Pengikut Awan

Tuesday, May 10, 2011

Bila rotan tidak di tangan...



Ada rasa sedih dan kasihan tak...?

Ada tergetus rasa marah tak...?

Penjejak Awan tidak mengira kaum atau bangsa. Tidak kiralah siapa yang menjadi mangsa, namun dia tetap manusia. Seorang manusia tidak berhak menganiaya manusia yang lain. Itulah ajaran yang diterima oleh Penjejak Awan sejak dari kecil.

"Didalam kumpulan haiwan, tiada manusia...
Tetapi dalam kalangan manusia, ada haiwan..."

Terus terang...kehancuran sivik di dalam sekolah sudah semakin hari semakin tenat. Janganlah pula ada yang masih nak berkata "Ini isu terpencil...ini isu terpencil...". Bila pula ia akan jadi isu terbesar? Setelah murid membawa senjata api? Setelah murid mengandungkan guru? Atau setelah pengetua dipaksa minum air jamban semasa perhimpunan pagi?

Come on laa...isu disiplin ini lebih baiklah ditangani atau kalau kurang cukup perlu dikaki-kaki secara lebih ketat. Nak menjadikan sekolah sebagai institusi 'penjara' juga sudah sepatutnya dilakukan. Bukan memikirkan isu remeh seperti nasi lemak kerana 'lemak' yang lain sudah semakin naik kepala.

Ada juga kalangan guru-guru yang pernah merungut "Ada sorang budak tu dah dibuang sekolah dah...tapi lepas mak bapak datang merayu-rayu, sekolah terima dia balik". Penjejak Awan bertanya pula hal ini pada guru lain yang mungkin lebih 'rasional' (agaknyalah...) "Kalau kita tak terima dia belajar, budak tu nak jadi apa? Takkan nak biarkan dia kehulu-kehilir?".

Damn...maknanya tak salah laa kalau seorang pelajar berlagak samseng kat sekolah. Sebab sekolah akan beri pengampunan.

So...apa ada hal pelajar-pelajar sekelian...? Belasah jer lah sesiapa yang korang nak belasah kat sekolah tu. Sebab kemungkinan besar untuk anda masuk balik sekolah tu masih ada. Dan anda mungkin juga akan menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Sebab akhlak anda tak penting langsung di sekolah. Dah besar nanti, kalau anda didakwa, mahkamah hanya mungkin menyebut alamat rumah anda tetapi tak akan sesekali menyebut nama sekolah dan nama guru-guru anda pun...

P/s: Setiap petang Ahad, hari cuti sekolah, pasti beratus mat mat rempit menunjuk aksi betul-betul di depan sebuah sekolah di area aku tinggal. Tak ada sedikit pun rasa takut kalau-kalau terserempak cikgu yang ada kerja kat sekolah. Sebab mereka diluar pagar sekolah. Cikgu tak ada kuasa nak menegur. Tapi nampaknya pagar tu cuma pagar jer, sebab kat dalam pagar pun...cikgu masih tak boleh menegur.

Tuesday, May 3, 2011

Tegang Dalam Diam...

Sibuk...Buzy...

Ungkapan lazim bila lama tak berbloging. Memang amat sibuk dengan bermacam-macam hal. Lepas satu, datang satu lagi...

"Kenapa bapak duduk bersila, nak baca doa selamat...?"
"Taaakkk...tengah pikir apa nak jadi pulaak..."
(Petikan dialog Tiga Abdul)

Cuba berfikir tentang bisnes...pendapatan statik...stress...

Lari pulak berfikir tentang The Reds...tak berjaya ke tangga ke-4...stress...

Beralih berfikir tentang benda-benda lawak...Amir belum terkeluar...stress...

Layan online game...sayur-sayuran dah dihurung lalat...stress...

