Pengikut Awan

Monday, February 21, 2011

Penjejak Virus

Bantuan pakar diperlukan. Tak perlu ambulan, tak perlu bulan sabit merah, tak perlu CPR, tak perlu anduh...

Tak perlu...

Penjejak Awan perlukan Penjejak Virus atau Penduga Software atau sesiapa yang punya kemahiran dalam bidang ini. Sesiapa yang boleh memberi pendapat apa yang perlu dibuat. Atau tak perlu buat apa-apa...

Ini berkenaan salah satu blog dalam kultus Awan. Bila hendak dikunjungi...akan tertera mesej begini...



(Klik untuk besarkan)

(Bukanlah niat Penjejak Awan untuk menakutkan atau menjatuhkan pemilik blog, sebab itu linknya terpaksa di kaburkan)

Perhatikan mesej yang tertera...adakah ada kebahayaan dari pc4everyone.blogspot.com?

Ada sesiapa yang mempunyai link tersebut di blog masing-masing?


P/s: Adakah anti-virus aku terlalu sensitif???

Sunday, February 20, 2011

Volkswagen, Vader dan Hantu Kak Limah...

Pagi-pagi ahad yang agak-agak dingin nie, jom tersengih-sengih dalam hati. Malam tadi dah ketawa bagai nak rak menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah. Tak pegi pawagam pun, Astro First kan ada...

Jom lari sikit dari satira-satira.. meh lerr tengok Volkswagen: The Making of "The Force" Commercial nie dulu. Ini adalah scene-scene yang belum di edit lagi...



Hehehe...cute betul fantasi kanak-kanak. Dan dibawah ini pulak Volkswagen Commercial: The Force iaitu iklan yang dah siap sepenuhnya untuk ditayang.



P/s: Masih terngiang-ngiang Abi Hurairah dan Usop memanggil "Husiiiin.....Husiiinnn...". Masih terdengar-dengar lagu "Soleyy....soley,soley....soley,soley"...Mamat Khalid memang best!

Monday, February 14, 2011

Ingat pesan Nabi...



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Ingatilah tarikh sejarah ini:

Baginda diputerakan pada hari ISNIN, 12 RABIULAWAL (20 APRIL 571 Masehi)

Baginda mendapat wahyu pertama ketika berumur 40 tahun (610 Masehi)

Isra' Mikraj pada tahun 619 Masehi

Berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masehi

Baginda wafat pada tahun 632 Masehi

Meninggalkan khutbah terakhir untuk umatnya fahami...dan seharusnya menjadi peringatan umatnya...

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."


Wallahuaklam...

P/s: Dan pastinya, adakah peringatan dalam perenggan-perenggan khutbah terakhir ini telah kita amalkan? Perhatikanlah apa yang telah berlaku disekeliling kita...adakah kita masih bergaduh untuk buat perarakan atau bermegah-megah melaksanakan acara sambutan di seluruh negara, tetapi pesanan khutbah di perenggan kedua berleluasa di sini sana...

Kerana pepatah, luka ku berdarah...

Kehidupan kita di alam ini memang penuh kepayahan. Dan kita perlu survive untuk keluar dari kepayahan dan kesengsaraan tersebut. Dan kita pernah mendengar pepatah mengatakan "Hujan emas dinegari orang, hujan batu dinegeri sendiri, lebih baik dinegeri sendiri". Akan tetapi ada pula pepatah yang mengatakan "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".

Begitulah peliknya pepatah yang dicipta. Umum mengetahui, kehidupan kita penuh onak durinya. Untuk mencari rezeki yang halal, kita harus berhempas-pulas agar apa yang disuap ke rongga mulut akan diterima sebagai juadah yang halal. Kalau untuk disuap dalam mulut sendiri mungkin lantak hang lah...kalau masih terfikir tentang syurga dan neraka, maka jangan jadikan darah dalam diri itu sebagai bahan bakar di sana. Tapi kalau nak disuap dalam mulut anak bini pun masih dengan rezeki yang entah dari mana asalnya...anda memang bapak yang kejam!!!

Bila kita sebut pasal kerja, kita tanyalah diri sendiri, apa tujuan bekerja itu. Adalah pelik jika seseorang menjawab "Aku kerja sebab nak mengisi masa lapang"...itu jawapan budak-budak menunggu keputusan SPM jer. "Aku bekerja sebab bapak aku suruh"...mungkin dia anak pengarah syarikat yang ingin meletakkan anaknya dalam company. Tapi bagaimana dengan kita yang memang benar-benar bekerja makan gaji? Bagaimana anda menerima sesebuah company untuk anda bekerja? Dan bila anda sudah bekerja buat beberapa lama, adakah anda ingin kekal dengan pendapatan yang ada sekarang? Atau jika ada peluang keemasan yang lebih baik ditempat lain, adakah anda bernafsu untuk keluar dari ruang pejabat yang ada sekarang?

Jika 'emas' yang ditawarkan di tempat lain, adakah anda masih sanggup menelan 'batu'? Jangan sempitkan pepatah tersebut dengan menyalah tafsirkan perkataan 'negeri' itu. Dan janganlah diikutkan sangat...ia hanya pepatah dan bukannya sebuah hadis atau sunnah (yang mana hadis dan sunnah jugak yang sering kita buat tak kisah).

Berhijrahlah...untuk sesuatu yang lebih baik jika anda ada peluang. Menunggu peluang juga bukan satu cara yang baik. Jadilah lebah yang terbang berkilometer jauhnya untuk mencari rezeki dan jangan menjadi labah-labah yang hanya menunggu rezeki. Kerana madu lebih mahal harganya dari sawang lelabah...


Kehidupan makin sukar. Banyak yang perlu dibayar untuk hidup. Beli rumah, kereta dan macam-macam lagi perlu di bayar...aku petik kata-kata seorang kawan...

"When banks give out loans, they just create the amount in your account thru electronic book keeping.. in other words, they just create the money (banks are allowed to give out loans 10 times the amount that they actually have).. but when you can't pay back the loan WITH INTEREST, they take your house, your car, your kidney and your kitchen sink.. is this riba? rip off? scam?"

Ini adalah sistem yang MESTI kita tempuh. Dimana-mana sahaja dimuka bumi ini...lihat semula pepatah yang kedua tadi..."Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung"...Memang berat bebanannya bila kita terpaksa menjunjung langit dimana sahaja kita berada di bumi ini, maka berhijrahlah mencari emas...

P/s: Beli apa yang mampu, kalau tak mampu, elok kita menyewa sahaja. Tiada salahnya duduk rumah sewa, tiada salahnya naik teksi sewa. Orang tak ambik tahu pun kesusahan kita. Orang cuma nak tahu bila datang rumah kita, mereka nak dilayan macam duduk hotel lima bintang, ada air-cond ada kerusi empuk. No air-cond, ko bukan sedara aku...

Blog Widget by LinkWithin