyap namun masih ada dan dirasai kewujudannya...
2. Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa - Penulis meminta tolong untuk mengingatkannya bahawa pasangannya telah tersedar akan hakikat kenangan yang pernah di cipta bersama (*saku penyeluk masa)..
3. Mari patahkan papan markah lama, Mari padamkan buku tiga lima, Biar luka sembuh sendiri, Biar lupa dimakan hari -Penulis mengajak untuk melupakan segala kenangan silam dan segala hutang piutang yang pahit untuk dikenang supaya luka yang terjadi dapat sembuh dengan sendirinya di mamah oleh masa yang berlalu.
4. Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis menyampaikan rasa hatinya betapa dia berdebar-debar dan hatinya bahagia saat di temani oleh pasangannya.
5. Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa - Penulis mengatakan bahawa dia lupa pada hakikat yang sebenarnya apabila kemarahan merasuk minda dan menyelubingi jiwanya. Lantas bertindak tanpa berfikir akan kesannya.
6. Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis meminta untuk diingatkan saatnya dia tersedar betapa berbahagianya dia dapat bersama pasangannya.
7. Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa -Penulis mengulangi kata yang sama untuk mengingatkannya mengenai kisah mereka berdua dan menghargai akan pasangannya dan perasaan kasih yang menemaninya.
Complete disitu maksud lagu tersebut...walaupun ia cuma bahasa melayu yang tak perlu dialih bahasa...
Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah
BERITA HARIAN
2011/02/28
KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.
Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.
Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.
“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.
Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.
“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.
Hmm...buat mereka-mereka yang telah lupa, terlupa dan pura-pura terlupa yang dia pelupa...
Tafsiran surah Al-Fatihah.
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."

Budak-budak umur 5-6 tahun...dengar lagu Maher Zain dalam kereta, mereka terlonjak-lonjak menjerit menyanyi "Insyaallah...insyaallah...insyaallah" tanpa paham apa maknanya. Budak-budak kecik...tak ada akal lagi...
P/s: Aku bukan orang arab tapi pernah ambil subjek arab. Tapi mengapa tokoh Maal Hijrah tahun nie ada budak bukan arab tapi lulus cemerlang bahasa arab? Adakah dia berbahasa arab sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari?
Saturday, February 26, 2011
Lagu Pengantin Popular...
by
Hahn 3rd
Musim cuti sekolah dah lama habis. Tetapi masih ada jugak jemputan perkahwinan di sana-sini. Ada eloknya juga memilih hari perkahwinan bukan di musim-musim cuti sekolah atau perayaan, kerana kurangnya saingan dan dapat mengelak pertembungan dengan majlis-majlis yang lain.
Acapkali bila kita menghadiri majlis-majlis perkahwinan, lagu-lagu yang akan dimainkan adalah tak lain dan tak bukan adalah lagu-lagu untuk pengantin. Yang popular adalah lagu dendangan Saloma bertajuk 'Selamat Pengantin Baru'. Juga tak ketinggalan lagu dari Tan Sri P.Ramlee 'Di Renjis-renjis Dipilis' dan tak kurang popularnya adalah dari Tan Sri P.Ramlee juga 'Kalau Dah Jodoh Tak Kemana'.
Berikut adalah senarai lagu-lagu yang biasanya dimainkan sepanjang majlis berlangsung...
1. Ala Emak Kawinkan Aku – Zainurin Mohd Don
2. Berapakah Hantarannya – Junainah M Amin
3. Bunga Rampai – Zaleha Hamid
4. Di Malam Persandingan – Sharifah Aini
5. Direnjis Renjis – P Ramlee
6. Gambus Jodoh – P Ramlee
7. Gendang Berbunyi – Zaleha Hamid
8. Inai Di Jari – S Jibeng
9. Inai Pengantin – Sanisah Huri
10.Inang Pengantin – Masnah Ali & R Ismail
11.Joget Andam Pengantin – Rahimah Rahim
12.Joget Mak Andam - Ahmad Jais
13.Joget Malam Berinai – Sanisah Huri
14.Joget Pengantin Baru – Rafeah Buang
15.Joget Sindir Pesan – Black Dog Bone
16.Kalau Ada Jodoh – Muhaini Suratman
17.Kalau Jodoh Tak Ke Mana – P Ramlee & Saloma
18.Kompang Dipalu – Izam Eye & Waheeda
19.Malam Pengantin – Rabbani
20.Menanti Jodoh – Sanisah Huri
21.Menunggu Nasi Minyak – Ahmad Daud & Zaleha Hamid
22.Pak Kelepak Pak Pong – M Daud
23.Pengantin Baru – A Kadir & Ida Laila
24.Pengantin Bersanding – Sanisah Huri
25.Pengantin Tiba – DJ Dave
26.Pinang Sireh Pinang – Ismail Haron & Anita Sarawak
27.Sebentuk Cincin Permata Berlian – M Ishak
28.Selamat Pengantin Baru – Saloma
29.Selamat Pengantin Bersanding – Jaafar Ahmad
30.Seloka Pengantin – The Unwanted
31.Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud & Rafeah Buang
32.Tari Bunga Rampai – Faridah Amin
33.Zapin Adat Berkasih – Syura
34.Zapin Pengantin Baru – Ahmadi
Banyak lagi kalau nak di senaraikan. Termasuk lagu-lagu dari era baru. Tetapi pilihan dari lagu era-era lama tetap menjadi pilihan kerana tradisinya sudah begitu.
Sungguhpun begitu...lagu-lagu dengan tema pengantin yang jarang atau tak mungkin langsung akan kedengaran adalah lagu-lagu seperti berikut...
1. Ayahku Kawin Lagi - L. Ramlee
2. Tenda Biru - Desy Ratnasari
3. Pelamin Anganku Musnah - Azie
Kenapa yer? Hehehehe...takut hati pengantin terguris kot...hehehehe
Dan ada satu lagi lagu yang tak pernah didengar di majlis-majlis perkahwinan...
Ini pun lagu majlis pengantin jugak kan...
P/s: Kadang-kadang nak jer mendajalkan member...nak suruh DJ tujukan lagu 'Disana Menanti, Disini Menunggu' kat pengantin lelaki. Biarkan pengantin perempuan confuse sekejap. Hehehehe...
Friday, February 25, 2011
FACEBLOG
by
Hahn 3rd
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.TERIMA KASIH
Tuesday, February 22, 2011
Jag Kaca Arcopal...
by
Hahn 3rd
Dalam kehidupan kita, pastinya akan kita menerima 'jemputan' atau berita tentang kematian samada rakan-rakan, saudara-mara atau ahli keluarga. Dan seharusnya kita menghormati pemergian mereka dengan sekurang-kurangnya menziarahi rumah arwah. Dan hendaklah dengan niat tulus ikhlas menziarah...bukan nak ambil surat fotostat kematian supaya dapat claim cuti...
Apa yang Penjejak Awan ingin cerita sebenarnya adalah berkenaan jag kaca...
Tahu ker apa jag air tu...

