Pengikut Awan

Friday, March 12, 2010

Jadi..maka jadilah...

Ketakutan...menggigil...seram-sejuk...

Macam-macam berlaku di persekitaran yang dikatakan 'aman'. Yang tak pernah terfikir, yang berulang-ulang berlaku dan yang menyentuh hati dan perasaan. Apakah kita telah hilang adat ketimuran...seperti yang diagung-agungkan dan di iklankan seantero dunia?

Beli mana-mana suratkhabar utama negara. Baca dari muka depan hingga muka belakang. Ambil kalkulator atau pen dan kertas. Buat dua column, sebelah kiri kita tuliskan berita positif dan sebelah kanan tuliskan berita negatif. Anda baca berita-berita itu dan tandakan pada kertas tadi. Maka yang paling banyak sekarang adalah berita-berita NEGATIF!!!

Apa nak jadi nie? Berita bayi dibuang, budak dipijak, tadika diserang, artis ditangkap, kemalangan ngeri, skuad bolasepak yang kalah...dan macam-macam lagi. Otak manusia nie lembut, macam span...kalau hari-hari memandang dan membaca benda-benda negatif, maka sedikit sebanyak, kita jugak akan berfikiran negatif.

Manusia mengejar kebendaan dan keduitan serta kemahsyuran. Pergi mampus dengan benda-benda yang berkait dengan sopan santun dan tatasusila hidup. Yang 'atas-atas' kebelakangan ini agak 'sibuk' menjatuhkan lawan dan jugak kawan. Penjejak Awan amat takut...satu hari negara akan jadi macam neraka. Berlambak-lambak perbuatan terkutuk di jalanan. Silap-silap haribulan, wanita bertudung yang merokok di tepi-tepi pasaraya akan jadi pandangan biasa. Tong sampah kitar semula akan bertambah satu lagi...kertas,plastik,kaca dan bayi. Filem kita pun akan 'setaraf' dengan filem barat..tak perlu laa cakap ada penapisan.


Tak takutkah kita mengingatkan nasib anak-anak kita atau anak-anak saudara kita yang bermain riang di laman rumah? Apakah nasib mereka nanti. Kalau setakat berkata "Kita perlu didik mereka dengan disiplin" itu tidaklah mencukupi. Tarikan rakan-rakan, tarikan media dan tarikan lelaki bangla dan afrika sangatlah kuat. Kekadang mereka yang beruniform, yang sepatutnya menjaga keselamatan anak-anak kita pun dilaporkan melakukan jenayah. Siapa kita nak percaya sekarang?

p/s: Sekarang boleh kita lihat dengan jelas, orang kita 'dibenarkan' beratur membeli nombor ekor. Kalau dulu-dulu, orang kita yang buat menda-menda macam tu dah kena kutuk dek orang kampung.

Friday, February 26, 2010

Mengertikah kita...?


Hari memperingati sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari ini 26 Februari 2010.

Untuk peringatan kepada mereka yang terlupa...dan mungkin betul-betul terlupa:

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb.Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susuan iaitu wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Diharap sinopsis ini dapat mengingatkan kembali mereka-mereka yang terlupa. Maklumlah, zaman sekarang nie banyak yang nak diingat. Kapasiti otak pun tak mampu nak simpan semua, maka kekadang benda-benda macam yang tertulis kat atas ini terpaksa didelete atas alasan "Menda-menda nie cuma perlu diingat ketika nak ambik periksa sekolah agama jer...". Hmm... kalau baru lepas peksa tahun lepas mungkin masih ingat sikit-sikit. Tapi kalau sekarang nie umur dah 35 tahun, maka ingatan terhadap sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W ini mungkin dah terpadam lebih kurang 15 tahun yang lalu!!!

Atau kalau teringat pun setahun sekali bila dengar di TV atau Radio. (Tertakluk siaran mana yang dibuka, kalau 24 jam menghadap Siaran HBO di Astro, memang tak dapat laa nak mendengarnya)

Atau ketika joining perarakan anjuran persatuan atau jawatankuasa atau atas 'arahan' jabatan atau syarikat. Berarak jerlah yang lebih, dengan kain samping yang mengerlip. Cuba secara random kita tanya orang-orang yang berarak tu soalan-soalan simple tentang sejarah kelahiran nabi, mungkin (aku kata mungkin) ada yang tergagap-gagap nak menjawab. Almaklumlah, kekadang berarak tu cuma nak nampak gah dan nampak terbaeekk...jer.

p/s: Tapi majoriti bergembira riang ria dengan sambutan Maulud tahun nie...mana taknya...dapat cuti jari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Cuti CNY haritu dah ambik sampai seminggu. Maka apakah pengertian Maulidur Rasul tu? "Dapat cuti panjang...yahooo"

Wednesday, February 24, 2010

Rokok vs Orang...

Adakah lupa diri itu bersamaan dengan pengsan atau pitam? Atau ianya hampir-hampir dengan sesat atau lebih tragis lagi kurang upaya?