Hmmm...cuba-cuba tenangkan diri. Lepak ngeteh kedai tepi padang. Baca paper. Osama ben Laden mati dibunuh. Urghhh....gambar pun dah kena touch-up dengan photoshop. Kepercayaan aku sejak dulu...Osama tak wujud pun... Sandiwara jer tu semua. Macam Rambo laa jugak...hero Amerika kat Vietnam. Mana wujud pun...giler ker apa sorang-sorang gi serang gerila Vietnam lepas tu menang.

Mayat Osama dibuang ke laut....kahkahkah...mana post mortem? Terus buang laut? Takkan laa kat Afghanistan pun tak leh ditanam kalau Arab Saudi tak nak terima? Takut orang gali check DNA ker?

Stress...

Tu yang berlaku kat dunia. Kat dalam negara... Kes video seks tak habis-habis. Samada yang menuduh atau tertuduh, dua-dua Dol. Elok dihantuk kepala diaorang tu. Terganggu laa fikiran aku dengan berita sensasi ala-ala Melodi. Terganggu laa fikiran nak mengolah bajet minyak petrol dengan nasi yang perlu aku suap ke mulut. Adakah aku seorang yang hampir-hampir terlupa atau semua orang pun dah lupa tentang masalah hidup ini? Memang bijak laa pengaturcaraan ini...kita masuk kereta ke stesen minyak tetapi kepala berfikir tentang video seks...kita berjalan kaki antara kereta ke kaunter pam tetapi kepala berfikir tentang video seks...kita tak sedar bagi not RM50 kat kaunter sedangkan nak isi RM20 jer kerana kepala berfikir tentang video seks...kita melangkah semula ke kereta untuk mengisi minyak tetapi kepala berfikir tentang video seks...kita isi minyak kedalam tangki kereta tetapi kepala berfikir tentang video seks...

Hebat pengaturcara ini memanipulasi hidup kita...kita lupa realiti hidup sebenar dan lebih berfikir realiti hidup orang lain (sama seperti kita sibuk berfikir kehidupan pelajar dalam AF). Apakah hidup kita ini pernah difikirkan oleh orang lain?

Stress..



Oh...hampir aku terlupa...(walaupun aku seboleh-boleh tak nak fikir) Tentang isu nasi lemak. Jadi isu global tuuu...kita terpaksa sibuk berdebat, berbahas, berseminar, bertikam-lidah, bertegang urat tentang nasi lemak. Sedangkan isu penting di sekolah seperti pelajar menerajang guru, guru menyembelih pelajar, pelajar meraba guru, guru menelanjangkan pelajar, pelajar mengurat guru, guru mengandungkan pelajar, pelajar merasuah guru, guru menjual dadah kat pelajar...nie masalah nie apasal lambat sangat nak dibendung. Pada Penjejak Awan, biarlah budak-budak nie gemuk daripada menjadi beruk!!!

Stress...



p/s: Pernahkah orang bertanya "Ko nak duit aku?" atau sebenarnya ramai yang bertanya "Ko ada duit?". Pernahkah pihak bank buat iklan "Pinjam RM1000 bayar balik RM100 jer dah cukup" atau pun "Gunalah kad kredit anda dengan lebih kerap sebanyak RM30,000 dan dapatkan sebuah i-pad yang bernilai cuma RM2000 jer". Sebenarnya persekitaran kita lebih banyak yang menyusahkan daripada memudahkan.

Monday, February 28, 2011

Al-Fantasia

Kalau ada masa free, marilah sama-sama kita saksikan Rancangan Jangan Lupa Lirik bersama-sama keluarga. Bila ada peserta sedang menyanyi, dan tiba-tiba muzik dihentikan, maka peserta tersebut perlulah mengisi tempat kosong dengan lirik-lirik yang betul. Kalau ada kesilapan nescaya kita yang menonton bersemangat nak membetulkannya dari rumah. Siap ada yang akan menjerit "Apalah!!! itu pun tak tau"

Kalau ada masa free lagi, kita sama-sama menonton Akademi Fantasia atau American Idol atau Mentor atau apa saja rancangan nyanyian...Tom Tom Bak juga ada slot menyanyi jugak. Bila lagu yang diminati itu dinyanyikan, maka kita sama-sama menyanyi. Bila ada yang terkeluar sebab suara tak sedap, kita mungkin nak menangis sama.

