Pengikut Awan

Friday, January 23, 2009

Ranking Raja Lawak Terkini



Kedudukan Raja Lawak Minggu ini.


B. SATHIANATHAN - 50%















SEPAH - 15%









AMIR - 11%









CHOT - 9%










LNJ - 9%










MAN BELON - 2%










AM - 2%










YANN - 1%










JIHAN - 1%

Thursday, January 22, 2009

Sokong atau Tak?

Agak lama jugak aku menyepi. Kesibukan tugas buat aku stress nak menaip. Thanks Cik Ian kerana menegur...hehehehe..

Malam tadi agak kepenatan. Seperti juga malam sebelumnya. Aku cuma melayan TV. Sempat jugaklah tengok perlantikan Presiden Amerika yang baru malam tu. Tahniah lerr...ramai jugak penonton yang hadir. Lebih ramai dari penonton sukan Olimpik. Bukan sahaja dari dalam US sendiri, bahkan serata dunia menempah tiket menyaksikan Presiden yang diwar-warkan mampu mengubah dunia.

Dua malam berturut-turut, aku melayan TV2. Malas nak tekan-tekan remote Astro mencari siaran lain memandangkan; Yang Pertama: Tiada Perlawanan Bolasepak yang menarik dan Kedua: CSI pun semuanya ulangan.

Dua malam berturut-turut TV2 menyiarkan 2 filem hebat, The Sentinel dan Independence Day. Rasanya tak perlulah aku nak buat sinopsis mengenai cerita tu, sebab kedua-duanya adalah filem lama. Ramai yang dah menonton. Kedua-duanya mengenai Amerika dan berkait dengan Presiden Amerika. Kedua-duanya juga adalah kerana Amerika. Walaupun dalam The Sentinel ada menceritakan hubungan sulit First Lady dengan salah seorang anggota Secret Service, tetapi rasanya tak keterlaluan kalau aku katakan dalam kedua-dua filem ini, apa sahaja dibuat adalah demi Presiden Amerika.

Yang buat aku tersengih sinis (walaupun aku akui filem-filem tu hebat) adalah secara kebetulan ianya ditayangkan di TV2 ketika rakyat US meraikan pertabalan presidennya yang baru. Sedangkan sana-sini orang ramai disyorkan memboikot.

Aaaaaarghhhhh.....pening betul...yang mana satu nie?

p/s:Baru jer aku beli laptop Acer dengan pemprosesan Intel. Dah terpaksa nak buat macam mana...boikot tak boikot sama jer... Walaupun harga minyak petrol dah turun, tapi takrif elektrik masih sama ketika petrol naik...eh...terlebih sudah...

Friday, January 9, 2009

Betul ker tidak?

Masih panas dengan isu Semenanjung Gaza. Dua kali aku dapat SMS dari kengkawan dan mungkin yang membaca entri nie jugak menerimanya...

COCA COLA
HUGGIES
RIVER ISLAND
Mc DONALDS
CLINIQUE
DISNEY
DONNA KARAN
STARBUCKS
GAP
GARNIER
PERRIER
KOTEX
SANEX
JO MALONE
LANCOME
LIBBYS
TCHIBO
LOREAL
MARKS & SPENCER
KLEENEX
NESTLE
VITTEL
REVLON
WONDERBRA
Thats a list of brands found out to DONATE money to ISRAEL ARMY.WE need to stop BUYING from them in order to CRIPPLE the Israeli ECONOMY.It may seem like a small thing to do but its a start.









Ok lah...fine..Memang ler setuju sangat dengan SMS tu. Tapi kalau ia berantai dari satu HP ke satu HP, berapa orang yang akan ikut? Aku pun pagi tadi dah meneguk secawan milo buatan syarikat Nestle. Mungkin bukan aku sajer...ramai lagi.

Yang mendapat kemusykilan adalah sijil pengesahan Halal sesetengah barang diatas. Kita semua tahu, barangan Halal tu mestilah suci daripada najis dan menurut lunas-lunas islam. Tapi kalau telah dilistkan sebagai sumber kepada pihak zionis, adakah tercetus keraguan disitu? Ya...tentulah ada. Dan bagaimana pulak menda-menda yang begini boleh pulak terlepas ke sini?

Aku memegang passport antarabangsa yang terkandung didalamnya negara yang tidak dibenarkan untuk kita lawati adalah Israel. Kita memang haram kesana, tetapi kenapa ada pulak yang halal masuk kesini? Ok lah...fair enough..kita mempunyai rakyat berbilang bangsa dan budaya. Yang tak boleh pada kita mungkin boleh pada orang lain.

Jadi..pihak yang bertanggungjawab perlulah pandang balik benda nie dengan serius. Kalau ianya benar, maka haruslah disekat dengan segera. Takut nanti bila kita sibuk buat demo, orang disana gelakkan kita berdekah-dekah."Korang tunjuk perasaan lerr... contract business aku dengan korang masih panjang lagi".

p/s: Tun M ada bagitau bahawa Pisang Kaki yang dijual di negara ini ada yang diimport dari Israel. Naper laa orang pi makan pisang tu? Banyak lagi pisang yang ada kat negara kita. Cuba sebut nama-nama pisang yang ada?...Pisang Emas, Pisang Tanduk, Pisang Restali, Pisang.....pisang....pisang...ntah...nama pisang sendiri pun tak habis hafal, sibuk pulak nak makan Pisang Kaki. Cheh...hampeh!!!

Thursday, January 8, 2009

Semoga mereka dirahmati...

Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibunya yang dalam keadaan kritikal.

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata anda buat seketika serta bukakan hati. Sudah tentu kalau boleh anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya.


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada Mu Ya Allah.......Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Lebanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis laknatullah...Amin. ..."

p/s:Kita disini sibuk mencipta hero didalam tv dan juga wayang. Kita disini terlalu sibuk mengejar pangkat. Kita disini beria-ia mengundi SMS. Kita disini sering melupakan mak bapak. Kita disini tak pernah ingin menitiskan airmata...

Blog Widget by LinkWithin