Pengikut Awan

Wednesday, February 9, 2011

Air Jantan atau Betina...

Tahukah anda, jantina makanan dan minuman yang anda minum dan makan? "Apa kejadahnya aku nak ambik tau?". "Err...nasi ayam ini guna ayam jantan ker betina?". "Air teh o suam nie dibancuh oleh lelaki ker perempuan?"


Hahaha...Tidak-tidak...Bukan itu maksudnya.

Mungkin kita pernah berada dalam senario atau situasi-situasi ini bila terutamanya berada di restoran-restoran tomyam seafood atau mana-mana cafe. Dan pada waktu itu, anda akan makan berdua, samada anda lelaki bersama perempuan atau anda seorang wanita makan semeja bersama lelaki.

Cuba lihat senario ini...

Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang lelaki ambik order "Teh ais satu" dan yang perempuan "Kopi O Ais". Duduk sembang-sembang kejap sambil menunggu order. Kalau anda pergi restoran tahap siput, maka lama jugak laa menunggu. Okay...air siap. Pelayan (orang lain daripada si pengambil order) akan bawak pesanan anda berdua. Lihat baik-baik dimana minuman itu diletakkan. 80% akan meletakkan Teh Ais di depan wanita dan Kopi O ais di depan lelaki. Jadinya Teh Ais adalah kategori 'betina/perempuan' dan Kopi O Ais pula adalah air 'jantan'. Biarpun pelanggan meminta air yang sebaliknya, tetapi pelayan selalu tersilap...

Tetapi, anda cuba lagi ber'eksperimen' (kalau anda seorang yang rajin mengkaji alam sekeliling). Anda kunjungi restoran bersama pasangan anda. Tukar menu pulak. Kali ini yang lelaki order Kopi O Ais dan yang wanita order pula Kopi O Panas. Tunggu beberapa minit... Pelayan akan datang membawa minuman. Majoriti pelayan akan meletakkan Kopi O Ais di depan wanita dan Kopi O Panas di depan lelaki. Hmm...Kopi O Ais yang sebelum ini dilabel sebagai air 'jantan' akan bertukar menjadi 'betina'. Apa kes???

Begitulah...persepsi manusia terhadap minuman dan siapa yang ingin minum biasanya tersilap. Selalu juga Penjejak Awan perhatikan insiden-insiden ini. Kenapa yer?

Cubalah pula dengan makanan. Anda berdua orderlah Nasi Paprik dan Nasi Goreng Kampung Pedas. Atau Nasi Goreng Kampung dan Nasi Ayam...lihat gerak geri pelayan. Kalau bernasib baik, anda diamkan diri ketika hidangan tiba di meja dan anda dapat melihat pelayan terpaksa menggaru-garu kepala nak letak hidangan itu di depan siapa....kehkehkeh...Selamat menguji pelayan restoran.


P/s: Ujian-ujian di atas tidak boleh dilakukan ke atas pelayan-pelayan yang kurang diajar oleh tokey restoran atau nama pendeknya 'kurang ajar'. Yang mana, anda berdua duduk di hujung meja dan dia dengan selamba menghentak-hentak hidangan dan meletakkannya di hujung meja, jauh dari anda berdua. Dan anda terpaksa berdiri dan memanjangkan tangan untuk ambik hidangan. Banyak pelayan restoran yang bersikap macam nie...

Monday, February 7, 2011

Penjejak Kasih...

Selamat bekerja semula kepada mereka-mereka yang baru balik dari bercuti yang panjang. Diharapkan dengan cuti tersebut dapatlah refresh kembali mood kerja kita semua. Ingatlah, bagi yang kerja dengan orang, sekiranya gaji bulanan yang diterima sebanyak (contoh) RM3,000 sebulan, maka setelah ditolak hari Ahad, jumlah gaji anda sehari adalah sebanyak RM115.40. Dan jika anda 'mengulor' pada sesuatu hari...maka apakah RM115.40 itu boleh diterima menjadi darah daging?

Bagi Penjejak Awan, yang bekerja sendiri, maka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuti sehari, sampai ke malam tak dapat makan...

Sedang lepak-lepak lepas makan, jenguk-jenguk laa 'muka buku'(Pesbuk) Penjejak Awan. Baru jer activate...tak tau nak cari kawan kat mana. Maka, tinjau-tinjaulah kultus-kultus Pedang Setiawan yang ada di alam maya ini. Mencari-carilah Badai, Arus dan Tanpa Nama. Dan tanpa ku duga...mereka ada di serata alam rupanya. Maka dengan rendah dirinya cubalah berdamping dengan mereka tempoh hari. Dan hari ini, dalam ramai-ramai yang cuba didampingi, adalah yang sudi berdamping. Penjejak Awan tak mengenali mereka, dan mereka juga sekelumit pun tak kenal siapakah empunya nama Penjejak Awan ini.


Terima kasih kerana sudi menerima aku...

P/s: Hai mambang tanah, mambang air, mambang api, mambang angin. Mambang berasal dari gunung si-mambang. Berdampinglah denganku wahai si-mambang. Hanya itulah pesanku wahai mambang!


Saturday, February 5, 2011

Aku Tetap Aku...



