Pengikut Awan

Thursday, November 6, 2008

Resam Siput Babi

Memang semua orang tahu resam siput babi. Sentuh jer antena dia, sure akan masuk ke dalam cengkerang. Aku pun heran kenapa ada istilah malu-malu kucing, sedangkan boleh jugak disebut malu-malu siput babi. Tapi sebab perkataan kedua tu najis mughallazah, maka tak tergamak orang nak menyebutnya. Tapi kesian jugak kat siput babi. Terpaksa pakai nama yang najis.

Tapi ada jugak manusia yang tergamak jadi macam siput babi. Mereka ni macam manusia biasa; makan, tidur, pergi kerja... tapi kalau nak campur gaul dengan manusia lain, memang tak nampak muka. Macam siput babi lerr...kalau terlanggar dengan manusia, terpaksa masuk dalam cengkerang.

Manusia macam ni memang ramai. Kita kenal dia. Jiran-jiran pun tahu nama dia. Tapi kalau ada kenduri ker, rewang ker atau aktiviti kemasyarakatan yang lain..memang haram nak nampak muka. Tak taulah sebab apa. Mungkin masyarakat yang ada di sekeliling dia tu dia nampak macam sekawan lembu. Tak layak berkawan dengan dia.

Atau mungkin sebab bercampur dengan masyarakat nie adalah perbuatan yang sia-sia, membazir masa dan tenaga. Tak terfikirkah? yelah, mungkin sekarang mak bapak dia orang tu hidup lagi. So kalau nak buat majlis kenduri, bertunang atau kerja kawin...boleh panggil mak bapak uruskan. Sampai bila mak bapak tu nak hidup? lambat laun kena gak uruskan majlis tu sorang diri. Kalau dah selama ini tak pernah pergi buat persiapan kenduri rumah orang, macam mana nak buat kenduri rumah sendiri? Nak panggil orang tolong buatkan?

Masa tu lah muka yang kita nampak manis (tapi sebenarnya hanyir) datang terhegeh-hegeh mintak bantuan kita. Tapi kita ni kan lembu, mana boleh nak tolong rewang rumah siput babi. Karang pecah pulak cengkerang tu kena pijak dengan lembu.

p/s: Cerita manusia macam ni lebih sedih daripada kisah keluarga miskin yang makan siput babi.

Mereka adalah juara...

Sewaktu entry nie aku tulis, Barack Obama dah menang pilihanraya presiden Amerika Syarikat dan beliau akan dilantik menjadi presiden US yang ke-44 mengalahkan John McCain.

Kemenangan ini memang aku boleh jangka. Walaupun aku tak ikut sangat kempen Obama sebab aku berada di Malaysia dan dia di Amerika..(hahaha), tapi memang nama dia yang sering disebut-sebut. Lagipun mungkin negara polis dunia itu memang mahukan perubahan. Rakyat mereka tak kisah samada yang berada di White House adalah Black President.

Ironiknya kemenangan Obama ini menuruti kemenangan juara Formula 1 Lewis Hamilton, iaitu ditabalkan sebagai juara pertama F1 berkulit hitam.

Ada persamaankah antara kedua-duanya?



p/s: Sekali imbas macam adik beradik pulak. Konspirasi tahap tertinggi nih. Suratan atau kebetulan? Entahlah...yang aku harap cuma ekonomi dunia pulih semula dan jangan ada peperangan lagi. Sebab..lagi miskin sebuah masyarakat itu, lagi banyaklah jenayah. Pedulik laa kalau orang nak kata teori aku nie salah!!!

Wednesday, November 5, 2008

Kajian Menarik

Kajian Menarik (Dihadapan ATM Maybank Sri Serdang)

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2.Masukkan card
3.Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4.Ambil duit, card dan receipt

Wanita:
1.Pandu ke bank
2.Matikan enjin kereta
3.Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4.Semburkan minyak wangi
5.Sikat rambut/adjust tudung dan berjalan ke mesin ATM
6.Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7.Masukkan kad ATM
8.Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9.Tekan nombor PIN
10.Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11.Tekan "Batal"
12.Tekan sekali lagi nombor PIN
13.Tekan "Batal" sekali lagi
14.Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15.Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16.Masukkan jumlah yang dikehendaki
17.Tekan "Salah"
18.Masukkan jumlah yang agak besar
19.Tekan "Salah" sekali lagi
20.Masukkan jumlah yang lagi besar
21.Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22.Masuk ke dalam kereta
23.Periksa makeup di muka sekali lagi
24.Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25.Hidupkan enjin kereta
26.Jalankan kereta.
27.Berhenti tiba-tiba
28.Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30.Masuk kembali ke kereta
31.Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32.Buang resit atas jalan
33.Tengok dekat cermin pemandu
34.Perika makeup sekali lagi
35.Membetul-betulkan rambut/tudung
36.Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37.Brake mengejut lagi
38.Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39.Memandu lebih kurang 3 km
40.Baru teringat nak lepaskan hand brake...

p/s: Aduuhhh...banyaknya step...lama betul aku beratur kat mesin atm. Ni baru perempuan, kalau time nak cucuk kat atm ada geng Bangla kat depan...lagi haru...hangin satu badan...

Monday, November 3, 2008

Cerita Tali Gantung


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,' katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,' cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.


p/s: Info ini amat-amat berguna kepada mak bapak yang mempunyai tahap ketidakpandaian mendidik anak-anak dengan betul. Bukan apa...sekurang-kurangnya mereka tahu apa baju nak dibeli untuk anak kesayangan sebelum digantung. Dan lagi...dah tentu ada mak bapak yang tak puas hati kalau dapat tau anaknya cuma dapat makan makanan yang berharga RM7.50 jer sebelum mati. Mana cukup??? Dan yang penting...matinya anak dia tu hari Jumaat. Hari yang mulia...

Blog Widget by LinkWithin