Pengikut Awan

Friday, March 27, 2009

Sejam Dunia...atau Dunia Sejam


Esok...satu dunia akan sambut earth hour. Dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Idea untuk mengurangkan global warming yang menyerang dunia sekarang.

Promosi earth hour sungguh berkesan. Pagi tadi masa sarapan, orang bercerita pasal earth hour dan apa yang perlu dibuat. Ada yang berkata "Nasib baik takde game EL kat tv". Ada yang buat lawak "Lepas nie banyak umah terbakar sebab guna lilin". Hehehehe...begitu kuat pengaruh earth hour nie. Ramai yang menunjuk minat. Kat tv pun ramai selebriti yang akan menutup lampu. "Ku lihat..hitammmmm...."

Aku teringat dulu, tak berapa bulan dulu. Ada kempen yang cukup penting. Boikot Produk Israel. Tapi apa jadi? Promosi pun takde kat tv. Orang pun tak ikut. Semua gagal...

Entahlah...kalau orang kulit sawo matang yang mencadang, memang payah nak kita ikut. Tapi kalau omputeh yang cakap...kita ikut jer. Kalau omputeh pakai jeans londeh pun, kita akan ikut jugak. Entahlah...

Kita...yang sering melaungkan merdeka, tapi masih kena jajah. Kena ikut cakap mereka. Cakap orang kita, haram nak didengar. Terjerit-jerit dengan perkataan Hidup...! Hidup...! Hidup....!Yelah..hidup sekadar dapat bernafas sebab oksigen itu free. Tapi otak dan jiwa...kena gari dengan kehendak orang lain.

p/s: Earth Hour ini aku tak tau nak sambut macam mana. Sebab biasanya aku memang bukak lampu dapur jer yang boleh menerangi ruang makan dan ruang tamu. Tak mau laa ikut 100% cakap omputeh tu....

Aku belajar sesuatu...

Ampun berbanyak ampun buat semua. Aku terlalu busy dalam 2 bulan kebelakangan ini. Thanks to Cik Ian dan juga Paatz juga kepada yang sudi menjengah kesini walaupun takde tuan rumah. Make yourself at home!

Selama beberapa minggu nie, aku banyak menjadi pemerhati dari jauh. Melihat urusan di dalam negara. Cuma mampu memberi komen dalam hati. Merungut-rungut.

Sepanjang kesibukan aku nie, aku terlibat dengan kerja-kerja bersama omputeh atau mat salleh. Sedang bekerja, terlihat kelemahan orang-orang kita. Betapa susah payahnya mereka nak menerangkan sesuatu perkataan kepada mereka. Terkial-kial. Termasuk jugak aku.

Tapi beberapa minggu sudah, terlihat sekumpulan manusia berarak dijalanan. Membantah apa yang dianggap ilmu. Pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kenapa sampai begitu sekali? Satu dunia tengok sambil tersengih kat kita. Kenapa sampai begitu membuak-buak kemarahan kita kepada bahasa penjajah tu?

Aku bukan berasal dari keluarga yang menjadikan inggeris sebagai bahasa kedua di rumah. Dari sekolah biasa, aku masuk asrama dan kemudian masuk U. Perjalanan aku ini sama sahaja dengan majoriti penduduk Malaysia. (Jadi tak boleh la nak berlagak) Dan disebabkan aku dulu bukan dari sistem tersebut, maka buku yang wajib berada disebelah adalah scientific dictionary. Memang lemah.



Cuba kita sebut perkataan ini...AISLES, ADHERE, WEIR, BUREAUCRAT. Mungkin ramai yang boleh menyebutnya dengan betul, tapi lebih ramai yang terpaksa ulang 2 3 kali untuk menyebutnya.

Aku boleh berbahsa jawa. Kekadang bila bersama group jawa, aku mengutuk kengkawan yang tak faham bahasa. Tersegih-sengih jelah tanda tak paham. Bayangkan kalau kita nie pulak kena hina depan batang hidung oleh orang yang berbahasa asing. Kita juga sama...hanya mampu diam atau sengih sikit-sikit. Kita dihina-hina dan dikutuk depan mata...

p/s: Kenapa tak ada yang beria-ia membantah, berdemo, pecah harta benda awam bila tengok anak-anak kecil dalam Tom Tom Bak menari sambil menyanyi lagu Doktor Cinta yang jelas liriknya berbunyi 'Ku butuh doktor cinta...!' Kan kurang manis bunyiknyer pada kanak-kanak.

Saturday, February 7, 2009

Ahhh...aku berpolitik pula...

Rimas!!!....aku rimas...kewujudan blog ini seboleh-bolehnya mengelak untuk bercakap mengenai politik. Tapi entri ini aku terpaksa releasekan dari benak dan otak aku ini.

