Pengikut Awan

Tuesday, May 19, 2009

Anda tidak sendirian...sampai bila-bila

Liga Perdana Inggeris akan melabuhkan tirainya untuk musim 2008/2009 pada hujung minggu ini. Tahniah Liverpool kerana menduduki tangga kedua. Walau apa pun 'You'll Never Walk Alone'.

Apa yang menarik perhatian aku adalah pada perlawanan minggu lepas antara Liverpool dan West Brom yang berkesudahan Liverpool menang 2-0. Memang tampak tiada apa yang perlu dikejar. Jelas permainan nampak kurang bermaya hanya setelah Steven Gerrard menjaringkan gol pembukaan hasil kesilapan pemain pertahanan West Brom. Memang silap besarlah kalau melakukan kesilapan sebegitu di depan seorang yang bernama Steven Gerrard.

Tetapi pada hampir penghujung perlawanan, satu insiden dimana Liverpool cuba mempertahankan gawangnya, pemain bek kanan, Arbeloa berlanggar dengan bek tengah Carragher dan berlaku tolak-menolak dan perang mulut antara mereka. Agak kecoh juga bila pemain sesama sendiri bercakaran di padang. Ianya mungkin berpunca dari tindakan Arbeloa yang telah terkeluar posisi dan sepatutnya mengawal bahagian kanan pintu gol mereka. Kemudian berlari cuba mengeluarkan bola dan melanggar Carragher berdekatan tiang pintu gol.


Ramai yang mengkritik dan mengejek. Ada juga secara sinis merendah-rendahkan tindakan Rafa Benitez(pengurus) mempertahankan insiden tersebut. Ya...mungkin aku penyokong Liverpool 'Susah Mati' dan orang akan kata "Sebab tu team ko, memang ler ko sokong". Hmmm...bukanlah namanya penyokong setia kalau sibuk memuji pasukan lain.

Berbalik pada kes tadi, aku rasakan insiden itu cukup profesional. Liverpool tak akan menang liga tahun ni, itu adalah fakta. Tapi bermain bersungguh-sungguh seperti ianya adalah perlawanan akhir adalah satu sikap yang amat jarang kita lihat. Dan memang susah nak lihat komitmen sebegitu di liga tanahair atau pertandingan luar yang diwakili pemain kita. Mereka tak dapat apa-apa pun jika menang game tersebut, tetapi komitmen terhadap kerja yang mereka lakukan memang cukup menyentuh hati.


Biasanya apabila dilihat pasukan kebangsaan atau liga tempatan kita leading sesuatu game, tampak jelas kita rasa dah menang dan lebih suka menjadi defensive. Lepas tu kita kalah. Begitulah juga jika kita memang dah keluar dari saingan dan bermain dalam perlawanan terakhir sebagai pelengkap jadual, permainan memang longlai. Biasanya pemain bertaraf star direhatkan.(Star ke diaorang??? Bijirin Honey Star je kot?)

Kalau dah menjejak kaki di medan pertarungan, target mestilah satu dan hanya satu...iaitu MENANG. Biarpun dah terkeluar, tapi lawan tetap lawan!!! Contohilah Jamie Carragher...

p/s: Mungkin ada pemain bolasepak yang menerjah disini. Mungkin mereka memaki hamun dalam hati dengan entri aku ini. Kalau ditanya sorang-sorang pemain, rata-rata penyokong gila baban MU. Cheh...lepas tu nak jemput MU datang main sini...untuk memalukan diri-sendiri dan dapat perolehan dengan duit tiket. Baik lerr tampal poster team Korea atau Iraq kat loker masing-masing dulu. Loloskan ler diri dari Asia dulu...

Sesekali Ku Rasa Teringin...

Lama jugak tak ke sini. Dan lama jugak aku pendam dalam hati. Yelah...aku kan manusia, bukannya MyVi atau Exora. Bila dipikir-pikir dan dikenang-kenang...dah ramai yang hilang, dah ramai yang tertinggal. Entah kemana dan dimana silapnya, hanya tuhan yang tahu. Yang tinggal hanya sisa-sisa (maaf) yang sudi melekat. Kemana perginya mereka? Jika benar aku tersilap, aku sujud minta ampun. Dicelah-celah kemurungan, terdengar MP3 ini dari N95 aku...


Siapa Di Hatimu - Rahmat

Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa...

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi
Yang pulang pagi...

Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Kusendiri tidak pasti.. sayang...

Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum di kamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan

Redup senja di kaki malam
Menghilangkan warna ilalang
Dan cinta kini bagaikan
Perkasihan mimpi...



p/s:hehehe...berjiwangan laa pulak. Sesekali...asyik bersatira jer ye tak. Nak jugak berdrama. Mana perginya Sifu Blog aku ni? Beliau gagal dihubungi...harap beliau sejahtera walau dimana dan apa jua yang diceburi. Amin...

