Pengikut Awan

Friday, October 30, 2009

Persahabatan Prabayar...

Zaman telah banyak berubah. Semakin lama semakin maju, semakin lama semakin membuatkan anda buntu...

"Apa kasta engkau untuk menjadi geng aku?". Soalan begini kita tak dapat mendengarnya, tapi kita boleh membacanya hanya dengan melihat bahasa tubuh (body language).

Aku agak terpesona dengan kata-kata seorang sahabat lama...

"As you get older, you will face many separations; your loved ones and friends will leave and the number increases. It used to be years before you lose someone, then months and now daily. It gets harder and more heart-breaking..."

Berbalik pada topik diatas, "Apa kasta engkau?"

Dulu, lebih kurang tahun 90an menginjak ke tahun 2000, standard untuk menjadi seorang lelaki macho atau layak menawan hati bakal ibu-ibu mertua biasanya diukur melalui aset yang anda ada iaitu; Rumah (tak kira walau anda sewa), ada kereta sebijik, ada motor sebijik dan ada Astro.


Ini antara standard yang diperlukan supaya anda menjadi popular dan jumlah kenalan juga dapat dikekalkan dalam jumlah yang sama.

Start tahun 2000, kegilaan terhadap handphone memuncak maka anda perlu sebaris dengan kenalan dan kekal dalam ranking popular. Untuk itu anda perlu ada handphone secanggih Nokia N series. Kalau ada N95 tu dah dikira hebat lerr...dan sebijik laptop yang boleh anda bawak kehulur kehilir.

Masuk tahun 2009 ini, anda perlu lebih upgrade lagi. Tiada kompromiiii....!!! Jika tidak, bersedialah dengan kutukan-kutukan tak hengat kengkawan. Untuk itu, siapkanlah duit kocek atau kad kredit dan pergilah shopping sekarang. Anda perlu mendapatkan Macbook Pro, Kamera SLR dan jugak iPhone (latest iPhone 3Gs).

Jika anda tidak mendapatkannya sekarang, maka jumlah kenalan anda akan semakin berkurangan sehari demi sehari. Tiada siapa akan komen wall post yang anda titipkan ke dalam FB. Dan jumlah balasan sms yang anda send to all akan juga berkurang...

p/s: Mana nak cari keikhlasan? Kencing pun kena bayar 30sen inikan pulak nak berkawan. Macammana kalau kawan tu dah mati nanti ye? Nak harap kengkawan sedekahkan Al-Fatihah...jangan mimpi. Maka terpaksalah keluar duit buat kenduri tahlil. Nak kan Al-Fatihah dihantar ke kubur pun perlukan duit...

Tuesday, October 27, 2009

Respect The Don...

Khas untuk kengkawan...

Dapat kat facebook...ingatkan wall post Mafia...hahahahaha...


p/s: Gembira dan stress bercampur baur...otak dah macam telur dadar. Macam-macam nak pikir. Release kat sini jap. Tu pasal entri kali ni hampeh (hampeh sesangat untuk budak-budak MU jer...hahahaha)

Monday, October 26, 2009

Mangkuk dan Tok Imam...

Di sebuah kampung ada tiga orang remaja yang suka melepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.

Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Ali pun berkata,

"Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yangg disangkakan".

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib, pergilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,

"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."

Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali pun tak khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam.

"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat ler takbiratul ihram.

"Allahu akbar!"

Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata,

"Aa, tengok! Sekali jee Tokkkk!!"

Lalu batallah solat Budin. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai ler habis sembahyang.

Siap dengan wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun memuji-muji ler si Ciko ni...

Tapi dengan bongkaknya si Ciko berkata,

"Hehehehe, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dahsyat aku semayang. He heee..."

Tok imam terkedu...



p/s: hmmmm...nasib baiklah di Johor ada sekolah agama belah petang...tapi itupun masih ramai yang isap dadah...

Monday, October 19, 2009

Open House lwn Jiran House...

Suasana hujung-hujung hari raya masih ada sedikit lagi. Dihujung-hujung Syawal masih lagi hangat dengan program rumah terbuka sana sini. Berselisih jugak dengan majlis-majlis perkahwinan sempena cuti yang agak banyak sempena hari Depavali.