Hebat tak hebatnya rancangan-rancangan macam tu disiarkan di kaca-kaca tv. Mampu mempengaruhi kehidupan kita. Mampu membawa kita bersama-sama menghayati dan menyelami jiwa peserta. mampu mengajak kita menyanyi dan menari bersama...

Soalan : Apa makna bacaan yang kita kumat-kamitkan semasa sembahyang?

"Entah, aku hafal jer bahasa arab yang uztaz aku ajar dulu"

Soalan : Apa maksud disebalik lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali

1. Rangkap pertama - usah diluahkan kata perpisahan, jangan diungkapkan lafaz keramat (hanya dia yang tahu apakah ayat keramat itu..boleh jadi i love you..boleh jadi juga "kita putus..") Biar lenyap diserap bunyi, biar senyap yang tak menyepi. Umpama kemarahan yang tercetus, biarkannya lenyap begitu saja. Biar senyap namun masih ada dan dirasai kewujudannya...


2. Tolong ingatkan aku kisah kau tersedar dengan saku penyeluk masa - Penulis meminta tolong untuk mengingatkannya bahawa pasangannya telah tersedar akan hakikat kenangan yang pernah di cipta bersama (*saku penyeluk masa)..


3. Mari patahkan papan markah lama, Mari padamkan buku tiga lima, Biar luka sembuh sendiri, Biar lupa dimakan hari -Penulis mengajak untuk melupakan segala kenangan silam dan segala hutang piutang yang pahit untuk dikenang supaya luka yang terjadi dapat sembuh dengan sendirinya di mamah oleh masa yang berlalu.


4. Kau dampingi aku Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis menyampaikan rasa hatinya betapa dia berdebar-debar dan hatinya bahagia saat di temani oleh pasangannya.


5. Bila marah merasuk minda Kecewa menyelubungi jiwa Aku lupa - Penulis mengatakan bahawa dia lupa pada hakikat yang sebenarnya apabila kemarahan merasuk minda dan menyelubingi jiwanya. Lantas bertindak tanpa berfikir akan kesannya.


6. Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa Ku teringatkanmu Setiap detik jantungku berdetak Setiap nota jiwaku berlagu-lagu - Penulis meminta untuk diingatkan saatnya dia tersedar betapa berbahagianya dia dapat bersama pasangannya.


7. Tolong ingatkan aku kisah kita Tolong ingatkan aku Kisah ku tersedar Dengan kasih memeluk rasa -Penulis mengulangi kata yang sama untuk mengingatkannya mengenai kisah mereka berdua dan menghargai akan pasangannya dan perasaan kasih yang menemaninya.

Complete disitu maksud lagu tersebut...walaupun ia cuma bahasa melayu yang tak perlu dialih bahasa...


Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah

BERITA HARIAN
2011/02/28

KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.
“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.

Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.

“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.

Hmm...buat mereka-mereka yang telah lupa, terlupa dan pura-pura terlupa yang dia pelupa...

Tafsiran surah Al-Fatihah.

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."


Budak-budak umur 5-6 tahun...dengar lagu Maher Zain dalam kereta, mereka terlonjak-lonjak menjerit menyanyi "Insyaallah...insyaallah...insyaallah" tanpa paham apa maknanya. Budak-budak kecik...tak ada akal lagi...

P/s: Aku bukan orang arab tapi pernah ambil subjek arab. Tapi mengapa tokoh Maal Hijrah tahun nie ada budak bukan arab tapi lulus cemerlang bahasa arab? Adakah dia berbahasa arab sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari?

Saturday, February 26, 2011

Lagu Pengantin Popular...