Tuesday, April 28, 2009

Haaachoomm!!!...excuse me...hins hins...

Dunia sekali lagi diancam penyakit. Kali ini 'icon'nya adalah babi. Tak lama dulu burung-burung dan ayam-ayam juga dijangkiti selsema.

Mutasi virus menyebabkan berlakunya pembunuh senyap ini. Tak dapat dielak, semakin manusia maju, semakin banyak kewujudan benda-benda pelik didunia ini. Teringat pulak pada cerita X-Files. Banyak mutasi yang terlepas dari sangkar. Dan mutasi-mutasi ini sering membunuh manusia lain. Adakah H5N1 juga adalah kegagalan saintis yang berjaya meloloskan diri dari 'penjara'nya...atau satu bentuk senjata yang baru? Entahlah...ini semua teori belaka.

Betapa susahnya kehidupan seharian. Kita ada penyakit tangan, kuku dan mulut, kita ada selsema burung, kita ada selsema babi...kita ada dengar ikan yang di suntik formalin untuk mengekalkan kesegaran, buah-buahan import disalut lilin, bawang goreng yang digoreng dengan straw...sayur-sayuran pula banyak yang disiram dengan racun makhluk perosak. Apa yang kita boleh suapkan pada mulut kita sekarang nie?

Tengok pada piramid makanan. Dah tak tahu lagi mana satu yang betul atau mana satu yang sihat. Biasanya kita dengar orang makan kerana nak hidup, tapi sekarang macam nak membunuh diri secara perlahan-lahan. Kita dah terperangkap!!!

Eloklah kalau kita menggalakkan pertanian sihat daripada pertanian untuk mengejar keuntungan semata-mata. Hehehe...korang ingat ada ke orang yang nak ikut. "Tak da untung mana boleh idup maa". "Hmm...kalau lu tanam tapi nanti ramai yang mati macam mana?". "Itu dia punya pasal laa... semua olang mati jugak satu hari maa"...mentaliti yang tak akan berubah sampai bila-bila.



p/s: Mana laa orang nak tanam sangat sayur kat laman rumah. Mereka lebih suka tanam bunga. Bior rumah nampak cantik dengan orkid dan ixora. Kalau tanam sayur nie nanti nampak kekampungan pulak...

Friday, April 24, 2009

Aku tersentuh dan menangis...



Setelah mengikuti rancangan 360 yang lalu, aku mencari-cari youtube yang disiarkan di laman web.

Sial, binatang dan semua yang carut-marut aku 'doa'kan kepada pembantu rumah yang bentuk sahaja sebagai manusia tetapi mungkin kulitnya kita diharamkan menyentuhnya.

Budak kecil...apa yang mereka tahu? Mereka masih bodoh...dunia mereka hanyalah bermain dan cuba mempelajari dan ingin merasai sesuatu. Kalau mereka buat salah sekalipun, cukuplah dengan menegur dan jika hendak memukul, pukullah dengan nawaitu ingin mengajar.

Pandang betul-betul mata kanak-kanak kecil yang sedang menangis. Adakah anda perasan yang pandangan mata mereka adalah pandangan mata rayuan, pandangan mata kesakitan...berbanding dengan orang dewasa, apabila menangis, mata mereka penuh sifat benci, sifat dendam. Kita yang dah besar nie kalau mati, neraka mungkin pasti tapi syurga belum tentu. Tetapi kanak-kanak, terus menjadi ahli syurga.

Kalaulah aku boleh menyiasat, mengenal pasti dan menyusuri keluarga pembantu rumah nie, akan aku balas perbuatannya semula...mungkin pada anaknya sendiri. Biar dia duduk melutut dengan tangan terikat memerhatikan sepak terajang aku pada anaknya pula. Bodoh punya orang...

Kalau ada yang menghantar anak-anak ke taman asuhan, sesekali pergi laa mengendap apa yang berlaku kat sana. Manusia ni, kalau depan kita, senyumannya manis sampai telinga. Kita keluar sahaja, muka mereka dah bertukar jadi setan. Kalau muka sahaja tak mengapa, tapi dengan perangai sekali. Elok juga kalau pasang cctv kat taman-taman asuhan sebegitu.

p/s: Ini untuk kanak-kanak yang belum akil baligh. Yang dah besar-besar dan bersekolah tu memang elok ditangan-tangankan. Dah makin jahat aku tengok budak-budak sekolah sekarang nie. Tapi disebabkan undi punya pasal, biarlah mereka dan ibubapa mereka nie dipelihara sebaik-baiknya. Yang dipersalahkan, semua guru-guru...cheh!

Blog Widget by LinkWithin