Open house...budaya yang telah diamalkan sejak lama dulu. Caranya mungkin berbeza antara satu rumah dengan rumah yang lain, antara negeri dengan negeri yang lain atau antara kampung dengan kampung yang lain. Di bandar, acaranya agak santai dan kadangkala ekslusif. Mungkin tetamu terpaksa self service, berborak sambil berdiri atau makan dibawah khemah. Di kampung (nak citer terutama kampung aku)..open housenya dipanggil bara'an atau senang dipanggil marhaban. Itu pun satu bentuk open house jugak.

Niat buat open house ni baik. Untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama tak kiralah saudara mara atau sahabat taulan. Tetapi ada kalanya ia amat menyakitkan hati terutama mereka yang dipanggil jiran. Ada ketikanya, jiran tak tahu pun yang orang sebelahnya nak buat open house. Mungkin nak surprise, tapi jika pagi-pagi buta jiran tu hendak pergi ke destinasi lain, maka dia tak akan dapat hadir. Atau jiran tersebut pagi-pagi dah keluar dan petang apabila balik, didapati ramai mengunjung rumah jiran sebelahnya. Dan disebabkan jiran itu tidak menjemput, maka 'kemalu-maluanlah' untuk dia hadir. Jadi, janganlah pulak lepas ini nak salahkan jiran sebelah dinding tak datang yer...

Yang paling teruk semasa open house ini adalah parking. Kekadang tetamu yang datang menganggap bahawa bangunan disebelah rumah open house tersebut adalah kandang kambing atau kandang lembu agaknya. Jelas sekali dihadapan rumah jiran tersebut ada pintu gate yang besar yang boleh dimasukkan kereta hatta lori 1 tan pun boleh muat. Tapi dengan selamba kataknya dia boleh parking kereta betul-betul kat depan pagar jiran. Dan apabila jirannya nak masuk, baru terhegeh-hegeh nak alih kereta. Kadang tu kereta jer Mercedes tapi perangai macam orang berkudis. Hangin jer aku..!!!

Ye...ini kisah jiranku yang buat open house. Aku tak pergi kerana aku tak diberitahu awal-awal, kebetulan aku ada urusan di Mersing dan seawal subuh aku dah keluar dan apabila balik jam 3.00 petang, ada sebiji Wira depan gate. Setelah dialihkan, baru aku dapat masuk ke dalam rumah. Jam 5.00 petang aku terpaksa keluar kerana ada urusan lain dan jam 6.45 petang aku pulang semula ke rumah...ada sebuah Mercedes pulak depan rumah. Tapi kali ini agak celaka kerana pemunyanya buat tak endah. Apa kejadahnya tuan rumah yang buat open house ni? Kereta kawan-kawannya dibenarkan sesuka hati mak bapak dia untuk parking kat rumah orang. Hati kengkawan dia jaga, tapi hati jiran...??


Peristiwa ini bukan baru berlaku, tetapi sejak tahun lalu perangai jiranku dan kawan-kawannya memang macam tu. Bangang... aku pun tak hingin nak join. Bukan apa...sepanjang setahun diaorang jadi jiran aku, hygiene dan housekeeping mereka agak teruk. Kekadang kayu dan plastik jualan makanan terjuntai sampai ke rumah aku (diaorang jual jajan depan rumah). Malam pulak kawan anak-anaknya duduk bersembang sampai memalam buta, ketawa macam setan... Selama 364 hari aku sekadar bertoleransi dengan keselekehan perangai diaorang, takkan laa bila 1 hari aku tak join open house, diaorang nak kata aku tak reti berjiran? Boleh blah laa...siapa yang tak reti jaga hati jiran sebenarnya?

p/s: Ramai yang akan berkata "Hormatilah jiran ko...hormatilah jiran ko..." Tetapi siapakah yang akan menghormati aku sebagai jiran? Adakah aku terpaksa menjadi kambing supaya kawan-kawan jiranku gembira makan karinya...??

Blog Widget by LinkWithin