Musim cuti sekolah dah lama habis. Tetapi masih ada jugak jemputan perkahwinan di sana-sini. Ada eloknya juga memilih hari perkahwinan bukan di musim-musim cuti sekolah atau perayaan, kerana kurangnya saingan dan dapat mengelak pertembungan dengan majlis-majlis yang lain.

Acapkali bila kita menghadiri majlis-majlis perkahwinan, lagu-lagu yang akan dimainkan adalah tak lain dan tak bukan adalah lagu-lagu untuk pengantin. Yang popular adalah lagu dendangan Saloma bertajuk 'Selamat Pengantin Baru'. Juga tak ketinggalan lagu dari Tan Sri P.Ramlee 'Di Renjis-renjis Dipilis' dan tak kurang popularnya adalah dari Tan Sri P.Ramlee juga 'Kalau Dah Jodoh Tak Kemana'.

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang biasanya dimainkan sepanjang majlis berlangsung...

1. Ala Emak Kawinkan Aku – Zainurin Mohd Don
2. Berapakah Hantarannya – Junainah M Amin
3. Bunga Rampai – Zaleha Hamid
4. Di Malam Persandingan – Sharifah Aini
5. Direnjis Renjis – P Ramlee
6. Gambus Jodoh – P Ramlee
7. Gendang Berbunyi – Zaleha Hamid
8. Inai Di Jari – S Jibeng
9. Inai Pengantin – Sanisah Huri
10.Inang Pengantin – Masnah Ali & R Ismail
11.Joget Andam Pengantin – Rahimah Rahim
12.Joget Mak Andam - Ahmad Jais
13.Joget Malam Berinai – Sanisah Huri
14.Joget Pengantin Baru – Rafeah Buang
15.Joget Sindir Pesan – Black Dog Bone
16.Kalau Ada Jodoh – Muhaini Suratman
17.Kalau Jodoh Tak Ke Mana – P Ramlee & Saloma
18.Kompang Dipalu – Izam Eye & Waheeda
19.Malam Pengantin – Rabbani
20.Menanti Jodoh – Sanisah Huri
21.Menunggu Nasi Minyak – Ahmad Daud & Zaleha Hamid
22.Pak Kelepak Pak Pong – M Daud
23.Pengantin Baru – A Kadir & Ida Laila
24.Pengantin Bersanding – Sanisah Huri
25.Pengantin Tiba – DJ Dave
26.Pinang Sireh Pinang – Ismail Haron & Anita Sarawak
27.Sebentuk Cincin Permata Berlian – M Ishak
28.Selamat Pengantin Baru – Saloma
29.Selamat Pengantin Bersanding – Jaafar Ahmad
30.Seloka Pengantin – The Unwanted
31.Sudah Kahwin Ke Belum – Ahmad Daud & Rafeah Buang
32.Tari Bunga Rampai – Faridah Amin
33.Zapin Adat Berkasih – Syura
34.Zapin Pengantin Baru – Ahmadi

Banyak lagi kalau nak di senaraikan. Termasuk lagu-lagu dari era baru. Tetapi pilihan dari lagu era-era lama tetap menjadi pilihan kerana tradisinya sudah begitu.

Sungguhpun begitu...lagu-lagu dengan tema pengantin yang jarang atau tak mungkin langsung akan kedengaran adalah lagu-lagu seperti berikut...

1. Ayahku Kawin Lagi - L. Ramlee
2. Tenda Biru - Desy Ratnasari
3. Pelamin Anganku Musnah - Azie

Kenapa yer? Hehehehe...takut hati pengantin terguris kot...hehehehe

Dan ada satu lagi lagu yang tak pernah didengar di majlis-majlis perkahwinan...



Ini pun lagu majlis pengantin jugak kan...

P/s: Kadang-kadang nak jer mendajalkan member...nak suruh DJ tujukan lagu 'Disana Menanti, Disini Menunggu' kat pengantin lelaki. Biarkan pengantin perempuan confuse sekejap. Hehehehe...

Blog Widget by LinkWithin