Aku Tetap Aku- XPDC

Siapa bilang
Aku takut
Siapa bilang
Aku hanyut
Walau tinggi manapun aku tetap aku
Walau kecil manapun aku tetap berani
Pesan mama
Pesan papa
Usah lupa
Awal mula diriku

Siapa bilang
Aku semput
Siapa bilang
Aku kalut
Walau sukar manapun aku tetap aku
Walau getir manapun aku tetap di sini

-chorus-

Akupun tahu
Engkau bagai dedalu
Yang selalu
Lupakan diri
Kau lupakan bumi

Diapun tahu
Engkau memang penakut
Lempar batu
Sembunyi tangan
Kau kaki pengecut … Pengecut


P/s: Akupun tahu...Engkau bagai dedalu...Yang selalu...Lupakan diri...Kau lupakan bumi...

Sabtu tanpa plastik...

Tiba hari sabtu...

Apa yang terngiang-ngiang dalam kepala dan terbayang di mata? Hmm...masing-masing punya pandangan yang berbeza. Hari sabtu ini, secara automatiknya, sudah seperti terpahat, Hari Sabtu adalah 'Hari Tanpa Beg Plastik'. Ada sesiapa yang tak kesah selain dari Aiman???


Sepatutnya, bukan hari sabtu sahaja kita praktiskan penjagaan alam sekitar ini. Ia harus dipraktiskan dalam amalan setiap hari. Yup..bagi sesetengah atau sesuku...penggunaan beg plastik adalah perkara kecil. Tak perlu diperbesar-besarkan, tak perlu bergaduh hingga menghentak-hentak meja, tak perlu bermasam muka dan putus saudara. Ini kerana, plastik sampah bukanlah penyebab H1N1 bagi sesetengah orang, plastik sampah bukanlah penyebab gaji bulanan kita dipotong dan lebih hebat lagi kalau plastik sampah itulah penyebab kejatuhan kerajaan seperti di Mesir...Tak payah jauh-jauh laa...bila hujan turun, longkang tersumbat, air naik 2 3 kaki, apa punca air longkang tersumbat?(Yelah, mungkin ada yang kata sampah lain pun banyak, cubalah turun dalam parit, asingkan sampah-sampah tu, kira laa material apa yang banyak dijumpai)

Tapi berapakah jumlah beg plastik yang telah diturunkan pangkat sebagai beg sampah yang telah menimbun dalam dunia ini? Berapa banyakkah yang anda sendiri gunakannya dalam masa seminggu...darabkanlah setahun dan darabkanlah mengikut usia anda dan darabkan pula jumlah penduduk kampung, taman perumahan, flat dan kondo-kondo seluruh negara....

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Dan oleh kerana ini, sifat plastik ini tak akan lupus hampir sampai bila-bila.

Dan mungkin kita juga terlupa, di hari sabtu ini, di kala kita menyokong dengan rela (atau mencebik muka), kita 'menapau' (tapau) nasi bungkus bawak balik ke rumah dengan menggunakan bekas polisterin. Hmmm...pastinya anda pernah terbaca info bahaya menggunakan bekas polisterin ini. Nasi atau lauk yang panas akan terpeluwap di dinding bekas kemudian akan bercampur dengan makanan. Hmmm....patutlah orang dahulu kala panjang umurnya dan awet mudanya...

Oleh kerana itu, apa kata, setiap sabtu kita juga mengamalkan gaya hidup sihat tanpa plastik. Makanlah dengan nasi dan lauk yang ditadah atau dibungkus dengan daun pisang...Ya! Daun Pisang. Selain mempunyai aroma yang menarik, ianya mesra alam.

Mulakan pagi anda bersarapan dengan nasi lemak daun pisang. Enak bukan? Berbanding nasi lemak dalam bekas tapau...

Kemudian jika anda ke pasar. Belilah tempe 3 4 keping. Pastikan tempe yang berbalut dengan daun melinjo atau daun pisang. Jangan beli tempe plastik. Jika minat makan tapai, belilah tapai pulut atau ubi yang dibalut dengan daun pisang juga.

Anda boleh makan tempe itu samada digoreng atau masaklah apa sahaja yang anda suka untuk tengahari. Jika kemalasan hari sabtu menimpa, singgah makan di kedai daun pisang yang biasanya diusahakan oleh india muslim. Makan pisang pula sebagai pencuci mulut. Minum petang, jangan lupa tapai yang anda beli pagi tadi atau belilah lepat pisang atau kuih koci atau singgah sebentar di Ayer Hitam dimana di sana, tiap-tiap hari ada jual lemang (yang dibalut dengan daun pisang). Dan untuk santapan malam, anda boleh singgah dimana-mana pasar malam yang dibuka pada petang sabtu dan cari pula Nasi Ambang (Nasi Ambeng) iaitu makanan popular masyarakat jawa. Makanlah dengan jiwa yang tenang tanpa mencemarkan alam sekitar sambil mendengar 'Memori Daun Pisang' sebagai halwa telinga.

Nah...bukankah anda telah berjaya mengharungi kehidupan seharian tanpa beg plastik!!! Selamat mencuba...

P/s: Jika musim hujan turun, gunakan daun pisang untuk menutup kepala kerana payung moden masih menggunakan plastik. Jika anda tak keberatan, bolehlah gunakan payung kubur sebab ia dibuat dari kertas dan mesra alam. Ada berani???

Blog Widget by LinkWithin