Sudah menjadi kelaziman masyarakat orang kita, apabila rumah tersebut ada kematian, maka ahli rumah akan meletakkan jag seperti ini di tangga atau pintu depan rumah. Kadang-kadang boleh diletakkan disisi susunan surah Yassin berhampiran jenazah.
Jag air ini begitu simbolik. Tanpa label dan tanpa tulisan, orang akan tau ia bukan untuk diisi dengan air sirap atau ribena. Ia secara automatik adalah tempat pelawat-pelawat menghulurkan derma secara ikhlas sebagai tanda simpati kepada keluarga simati. Tanpa disuruh...tapi paham-paham sendiri laa letak dalam jag tu...
Tabung derma nie ada macam-macam. kalau di surau-surau atau masjid-masjid biasanya menggunakan kotak kayu atau kotak besi. Bila masuk kedalam surau atau mesjid, pastinya apabila nampak dek mata 'objek' tersebut kita faham, kalau ingin menderma, sila masukkan kedalam kotak tersebut. Amalan masjid-masjid ketika solat jumaat pula biasanya orang akan menyorong kotak-kotak ini dari saf ke saf. Cuba anda fikir sejenak, kalau kotak itu ditukar kepada jag kaca dan ia dihulurkan dalam saf anda. Anda mungkin terfikir "Ada orang meninggal ker?"

Ya...apa yang ingin Penjejak Awan sampaikan adalah simbolik jag kaca itu pada setiap kali ada kematian. (Walaupun ada yang menggunakan jag plastik, tapi majoriti yang kita temui menggunakan jag kaca).
Tapi kenapa jag kaca? Adakah kerana ia berkaitan dengan bekas menyiram air mawar di pusara? Entahlah...tapi pada Penjejak Awan, eloklah sekiranya amalan itu tidak meletakkan jag kaca itu semata-mata. Eloklah kiranya ianya dibalut samada dengan kain putih atau dibalut dengan kertas supaya ia tidak akan buat sesetengah pelawat itu terasa malu-malu atau segan. Yelah, mereka-mereka yang datang dari pelbagai level dan kelas. Ada yang datang dengan ikhlas, tapi bawak cuma singgit. Nak masukkan singgit, semua orang kat situ boleh nampak dengan jelas. Paling tidak pun kena masuk sepuluh hinggit...dan ini akan menjadikan keikhlasan itu seperti keterpaksaan.
Kalau tidak pun, apa kata ubah sikit tradisi. Agar nampak terang keikhlasannya samada dipihak tuan rumah ataupun pelawat. Cuba tukar kepada tabung seperti ini...

Hehehehe...Kalau takut orang masih mencari-cari jag jugak, tuan rumah boleh letak label 'Tabung Derma Kematian' kat situ.

Kadang-kadang terfikir jugak. Kenapa dulu-dulu orang gunakan peti undi bertutup. Supaya nyata yang undi itu rahsia. Sekarang, peti undi mesti telus. Boleh nampak, tak ada penipuan, telus. Jadi kalau kotak derma pun perlu diketahui tahap keikhlasannya, maka janganlah dipanggil derma. Tukarkan namanya kepada bayaran tol atau yuran kehadiran.
P/s: Kalau sesetengah tempat tu, bila kenduri kawin, kena daftar dulu dan declare berapa ringgit nak dibagi. Perkahwinan pun dah jadi medan bisnes. Anak yang kawin, mak bapak dok memikir berapa banyak dia boleh kaut dari orang kampung. Kalau dia dapat tau ada yang tak menghulur, habis diumpat kejinya...
Subscribe to:
Comments (Atom)