Situasi negara menempa sejarah memalukan sekali lagi. Aku tak sebelah mana-mana. Aku cuma rakyat biasa yang memandang kesusahan, kesedihan, kemiskinan dan kemunduran bangsaku sebagai masalah yang paling penting untuk diperjuangkan. Hampir-hampir aku melupakan kesusahan rakyat Palestin ketika ini.

Semua macam tak tau malu. Berdegar-degar berbicara untuk memperjuangkan nasib rakyat. Yang nyata dan jelas, tanpa perlu menggunakan mikroskop...semua adalah untuk kepentingan diri. Untuk wang gaji bulanan diri sendiri. Untuk mendabik dada mengatakan "Akulah yang betul sekali!!!!". Tapi zahirnya, pekerja asing masih bebas keluar masuk 'mencuri' hak rakyat sendiri dibiarkan, pekerja-pekerja kilang ramai diberhentikan kerja tidak dipedulikan, budak-budak sekolah yang merupakan bakal masa depan menunjuk middle finger pada guru, anak-anak dara yang sepatutnya melahirkan doktor atau jurutera langsung tak dijaga apabila melahirkan manusia di dalam tong sampah...rakyat rosak kerana orang-orang yang dipilih untuk menjaga mereka sibuk buat kerja-kerja di pucuk dan lupakan akar umbi.(Akar umbi - Perkataan yang paling aku menyampah dengar keluar dari mulut-mulut mereka. Kerna apa?...kerna mereka tak pula lawat rumah nenek-nenek yang miskin dikampung aku selepas pilihanraya!!!)

Siapa yang ingin dipercayai sekarang? Ramai yang menipu. Sungguh ramai pelakon. memang ramai pun pelakon kita yang menipu..tapi akhirnya kantoi jugak...

Dalam sejarah Islam ada menceritakan mengenai seorang hamba abdi berkulit hitam bernama Bilal. Dia diseksa dengan kejam tetapi tetap berpendirian teguh dengan agama islam. Tak pernah pulak dia nak melompat-lompat agama. Dalam kitab juga ada menyebut, di akhir zaman kita akan diberi pilihan oleh Dajjal samada memilih susu atau api. Tanda-tandanya dah ada sekarang...

p/s:Teringat seorang kawan lama. Masa tu Arsenal jadi juara liga perdana Inggeris. Dia menyokong dan membeli jersi-jersi Arsenal. Punyalah eksyen. Tahun lepas dia menyokong Chelsea pula. Mungkin tahun ni dia nak sokong MU. Hehehehe...jangan ler nak menyokong yang menang jerr...tetapkan laa pendirian...

Monday, February 2, 2009

Lebuhraya oh Highway...

Dah lama jugak aku tak kesini. I'm sorry kalau ada merindu.(ahaks!)

Dengan kesibukan kerja yang aku alami ni, sempat aku terfikir apabila jalan-jalan outstation. Agak kerap jugak aku menggunakan highway. Ia dapat menjimatkan masa tapi tak pulak menjimatkan duit. Biasalah...kita kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu.

Walaupun ramai yang complain harga tol selalu naik. Mungkin bagi aku tak terasa sangat sebab tak melalui tol setiap hari. Bagi yang dok kat KL terpaksa buat budget untuk bayar tol tiap-tiap bulan. Tapi yang aku perasan, mutu tandas kat R&R dah semakin baik. Mungkin berbaloi jugak jika harga tol naik 20 sen berbanding terpaksa membayar 20 sen untuk guna tandas awam kat bus stand Kluang...yang berbau busuk dan berconteng pintu.

Bagaimana tandas R&R boleh sebersih itu? Ya...kita akan perasan yang kerja-kerja pembersihan tu dilakukan oleh Bangla-Bangla atau Nepalese-Nepalese. Mereka tekun membersih lantai tandas 24 jam. Kita mungkin memandang sepi kewujudan mereka...ibarat pasu bunga yang disusun sederet menghala ke pintu toilet. Tapi itulah harga yang perlu dibayar untuk menikmati bau yang segar dan suasana nyaman ketika melepaskan hajat.

Mungkin sebab kerja itu kurang glamer..maka amat kurang kita lihat orang kita sendiri bekerja di tempat sebegitu. Dijangka beribu-ribu pekerja akan mengalami tempias kemerosotan ekonomi dunia ketika ini. Mengapa kita sibuk menyalahkan orang jika peluang yang ada tak nak direbut? Malu? Tak ada standard? Apa kelas??...Hmmm...maka kita sanggup menadah tangan mengharapkan bantuan dari beras Faiza Basmati daripada mop lantai di tandas R&R.

p/s: Yang pelik, kenapa pekerja yang kutip tol tu orang-orang muda dan kekadang cun melecun? Bukankah kita boleh guna kebolehan mereka di industri yang lebih memerlukan tenaga muda mereka. Apalah salahnya kerja kutip tol tu di offer kepada ibu tunggal, warga pencen atau OKU? Barulah dekat dijiwa rakyat...

Blog Widget by LinkWithin