Jawapannya tidak...kerana pengsan atau pitam boleh membatalkan wuduk atau air sembahyang tetapi lupa diri itu tidak membatalkan. Walaupun lupa itu boleh menyebabkan kita sesat jalan, tetapi biasanya dengan kemudahan handphone, kita masih boleh membetulkan perjalanan kita. Lupa diri juga gagal membuktikan yang ianya bersangkutan dengan kurang upaya kerana lazimnya kita berperasan belas kasihan kepada mereka yang kurang upaya tetapi pada mereka yang lupa diri acapkali perasaan menyampah dan menyumpah-nyumpah itu akan wujud.

Kebiasaannya mereka yang terlibat dan berkecimpung dalam arena lupa diri ini adalah mereka yang berpendapatan biasa-biasa tetapi beroleh kekayaan dengan cara yang agak mudah. Berbanding mereka yang miskin papa kedana yang berusaha sedikit demi sedikit hingga makan tahun untuk menjadi sesorang yang boleh dianggap berduit.

Lupa diri ini biasanya akan membuatkan mereka-mereka yang dulunya sebaris atau sekumpulan atau sekutu atau sejiwa (dan jiwa-jiwa) dengan 'pesakit' ini luluh hati melihatkan keadaannya. Mana taknya, masa keadaan susah, kawan-kawan yang rapat inilah tempat dia mintak tolong. Takder nasi, kawan-kawannya belikan sebungkus...takder air, kawan-kawannya bagi sebotol...pening kepala, kawan-kawannya berkejaran membelikan Panadol Actifast!

Tapi bila si Lupa Diri ini kenal baik dengan kawan baru yang berharta, berkereta besar, berumah besar dan senang cakap berdompet besarlah...mulalah kawan-kawannya tu disepak terajang jauh-jauh. Tak penting dah. Nasihat kengkawan pun dah lupa dah. "Apa barang aku nak dengar cakap korang, apa yang aku dapat?"

Dan bila kengkawan tu mula meluahkan rasa tak puas hati, dituduh laa pulak oleh si Lupa Diri nie yang kengkawannya sengaja nak buang dia jauh-jauh. Kekadang mengungkit pulak yang dia pernah ada jasa sikit-sikit dulu, digunakan sebagai modal politik untuk mengeluarkan falsafah "Habis madu sepah dibuang"....eh eh...siapa pulak yang buang siapa?

Yelah...dah senang, dah happy..."Pergi mampus laa dengan kenangan silam. Yang penting, aku happy giler dengan kawan baru aku. Ada aku suruh ko kesah?"


p/s: Betul kata orang, rokok lebih jujur daripada orang. Kat luar kotak dah terang-terang tulis 'Merokok Membahayakan Kesihatan', tapi kat dahi manusia tak pernah pulak tertulis 'Aku Materialistik'

Tuesday, February 23, 2010

Syukran ya ahi...

Marilah kita belajar tentang Terima Kasih dalam lain-lain bahasa. Semoga apabila kita sesat jalan di negara orang atau tetiba dibantu oleh warga asing di tepi jalan raya kita sendiri kita tahu mengucapkannya...

1. Bahasa Inggeris : Thank You, Thanks, Thank You Very Much

2. Bahasa Prancis : Merci, Merci beaucoup

3. Bahasa Jerman : Danke

4. Bahasa Spanyol : Gracias

5. Bahasa Jepang : Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita

6. Bahasa Belanda : Dank Je

7. Bahasa Italia : Grazie

8. Bahasa Portugis : Obrigado

9. Bahasa Korea : Gamsa-hamnida

10. Bahasa Mandarin : Xie-xie

11. Bahasa Arab : Syukron

12. Bahasa Ibrani : Toda

13. Bahasa Afrika : Dankie, Baie Dankie

14. Bahasa Mesir Kuno : Dua Netjer en ek(lelaki), Dua Netjer etj (perempuan)

15. Bahasa Yunani : Sas efharisto, efcharisto

16. Bahasa India : Danyavad, Dhanyawaad, Shukriya

17. Bahasa Islandia : Takk, Takk fyrir

18. Bahasa Finlandia : Kiitos, Kiitoksia

19. Bahasa Wales : Diolch yn fawr

20. Bahasa Tagalog : Salamot

21. Bahasa Thai : Khwap khun, khwap khun khrap

22. Bahasa Tibet : Tujechhe

23. Bahasa Scotlandia : Thank ye, Thenk Ye

24. Bahasa Sansekerta : Anugurihiitusomi

25. Bahasa Rumania : Multumesc

26. Bahasa Jawa : Matur Nuwun,...(wes ngerti kabeh...)


p/s: Bahasa hanya menunjukkan bangsa...tapi bangsa yang budiman adalah yang senantiasa berterima kasih walau dengan bahasa apa sekalipun. Orang kita tak cakap terima kasih tuhan jika memperoleh kesenangan, tetapi lazimnya menyebut Alhamdulillah walaupun kita bukan orang arab.

Blog Widget by LinkWithin