Pengikut Awan

Friday, October 24, 2008

Bakhilnya kita...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pekerja asing telah mengirim ke luar negara sejumlah RM9,124 juta sehingga akhir bulan Jun 2008. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, mereka dianggarkan mengirim ke luar negara kira-kira RM18.1 bilion bagi tempoh keseluruhan tahun ini.

Sehingga 31 Julai, tahun ini, 2.1 juta orang pekerja asing di negara ini telah mengirim pulang purata RM720 setiap seorang sebulan, katanya ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN-Tenggara) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan untuk membendung masalah pengaliran wang ke luar negara pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Waaa...tak tahu aku nak kata apa lagi...setiap bulan, mereka yang tak mempunyai taraf pelajaran yang tinggi boleh hantar pada keluarga di kampung sebanyak RM720 seorang. Tersentuh hati aku mendengarnya.

Manakan tidak, ramai antara kita kadang-kadang terlalu berkira nak hantar duit ke kampung (hantar ke mak bapak atau anak isteri). Kadang-kadang nak hantar pun bajet-bajet. Yang biasa kedengaran purata wang yang dihantar ke mak bapak adalah sebanyak RM300. Atau yang nyatanya, ada jugak yang tak pernah kirim duit ke mak bapak kecuali duit yang diisi dalam sampul ketika bersalaman dihari raya.

Lagi teruk buat yang dah beristeri dan ada anak. Isteri pulak dah kerja.

"Duit kau, duit kau, duit aku, duit aku"

Ya..memang kemelesetan ekonomi membebankan kita. Tapi...baru tahun nie rasanya kita rasa terhimpit. Tahun-tahun lepas macam mana? Sajer jer nak bagi alasan untuk menampal kemalasan kita membelanjakan wang untuk anak isteri. Pernah aku dengar satu kes, isterinya bekerja, maka urusan pembelian barang dapur adalah dalam bajet isteri.

Hello sedara...ingat-ingat ler balik time kursus kawin dulu...apa tanggungjawab suami?

- Makanan
- Pakaian
- Tempat tinggal


Yang tiga nie kena laa utamakan dulu brader...

p/s: Ada suami yang sanggup bayar bulan-bulan beli MPV, PS3, Blueberry semata-mata nak tunjuk kat jiran-jiran. Walhal perut anak isteri dan mak bapak di kampung jarang-jarang sekali merasa udang galah, siakap tiga rasa dan lamb chop.

Monday, October 20, 2008

Guru...jadilah lilin selama-lamanya


Guru bagaikan lilin menerangi kegelapan
biar terbakar diri
Guru bagaikan pelita menerangi
kegelapan akhirnya kehausan
Guru bagaikan pena mengukir indah
hingga kekeringan
Guru bagaikan ayah kadangkala
diperbudakan
Guru bagaikan ibu kadangkala dipermainkan.

(puisi karya Hidrin, Pelita Brunei)


Itulah perumpamaan guru. Betapa agungnya mereka. Tetapi itu dulu... Kala aku bersekolah pada tahun 80'an dulu, aku paling takut dengan cikgu. Walau sebaik mana pun air mukanya, walau betapa sopan langkah kakinya. Aku memandang mereka seperti golongan bijak pandai.

Tapi itu dulu...

Sekarang, aku lihat guru dan profesyen guru dah dipandang hampeh, dah macam pencacai. Malah, tindakan guru boleh di perlekeh macam tu jer...kalau kita rasa nak kentut muka diaorang pun boleh. Title guru kalau dicompare dengan title penyanyi AF dah macam langit dengan tapak perlupusan sampah...amat jauh.

Dulu, walau bermisai lebat, walau rotan tersepit di celah ketiak, aku anggap mereka ibarat kamus yang bergerak. Aku bercita-cita nak jadi engineer (dan akhirnya aku berjaya) maka apa sahaja tindakan guru, aku terima jer...

Tapi itu dulu...

Sekarang kalau nak jadi guru memang perlu menjadi lilin. Disamping berkorban tenaga dan masa, mereka harus tambah lagi pengorbanan:

- Korbankan telinga mendengar maki hamun mak bapak yang dungu
- Korbankan kereta untuk dicalar
- Korbankan kaki untuk ditendang-tendang


Dan aku rasa hanya satu sahaja cara nasib guru ini terbela...seseorang perlu berkorban nyawa. Harus sanggup dibunuh oleh anak murid sendiri di depan perhimpunan pagi. Bila seorang mati, maka 'mungkin' orang akan sedar betapa hodoh dan najisnya perangai murid-murid sekarang.

Untuk mengelak anak-anak kena rotan, maka kita harus bunuh guru dahulu...

p/s: Ranking profesyen guru sekarang macam lebih rendah dari makcik yang kerja kutip tin minuman kat tong sampah. Kenapa..? Sebab tak ada budak pulak yang berani sepak kaki makcik tu. Mereka lebih hormat orang yang bekerja macam tu.

Friday, October 17, 2008

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh

1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


P/s:Petua ini adalah rekaan semata-mata, kalau nak ikut, anda pikirlah sendiri....

Thursday, October 16, 2008

Seorang Polis Traffik, Kawan Baiknya & Sehelai Surat Saman

Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"

"Aku baik je." Tanpa senyum.

"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi.

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal.

Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa?

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.

"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia.

Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal


Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain.

Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita.

Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa.

Blog Widget by LinkWithin